Tuesday 1 November 2011

tiPs mEnangaNi aNAk... Tidak terkecuali anak-anak autisma kita.

by Salju Sakinah on Wednesday, October 19, 2011 at 4:00pm

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)

(copyright) Profesor Isahak Haron 2006

Modul 1: Pengenalan  Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip

Objektif:
  • supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan.
  • Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 – 8.

Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4,  terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar ‘perkataan’ kemudian ‘analisis perkataan’ supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya.  Salah satu sebab pengajaran awal  membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui ‘pandang dan sebut’.


Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan  fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’  dalam bahasa Inggeris.  KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

a)    Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan
      fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di  
      mana terdapat dua bunyi.
      Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’,  c  bunyinya ‘ch’,  d  
      bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua
      bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet
      seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.

           Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk,
           Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa
           Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

b)    Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’ dan sebagainya.

c)     Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural), untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris. 

Dengan itu  pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan
a)    pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal  ‘a  i  u’  dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi  bu’, dan
b)    terus membaca perkataan mudah  ‘baba,  bibi,  bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti ‘bubu baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna,  dalam satu atau dua  pelajaran saja.

       Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung  ‘bunyi’  
       dengan  terus   membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah
      mengguna apa yang   dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK),  
      Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam   
      satu set   pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus
      digabung menjadi   ‘perkataan’ dan dibaca.


      Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk
a)      mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya, jika ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ‘ba  bi  bu‘ dan ‘ca  ci  cu’ dan boleh membaca perkataan ‘cucu, baca, cuci’ mereka sendiri akan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’.
b)      membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu  pelajaran. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid  bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.

Dalam KGBK
  1. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa panjang (2, 3 bulan di setengah sekolah). Murid juga tidak perlu diajar semua  suku kata terbua seperti ba  bi  bu  be  be  bo, ca  ci  cu  ce  ce  co, dsb’ yang mengambil masa sebulan lagi,  sebelum murid  boleh diajar membaca perkataan dan ayat. 
  2. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian ‘cerakin’ perkataan  untuk mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak-kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu.   

3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara  
     sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang 
    lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru.

    Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya,
    setelah murid belajar membaca ‘b dan  ba  bi  bu’ dan perkataan-perkataan
    daripada suku kata ini seperti ‘ibu baba, ubi abu’,  murid boleh disambung
    berikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula; membentuk dan
    membunyikan suku kata  ‘ka   ki   ku’  dan terus  membaca perkataan atau  
    frasa ‘kuku  kaki  aki’. Jika dicantum pula dengan suku kata ‘ba  bi  bu’
    yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca
    perkataan dan ayat seperti ‘buku abu; abu buka buku’.

    Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan 
    suku kata terbuka; fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup
    (kv +kvk seperti ‘ka sut’, ‘bu kit’  atau kvk+kv) seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dan
    sebagainya.  Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku
    katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, mem
    seperti ‘berjalan’, ‘memberi’, melawan’ dan sebagainya.

4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.

Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK.

1.  Perkenalkan bunyi vokal mudah  a   i  u, dan cara menulisnya
2.  Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti  b dan cara menulisnya
3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi  ba  bi  bu dan cara menulisnya.
4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti  ‘baba  bibi  bubu  babu,  ibu’
5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti  ‘ibu abu,  babu baba’
6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf, suku kata dan perkataan.

Pelajaran berikutnya

  1. Ulang pelajaran unit yang lalu
  2. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya ‘c’
  3. Bina suku kata  ca  ci  cu
  4. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca  cucu  cuci  aci  acu’
  5. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba  bi  bu, untuk membina lagi perkataan seperti  baca  bucu  cuba 
  6. Bina frasa atau ayat seperti  cucu aci,  ibu cuci ubi, dsb
  7. Murid salin apa yang dibaca.

Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata, kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca.

Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya, diberi dalam Modul 4, 5, 6 dan 7.

Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Ini bererti unsur ‘membunyikan’ huruf dengan membina dan ‘membaca  perkataan’ boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak ‘boleh’ membaca ‘perkataan’, frasa atau ayat bermakna. Ini didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis, iaitu murid menulis apa yang dibaca. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca.

Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca  dibuat secara berturutan  (sequential) dan berkembang (developmental). Contohnya adalah  seperti dalam buku saya Mari Membaca, Utusan Publications, 1982, dan  Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1990; dan buku Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra sekolah, dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.

Dari kajian kami, susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan  (sequential) dan ‘developmental’, kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudah murid belajar 2M bahasa Melayu. Dari pemerhatian dan laporan guru, murid boleh membaca dengan lancar ‘cerita mudah’ dalam tempoh kurang dari tiga bulan, jika diajar  sejam sehari, lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu.

Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’, ‘pendekatan seluruh perkataan’, atau ‘pendekatan eklektik’ yang diguna sekarang untuk mengajar  Bahasa Inggeris.

Pendekatan KGBK menyatakan bahawa  tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal ‘bunyi-huruf’  dengan  membina-dan-membaca ‘perkataan’. Pendekatan KGBK ini juga  tidak  memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan  ‘perkataan’ (whole word) dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’ menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf.  Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca .  Dalam kaedah abajd / fonik, murid  perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf  a  b  c…sampai …x  y  z sebelum mereka  diajar membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid  dan mereka akan tercicir.

Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid ‘tidak kenal huruf  abjad, murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c ..x, y, z dahulu sebelum membaca.

Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Maka kadang-kadang  timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar   a  b  c. sampai.....x  y  z  mengikut susunan dalam abjad.  

Nota
Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain, iaitu mendengar dan bertutur. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini.

Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajar bahasa, ada kaedah dan teknik  tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca dan menulis’ pada peringkat permulaan.  Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M, supaya mereka mudah membaca. Kemahiran murid mendengar dan bertutur  terselit secara informal semasa guru dan murid, murid dan murid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran  membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid, atau menyanyi semasa mengajar 2M, supaya murid  seronok belajar.

Nota: Ada  guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau buku yang umpama  dalam pengajaran mereka, dan menokok tambah aktiviti untuk memperkayakan pembelajaran. Ini amat digalakkan. Sejak kebelakangan ini, ada pengarang yang mengarang dan menerbitkan  buku  berdasarkan pendekatan ini, dengan memberi berbagai nama untuknya.



Ringkasnya

Pendekatan  Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK)  menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan-membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Ia  digubal  atas  keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik,  suku katanya  jelas, dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris. 

Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnya ialah  murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan,  supaya mereka  terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat  membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan sepanjang hayat’.

Sedikit tentang latar belakang dan sejarah  KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal?

Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul  Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini, dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah  kaedah KGBK ini,  saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya tentang kaedah ini.

Setelah membaca laporan dalam akhbar, dalam tahun 1979, bahawa 30 - 40% murid di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca, saya pun berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi, kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat mudah untuk diajar membaca dan menulisnya, terutama huruf tulisan rumi. Dari tijauan saya saya dapati kebanyakan guru mengguna ‘kaedah abjad’. Sebahagian kecil mengguna kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say), iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal.

Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan, dan kurang latihan. Maka dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan ‘fonik’ (berasaskan bunyi) dan pendekatan ‘seluruh perkataan’.

Pada 8 – 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal,” . Dalam kertas ini saya meninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM di peringkat awal, dan memperkenalkan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, yang tidak boleh membaca.

• Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. 7, Julai 1980.
( lihat Lampiran 1).

• Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala Terengganu, untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini, untuk dicuba di sekolah kebangsaan. Pemerhatian  rambang guru  mendapati kaedah ini berkesan. Guru mendapati ia mudah diguna, dan murid mudah belajar 2M.

• Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), di Jalan Duta. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah  pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981,  ms. 63 – 69.

* Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil.

• Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah 
 Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kaedah   yang menjadi pegangan ialah ‘ Kaedah Cerakin’ (yang dianggap sebagai kaedah PPK)  dan Kaedah Abjad, sebagai panduan guru mengajar.

• 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya  ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedah KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil.

* 1986 Fajar Bakti menerbitkan  buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika.  Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar.

• 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti, sebagai lanjutan kepada buku  Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas,  untuk murid Tahun 1. (Lihat contoh Lampiran 3).

* 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti, dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2.

* 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990,  juga diterbitkan oleh Fajar Bakti

* 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6  Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti, untuk prasekolah  (Lihat Lampiran 4)

* 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun 1, menggunakan kaedah ini.

Pelajar boleh merujuk artikel dan buku-buku di atas untuk melihat contoh-contoh bahan p & p dan alat ujian.

Rujukan tambahan
* Isahak  Haron (1990), Mengajar Membaca Peringkat Awal. Dalam Safiah Osman (ed). Membaca : Satu Pengenalan, Berita Publishing, Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk,
Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Beberapa kajian dibuat tentang keberkesanan kaedah KGBK (untuk huruf rumi dan jawi) oleh pelajar disertasi sarjana pendidikan. Kajian juga dibuat  di UPSI misalnya kajian (Laporan, 2004),  yang bertajuk dan abstraknya di bawah.

Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan  (2004)

Abstrak

Kajian  ini menyemukakan  pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk  pengajaran-pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu peringkat awal (early reading and writing), sebagai alternatif kepada model atau pendektan ‘Abjad/Fonik’ dan pendekatan ‘Seluruh Perkataan’ ( whole word), yang banyak diperkatakan dalam pengajaran membaca Bahasa Inggeris sejak lebih lima puluh tahun lalu.  Pendekatan KGBK menyatakan bahawa pengajaran membaca BM boleh dibuat dengan mengajar kanak-kanak ‘bunyi’ beberapa huruf vokal dan konsonan,  menjadikannya suku kata dan terus membina dan membaca ‘perkataan’ atau frasa atau ayat, dalam satu dua pelajaran saja. KGBK ini diasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitu sistem ejaannya fonemik (terdapat hubungan yang jelas antara  bunyi dan simbol (huruf) (sound-simbol relationship), suku kata perkataan bahasa Melayu yang  jelas, dan tatabahasa Melayu agak mudah berbanding dengan sistem ejaan dan tatabahasa bahasa Inggeris.  Kanak-kanak prasekolah dan murid ‘pemulihan’ dengan mudah boleh  diajar membaca Bahasa Melayu dalam jangka masa yang pendek.

Kajian empirikal,  untuk menguji keberkesanan  model atau pendektan KGBK,  dibuat dalam dua konteks: pertama,  konteks pengajaran kanak-kanak prasekolah di 12 tadika Kemas di Hulu Selangor. Setelah tiga  bulan guru tadika Kemas mengajar kanak-kanak membaca dan menulis mengguna KGBK, kemajuan kebolehan  membaca 326 orang murid di tadika ini agak ketara.
Konteks kedua ialah di mana  KGBK digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk ‘memulihkan’ murid sekolah rendah di Perak dan Pulau Pinang yang  ‘tidak boleh’  membaca atau lemah  membaca.  Soalselidik survey  digunakan untuk mendapat repons dan penilaian tentang keberkesanan KGBK daripada  sampel 75 orang guru pendidikan khas sekolah rendah  di tiga daerah pendidikan: PPD Hilir Perak, PPD Kerian dan PPD  Timur Laut Pulau Pinang.   Dapatan menunjukkan kumpulan guru yang mengguna ‘sepenuhnya atau sebahagian besar’ KGBK  mendapati Kaedah ini mudah dan  berkesan  untuk ‘memulih’ murid membaca dan menimbulkan minat mereka membaca, berbanding dengan golongan guru yang mengguna ‘separuh saja’ Kaedah ini.

Dapatan dari kajian penggunaan  KGBK di kedua-dua konteks menunjukkan yang KGBK berkesan  sebagai kaedah alternatif kepada kaedah yang guru amalkan sekarang untuk mengajar murid prasekolah membaca,  atau untuk mengajar ‘memulih’ murid yang  ‘tidak boleh’ atau lemah membaca BM di sekolah rendah.
Dari segi sumbangan kepada teori atau model pengajaran awal membaca, dapatan kajian keberkesanan KGBK ini ‘menolak’ anggapan bahawa terdapat ‘konflik’ antara kaedah ‘fonik’ dan kaedah ‘seluruh perkataan’ seperti yang terdapat dalam pengajaran awal membaca Bahasa Inggeris. KGBK merupakan model Ketiga dan pendekatan alternatif  yang berasas dan ‘viable’ untuk pengajaran awal membaca  Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang seumpama Bahasa Melayu. 
Aplikasi praktikal dapatan kajian ini ialah KGBK boleh diguna untuk mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan lebih mudah dan cepat,  dan untuk ‘memulihkan’ masalah ‘tidak boleh membaca’ pelajar sekolah rendah dengan berkesan.

Sunday 17 July 2011

Skim Bantuan Kewangan Bagi OKU

BIL JENIS BANTUAN KADAR TUJUAN SYARAT KELAYAKAN KHUSUS TEMPOH PENERIMAAN




1. Elaun Pekerja Cacat

(EPC)

RM300 sebulan seorang • Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU).
• Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
• Meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat
• Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
• Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
• Berumur 16 tahun ke atas.
• Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
* Pemohon mestilah menyertakan slip gaji / surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri. 12 bulan


2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

RM300 sebulan seorang Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga.
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar.
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat.
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.

• Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / Pesakit Kronik Terlantar.
• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
• Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU / Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa.
• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan. 12 bulan


3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
RM150 sebulan seorang Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.
Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja.
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.

• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
• Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain.
• OKU berdaftar dengan JKM.
• Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan.
• Berumur antara 18 – 59 tahun.
• Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada.
• Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan.
• Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
12 bulan


4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)

Kadar sebenar alat tiruan Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain. • OKU yang berdaftar dengan JKM.

• Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
• Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan/alat sokongan yang diperlukan.
Tiada


5. Geran Pelancaran (GP)

Maksimum RM2,700 sekaligus Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
Galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan Kerajaan.

• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya.
• Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan.
• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan.
• Kes-kes seliaan akhlak
Tiada








Orientasi Mobiliti

Perkembangan konsep dan latihan deria




Body movement, Sensory training (hearing, touch, smell), concept dev. (Body concepts, spatial concepts, left-right concepts, compass direction, environmental concepts)



1.Konsep dan tahap kepekaan terhadap kefahaman bentuk badan, arah, ruang, saiz, bentuk dan lain-lain

Latihan menggunakan ruang (dalam dan luar bilik/bangunan), bentuk dan saiz objek yang berbeza serta kedudukannya.

2.Kebolehan membezakan permukaan – kasar, halus, keras, licin.

Latihan merasa/meraba dengan tangan, kaki dan tongkat untuk membezakan permukaan yang berlainan.

3.Kebolehan menggunakan deria-deria yang masih ada seperti sentuh (taktual), rasa, dengar/bunyi (auditori), bau (olfaktori), kinestetik (mekanik pergerakan otot) dan lain-lain

Latihan mengamati/ mengklasifikasi bunyi, rasa, bau, permukaan yang berbeza dan pergerakan badan (body movement)

Latihan menentukan pergerakan kenderaan di sekeliling (latihan melintas jalan)

Keperluan Orientasi dan mobiliti



Psikologi:

Mempertingkatkan perkembangan konsep, pengamatan deria, harga diri, keyakinan



Fizikal:

Mempertingkatkan perkembangan psikomotor dapat bergerak/berjalan di persekitaran biasa atau baru dengan lebih mudah, cepat, selamat dan berkeyakinan tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.



Sosial dan Ekonomi:

- Memperbaiki pengurusan diri serta meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan dan penglibatan dengan masyarakat.

- Memberi peluang yang lebih mendapat pekerjaan/ meningkatkan ekonomi keluarga



Kemahiran Hidup Harian:

- Lebih banyak aktiviti harian dapat dilaksanakan dengan mudah



Kemahiran asas sebelum menggunakan tongkat (Pre-cane Skills)



Teknik pemandu

Celik/sighted Guide



1.Sentuhan, pegang, bersedia untuk bergerak (Contact, grip, stance)

Sentuhan - sentuhkan belakang tapak tangan anda di tapak tangan/ lengan pelajar sebagai isyarat untuknya memegang lengan.

Pegangan- pelajar akan memegang lengan kanan/kiri anda dengan tangan kiri/kanannya ke atas sedikit daripada siku anda. Ibu jarinya berada di sebelah luar sementaraempat jarinya pula berada di sebelah berjalan – lengan anda di sisi mestilah dalam keadaan rileks/selesa. Pelajar pula membengkokkan lengannya lebih kurang 90, serta agak rapat ke badannya. Lengan anda janganlah berada terlalu dekat atau jauh dari badan kerana ini akan menyebabkan tidak selesa atau tidak terkawal.

2.Duduk di kerusi (Seating)

Letakkan tangan pelajar di belakang kerusi. Minta pelajar pastikan tiada benda di atas kerusi/bangku sebelum duduk (Clearing).

Single chairs with/without arms, auditorium, etc.

3.Kawasan/lorong sempit (Narrow space):

Di lorong/pintu/kawasan sempit di mana sukar untuk berjalan seiringan, anda perlu tukar kedudukan tangan dengan menggerakkan tangan ke arah belakang (melebihi tengah belakang anda) Pelajar pula bertindak dengan meluruskan lengannya dan bergerak selari di belakang.

Lengannya mestilah diluruskan sepenuhnya untuk mengelakkan dari terlanggar/memijak belakang kaki anda.

4.Membuka/melalui pintu (Doorways)

Tukar ke sebelah kiri/kanan jika pemegang pintu di sisi lain.

Rujuk kepada (6)

5.Menaiki/menurun tangga (Stairways: with/without railings, escalators) :

Beritahu pelajar apabila tiba/menghampiri tangga sama ada naik atau turun. Berhenti dah rasa tepi anak tangga pertama dengan hujung kaki/kasut. Minta pelajar menggunakan tangan yang sebelah lagi memegang/merasa pemegang tangga/dinding (jika perlu). Berhenti sebentar apabila sampai di setiap anak tangga yang akhir.

6.Tukar ke sebelah/sisi semasa berjalan

(Change sides) Suruh pelajar tukar ke sebelah kiri/kanan anda untuk mengelakkan bertembung dengan halangan di hadapan. Pelajar boleh gunakan teknik menyusur dengan tangan di belakang anda jika perlu sebelum memegang lengan anda yg sebelah lagi

Pusing semula ke belakang (About turn)

7.Memasuki kereta

Letakkan tangan pelajar di pemegang pintu kereta dan buka. Minta pelajar memegang tepi bumbung sebelum memasuki kereta. Periksa dahulu tempat duduk dengan hujung jari sebelum duduk

8.Mencari barang yang terjatuh (Finding dropped objects)

Suruh pelajar mengesan dan menentukan arah barang yang terjatuh. Pusing badan menghala kearah barang yang terjatuh. Pusing badan menghala kearah barang berkenaan dan duduk mencangkung sambil menggunakan teknik kawalan atas/muka (menggunakan tangan). Cari barang dengan menggunakan kaedah separuh bulatan, grid atau aeroplane.

JuruPulih Cara Kerja

Program rehabilitasi untuk pediatrik oleh ahli Terapi Cara kerja adalah suatu program yang direka untuk menilai, memberi rawatan, serta menguruskan pelbagai ketidakupayaan dan limitasi klien dari segi neuromuscular, skeletal, dan juga kognitif.




1.Melakukan penilaian untuk mengenal pasti tahap perkembangan klien seperti perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif dan tingkah laku.

2.Merancang, menyusun dan melaksanakan program rawatan pemulihan yang elektif dan bersesuaian. Merangka dan menyusun program-program pendidikan di dalam dan di luar pusat rawatan untuk mendidik guru-guru, ibu bapa serta penjaga tentang permasalahan klien–klien.

3.Menggunakan teknik projektif, aktiviti terapeutik dan latihan tertentu untuk pemulihan fizikal, kognitif, dan psikososial. Menggunakan aktiviti secara kreatif dan produktif dalam proses rawatan rehabilitasi kepada klien.

4.Mempelbagaikan sumber rangsangan dan rawatan secara kreatif dan berkesan untuk memberi impak maksima kepada pesakit.

5.Mencadangkan penggunaan alat-alat bantuan yang bersesuaian untuk mengelakkan kecacatan yang lebih teruk dan membantu memudahkan ke fungsian anggota.

6.Melakukan penilaian berkala dalam selang masa yang bersesuaian untuk menentukan kelemahan dan keberkesanan rawatan.

Peralatan / Instrumen



TrampolineVibrating ball poolBalancing ballSensory stimulationActivities kit

Sunday 10 July 2011

Peripatetik

Peripatetik bukan sahaja bertugas di pusat khidmat, malah membuat perluasan perkhidmatan ke sekolah dan Pusat Dalam Komuniti (PDK). Tugas-tugas peripatetik meliputi:




1.Mengenal pasti murid yang mempunyai keperluan atau masalah lain yang mengganggu proses penerimaan mereka untuk belajar.

2.Membuat rujukan kepada ahli profesional / pakar yang sesuai dengan permasalahan yang dialami oleh klien.

3.Mengurus segala keperluan pembelajaran yang klien perlu termasuklah keperluan peralatan khas.

4.Menilai kanak-kanak berkeperluan khas bagi proses penempatan.

5.Bertindak sebagai pemudah cara kepada guru atau ibu bapa klien tentang permasalahan yang dihadapi.

6.Menyediakan surat rujukan kanak-kanak ke hospital atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

7.Membantu menyenaraikan keperluan dan peralatan khas yang diperlukan di dalam kelas khas.

8.Menjalankan terapi individu untuk tujuan peningkatan pengajaran dan pembelajaran klien di 3PK3PK: Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas .

Peralatan / Instrumen



Alat permainan yang berkaitan

Alat bantu mengajar yang berkaitan

Buku/kad gambar yang berkaitan

Mini House

Elaun Murid Khas (EMK)

Elaun Murid Khas (EMK) .


Kunjungan: 262 Seksyen: Perkhidmatan - Kebajikan . .Pengenalan



Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU), kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan elaun murid khas kepada setiap murid yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU).



Kadar Elaun



Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM150.00 sebulan.



Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:



1.Warganegara Malaysia

2.Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

3.Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:

1.Prasekolah

2.Sekolah-sekolah rendah dan menengah

3.Sekolah agama

4.Kolej Matrikulasi

4.Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

5.Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

Pembayaran



1.EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)

2.Jumlah pembayaran kepada murid baru dikira daripada bulan pendaftaran semester / persekolahan dalam tahun semasa

3.Pembayaran EMK akan ditamatkan sekiranya murid keluar atau berhenti daripada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan

4.Pastikan setiap murid adalah pemegang kad OKU. Tanpa kad OKU, bayaran elaun tidak boleh dibuat

5.Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, perlu mengesahkan status penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara (P.U(A)275)

6.Permohonan EMK adalah melalui sekolah/JPN.

Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Albino

Definisi Albino :


•Perkataan “albinisme” merujuk pada sekelompok keadaan yang diwarisi. Orang dengan albinisme mempunyai pigmen sedikit atau tidak ada di mata mereka, kulit, atau bulu. Mereka telah mewarisi gen berubah yang tidak biasa membuat jumlah pigmen yang disebut melanin. (NOAH – THE NATIONAL ORGANIZATION FOR ALBINISM HYPOPIGMENTATION.

•Albinisme merupakan kecacatan bawaan yang ditandai dengan tidak lengkap atau sebahagian pigmen di kulit, rambut dan mata kerana tidak adanya atau cacat dari enzim yang terlibat dalam pengeluaran melanin. Albinisme hasil dari warisan dari alel gen resesif dan dikenali untuk mempengaruhi semua vertebrata, termasuk manusia (wikepedia)





Apakah Albino??



Albino ialah kelainan genetik, bukan penyakit infeksi dan tidak boleh ditransmisi melalui kontak, transfusi darah dan sebagainya.

Gen albino menyebabkan tubuh tidak dapat membuat pigmen melamin. Sebahagian besar bentuk albino adalah hasil dari kelainan biologi dari gen-gen resesif yang diturunkan oleh orang tua.

Albino tidak mempengaruhi jantina, kecuali ocular albino (terikat dengan kromosom x) sehingga dikatakan lelaki lebih cepat terkena ocular albino.



Albino pada Manusia



a) Oculocutaneous albinism



~ Albino pada mata dan kulit iaitu kehilangan pigmen pada mata,kulit, dan rambut.







b) Ocular albinism



~ Hanya kehilangan pigmen pada mata.



~ Orang-orang yang menghidapi Ocular Albinism mempunyai warna rambut dan kulit yang normal, malah ada juga yang mempunyai penampilan mata yang normal.







Ciri–ciri Mata Albino



1.Low vision ( tajam penglihatan sekitar 20/50 dan 20/800)

2.SangaMata bergerak-gerak secara ritmik (nystagmus)

3.Kekurangan atau tidak adanya pigmen pada kulit, mata dan sensitif terbakar sinar matahari (cahaya ultraviolet) yang mempunyai peranan penting terjadinya kanser kulit atau katarak pada masa yang akan datang

4.Keterlambatan dalam melihat pada waktu bayi

5.Mempunyai kelainan rabun jauh, rabun dekat dan seringkali diikuti dengan adanya kelainan astigmat

6.Tidak berkembangnya pusat retina ( foveal hypoplasia )

7.Kekurangan pigmen di retina ( pada saat fundus terlihat berwarna bule / blonde)

8.Ketidakmampuan mata untuk bekerjasama ( tidak mempunyai penglihatan stereo)

9.Iris mata berwarna lavender kecoklat-coklatan (hazel) dan sebagian besar menjadi biru

10.Terdapat adanya stabismus/juling/jereng/kero dengan kedua penyimpangan yaitu penyimpangan horizontal dan vertikal

Tuesday 28 June 2011

Majlis Jalinan Kasih PPKI, SMK Kolombong 2011

Majlis jalinan kasih peringkat PPKI SMK kolombong telah diadakan pada 29 Jun 2011 bertempat di dewan terbuka SMK Kolombong. Bermula dengan kedatangan ibu bapa dan para pelajar seawal jam 7.30 pagi dan jemputan khas pada pukul 8.00 pagi. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Mohd Syahfizam dan selepas itu sedikit ucapan dari Pen. Kanan Pendidikan Khas, Pn Alizah abd Malek. Upacara pemotongan kek dilakukan setelah para jemputan mendengar ucapan oleh Pen. Kanan Pentadbiran iaitu Drs Hamid B Abd Rahmat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh adik Caswel Boniface dan para pelajar pendidikan khas dengan membawakan lagu yang bertajuk "Ku Ada Kamu".

Para ibu bapa diberi peluang naik ke atas pentas dan menerima hadiah berupa kad hari ibubapa dari para pelajar bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Setelah itu, tidak lupa juga para guru PPKI menerima hadiah cenderakenangan Hari Guru. Majlis bertambah gembira dan ceria apabila berlangsungnya pertandingan pakaian beragam antara kelas. Para pelajar yang mengikuti pertandingan tersebut ternyata sungguh kreatif dan berbakat apabila menunjukkan pakaian beragam mereka yang mengikut tema yang diberikan. Setelah selesai pertandingan pakaian seragam, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Tilawah yang diadakan baru-baru ini dan penyampaian hadiah bagi pertandingan pakaian beragam. Pemenang bagi majlis Tilawah diberikan kepada adik Hafiz Nordin manakala pertandingan pakaian beragam pula, ditempat ke-3 jatuh kepada adik Mohd Satria Hidayat, tempat ke-2 pula dimenangi oleh adik Firdaus dan johan adalah adik Christy P Dayu. Setelah selesai semua acara, para jemputan dan ibubapa dibawa melawat ke pameran hasil kerjatangan pelajar. Ibubapa dan para jemputan ternyata gembira melihat hasil kerja yang dihasilkan oleh para pelajar. 

Semua acara selesai pada sekitar jam 11.30 dengan acara jamuan makan tengahari yang telah disediakan oleh semua kakitangan PPKI. Disini para guru dan ibubapa dapat bercerita dan berkongsi masalah para pelajar masing-masing.

















Wednesday 22 June 2011

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN  PENDIDIKAN  INDIVIDU



Definisi


RPI adalah satu perjanjian/
persetujuan di antara pemberi perkhidmatan dan kanak-kanak terlibat dan ibu bapa/penjaga.  Pemberi perkhidmatan bersetuju menyediakan perkhidmatan pendidikan yang khusus yang memenuhi keperluan  pendidikan kanak-kanak tersebut.




Prinsip Keberkesanan RPI

i.  Pemilikan/ownership

-      ibu bapa &  kanak-kanak dgn pihak sekolah di bawah Kem. Pendidikan

ii.                    Tanggungjawab

     Hanya pihak yang terlibat dgn kanak-kanak serta keluarganya
     shj yg terikat kepada perjanjian yang telah dipersetujui dlm RPI.

     Semua pihak patuh kpd perkara yg telah dipersetujui.

     Tiada  pihak yg harus bertanggungjawab menyediakan
      perkhidmatan yg tidak dinyatakan dalam RPI.

iii.                   Ketelusan

Semua pihak terlibat diberi:

-      peluang yg sama  utk beri pandangan
-      peluang yng sama melihat dan menyemak rekod murid
-      melihat proses perkembangan dan hasil dimaklumkan kepada ibu bapa

iv.                  Kebolehpercayaan

-      Peranan semua pihak dinyatakan dengan jelas
-      Penilaian dan semakan perancangan dan hasil harus diberitahu, sah, boleh dipercayai dan telus kpd semua yg terlibat
-      Matlamat sesuatu perancangan hendaklah dinyatakan dgn jelas

RANCANGAN  PENDIDIKAN INDIVIDU  ( RPI )


MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN
(Langkah-langkah)


Langkah 1
Kenal pasti murid

Berdasarkan maklumat yg didapati guru boleh menilai dan mengenal pasti seseorang murid itu memerlukan bantuan pendidikan individu atau tidak melalui pemerhatian yang dijalankan.





Langkah  2

Maklumat murid

Mendapatkan maklumat  latar belakang murid:

Rekod/fail

i.                       maklumat psikososial pendidikan – pencapaian akademik & tingkah laku

ii.                   maklumat perubatan

iii.                maklumat persekitaran – tempat tinggal, sejarah keluarga, tingkah laku murid di rumah, temuduga keluarga, peg perubatan, terapis,dan pegawai kebajikan  yg pernah dijlnkan
Langkah  3

Analisis keputusan dan penentuan calon dan membuat Hipotesis

Berdasarkan pemerhatian dan rekod maklumat guru membuat penilaian/analisis dengan mengambil kira;
  • adakah hipotesis awal telah buat  oleh pihak lain spt guru atau pakar
  • membuat penilaian kelebihan  dan kelemahan murid berkenaan
  • maklumat yang terlalu lama atau baru sblm membuat sesuatu keputusan/taksiran
  • program yg telah disediakan oleh pihak sek. or guru kelas, jika ada


  • sesetengah maklumat mungkin tidak terperinci & pen.lanjut diperlukan.  Perancangan  x boleh dibuat dgn maklumat yg ada
  • jika tiada maklumat mengenai murid, orang yang pertama perlu dirujuk adalah guru sebagai permulaan.  Jadi hipotesis x dpt dibuat dan penilaian harus dimulakan terhadap murid tersebut
  • jika maklumat lengkap telah diperolehi, guru boleh membuat satu hipotesis mengenai kelebihan dan kelemahan  murid utk dijadikan panduan merancang satu program pendidikan murid berkenaan

Langkah 4

Menilai kelebihan dan kelemahan individu

Pada peringkat ini satu proses penilaian  blh dijlnkan utk menilai sejauh mana  ketepatan hipotesis awal yg telah dibina boleh diterima atau perlu  disemak semula atau diubah suai melalui maklumat yg diperolehi.

Jika maklumat awal mencukupi dan hipotesis awal masih relevan dgn keperluan murid, guru x perlu menilai semula maklumat yg  ada utk membina  H baru. Guru blh terus ke langkah seterusnya iaitu proses penilaian kaedah dan bahan pengajaran.

Jika maklumat x lengkap & maklumat baru diperlukan, guru blh gunakan maklumat dari penilaian umum (global) dan khusus utk membuat H.

a)         penilaian umum

bertujuan utgk membantu  mengenal pasti dgn lebih mendalam apakah  yg mungkin mempengaruhi pemb. seseorang murid.  Maklumat itu adalah  mengenai cara bagaimana pel itu belajar.

Dari maklumat ini guru blh mendapat maklumat sama ada murid berkenaan mengalami masalah kecerdasan mental (IQ),keluarga, tingkah laku dsb.



b)        Penilaian khusus

Boleh diperolehi selepas mendapat maklmat penilaian global. Ada 4 elemen penting;

i.                       Analisis kurikulum

  • utk menentukan apakah yg kanak2 perlu  ketahui or pelajari
  • maklumat diperolehi melalui kurikulum sedia ada yg digunakan guru dan kurikulum p. Khas. Guru blh menilai keupayaan murid berdasarkan kurikulum yg digunakan
  • maklumat lebih khusus didapati  dgn menilai kesesuaian umur atau kemampuan murid dgn kaedah  dan bhn peng. yg disediakan.

ii.                    pemerhatian dalam kelas

  • bantu mengetahui pencapaian or perkembangan tingkah laku
  • dpt mengetahui sejauh mana murid menghabiskan masanya thp kerja, menumpukan perhatian terhadap   pelajaran atau menunjukkan TL yg negatif or positif semasa dlm kelas

iii) Temu bual

  • utk mengetgahui lebih dekat lagi ttg murid itu
  • tanya cara yg digemari utk mempelajari sesuatu




           iv)  analisis contoh kerja

  • melihat contoh kerja murid utk mengetahui pencapaian dlm kelas


Langkah 5

Hipotesis baru

Jika H awal kurang tepat dan guru perlu membuat H baru

Berdasarkan maklumat yg diperolehi guru membina H baru dgn menyatakan kelebihan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran – 3 M




Langkah  6

Penilaian kaedah dan bahan pengajaran

Setelah semua maklumat diperolehi, dinilai, dan H baru dibina, guru mula memikirkan  ttg kaedah dan cara  bhn pengajaran  yg sesuai digunakan utk PnP murid berkenaan.

Sebelum menyediakan RPI sebenar, satu siri percubaan  harus dijlnkan atas kaedah  dan bahan yg dipilih utk melihat keberkesanannya.

Rancangan pengajaran percubaan disediakan berdasarkan H yg dibina dgn menilai kelemahan utama dlm  3M dan menaakul.

Akhirnya guru  menilai keberkesanan percubaan yg telah dijalankan.  Guru boleh membuat pengubahsuaian

Hasil siri percubaan hendaklah dikemukakan kpd semua ahli yg terlibat dlam membentuk RPI murid berkenaan.



Langkah 7

Penyediaan  RPI

Matlamat:

memenuhi keperluan tertentu individu



dirancang utk membantu knk-knk utk mencapai  dan mengekalkan keupayaan yg l/kurang atau hampir seimbang dgn rakan sebaya normal

dirancang utk melibatkan penjaga, murid, guru, & org yg berkaitan dlm proses membantu knk2 tersebut

dirancang utk menyediakan tjawab profesional kpd knk2  b. Khas


Langkah 8

Pelaksanaan dan pengurusan program

Perlu mengambil kira pelbagai faktor yg mungkin timbul


Ada berlaku di mana sewaktu sesi percubaan kaedah yg digunakan berkesan ttp sebaliknya apabila program sebenar dilaksanakan kaedah tersebut tidak berkesan.

Polloway et.al (1989) mencadangkan:

i.  guru memberi tumpuan kpd satu objektif peng. dlm satu jwaktu yg telah ditetapkan.  Ini akan membantu guru memberi tumpuan dan penilaian thdp kemajuan yg  sesuatu bidang kem.  yg diajar

ii.  pd akhir PnP guru catat perkara2 penting yg berlaku dlm proses PnP termasuklah keberkesanan bhn dan kaedah pengajaran, pencapaian murid, dan kesukaran atau masalah yg dihadapi

iii.  keadaan kelas yg kondusif

iv.  RPI bkn bermaksud murid berkenaan diajar secara individu ttp kemajuan dan kelemahan murid itu dinilai secara individu.  Oleh itu, pada akhir peng. guru akan menilai sejauh manakah keupayaan murid itu mencapai kemahiran yg diajar

v.  Guru mencatat pencapaian murid dlm rekod peribadi mereka.  Murid yg
menunjukkan prestasi yg baik diinklusifkan ke kelas normal


Langkah 9

Penilaian program

Guru dan ahli jkuasa pelbagai disiplin akan membincangkan sejauh mana pencapaian murid berkenaan

Membuat penilaian semula ke atas kaedah dan bahan, isi kandungan, dan jmasa pengajaran

Dilakukan berterusan sepanjang program

MEMBINA HUBUNGAN YANG POSITIF DENGAN IBU BAPA

Untuk membina hubungan yang baik dengan iu bapa sifat-sifat ini perlu ada pada guru prasekolah

1.       Menerima

Menerima tanpa syarat. Menghargai manusia amnya adalah individu yang unggul. Terima ibu bapa dengan tidak menghukum, tidak menilai dan jangan cepat membuat rumusan.

2.       Mendengar

Mendengar dengan teliti pertuturan orang yang bercakap. Tidak memotong orang bercakap atau dalam fikiran membuat kesimpulan dalam senyap. Memahami perasaan orang bercakap dan mengeluarkan komen yang akan menggalakkan lagi orang itu bercakap

3.       Faham

Memahami dan merasai apa yang dirasai oleh penutur. Respon yang diberi haruslah menggalakkan dan membolehkan individu yang bercakap itu terfikir dan menilai tindak tanduknya. Anda berfungsi sebagai penggerak yang dapat melihat sesuatu dengan objektif.

4.       Mengambil berat

Rela memberi masa dan perhatian anda kepada orang yang bermasalah dan membantu orang itu menyelesaikan masalahnya sendiri. Contohnya ibu bapa yang mempunyai masalah dengan anaknya dan sebagainya.

5.       Dipercayai

Boleh menyimpan rahsia hasil dari perkongsian maklumat individu berkenaan. Jangan menceritakan masalah peribadi ibu bapa berkenaan kepada orang lain.

6.       Tulen

Tidak berpura-pura atau tidak bermuka dua. Kepura-puraan dapat dibaca melalui percanggahan perkataan, air muka dan gerak geri anda. Jika anda rasa anda berpura-pura, lebih baik berterus terang dan cuba rujuk kepada orang lain yang boleh menolong.

PENILAIAN PENGESANAN, PENILAIAN DIAGNOSTIK, PENILAIAN PENCAPAIAN DAN PENILAIAN PSIKOLOGI.

 Notes from :
MOHD ANUAR  ABDULLAH * UNIT PEND. KHAS, JAB. ILMU PENDIDIKAN, IPIP, 2007


PENGENALAN

Secara umumnya penilaian bolehlah ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu sistem yang digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih baik dan lebih berkesan. Ianya bermula dengan membuat pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan. Secara keseluruhannya penilaian boleh dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar psikiatrik, guru pendidikan khas, guru-guru dan ibu bapa. Umumnya penilaian dijalankan bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan serta keperluan seseorang pelajar.

D. Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision (Pedagogi 3 Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Mok Soon Sang, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan, penilaian itu sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Juga dapat dikatakan bahawa penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada dapatan data-data yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat berkenaan tahap pencapaian atau kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap, sahsiah, harga diri seseorang atau untuk lain-lain tugasan. Dalam konteks ini pengukuran juga adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam bentuk kuantiti iaitu angka atau gred.


JENIS-JENIS PENILAIAN PSIKOLOGI

Menurut ahli-ahli psikologi penilaian terbahagi kepada beberapa kategori.  Antaranya seperti berikut ;
i-                Penilaian Pengesanan
ii-              Penilaian Diagnostik
iii-            Penilaian Perkembangan
iv-             Penilaian Pencapaian
v-               Penilaian Aptitut
vi-             Penilaian Kebolehan
vii-           Penilaian Kerjaya
viii-         Penilaian Personaliti
ix-             Penilaian Kesihatan Mental

PENILAIAN PENGESANAN

Definisi Penilaian Pengesanan
           
            Penilaian pengesanan ialah satu penilaian tidak formal yang dilakukan kepada kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun. Penilaian ini dilakukan secara pemerhatian ataupun dengan cara perbandingan dengan kanak-kanak yang lain. Penilai terdiri daripada individu yang rapat dengan kanak-kanak tersebut terutama  guru, ibu bapa dan pengasuh. Maklumat yang diperolehi daripada hasil penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan kanak-kanak tersebut.

Tujuan Penilaian Pengesanan
Penilaian pengesanan kanak-kanak yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa  akan  memberi gambaran awal tentang jenis ketidakupayaan atau perkembangan kanak-kanak.  Gambaran awal ini penting untuk kita mengenal pasti tahap keupayaan kanak-kanak.


Sekiranya didapati kanak-kanak menghadapi ketidakupayaan dari aspek tertentu, guru prasekolah atau ibu bapa dapat mengambil tindakan awal untuk mengatasi kekurangan tersebut. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa ialah merujuk kepada pakar atau perkhidmatan yang berkaitan untuk menolong kanak-kanak tersebut.  Langkah segera ini akan membantu kanak-kanak menangani ketidakupayaannya.

3.2.1 Mengesan keupayaan kanak-kanak di peringkat awal.
Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak mereka. Setelah mengetahui tahap keupayaan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah merancang dan melaksanakan tindakan yang boleh membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan keupayaan yang sedia ada dengan aktiviti yang berkesan.

3.2.2 Kenal pasti tahap kelebihan  yang dimiliki .
Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kekuatan atau kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki contohnya jika seseorang kanak-kanak itu kelihatan lebih cenderung ke arah aktiviti sosial seperti bermain bersama kawan dan  suka berbual maka guru dan ibu bapa haruslah meningkatkan kecenderungan itu.

3.2.1       Kumpul maklumat untuk simpanan rekod
Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan rujukan bimbingan dan perancangan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Maklumat ini juga boleh diserahkan kepada pihak yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak.

3.2.2       Membantu ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah kanak-kanak .
Penilaian pencapaian ini dapat mendedahkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat merancang tindakan susulan untuk mengurangkan masalah atau kekurangan keupayaan kanak-kanak tersebut. Masalah ini akan dapat dikurangkan sekiranya perancangan dilakukan mengikut keperluan kanak-kanak.

Kepentingan Penilaian Pengesanan
3.3.1       Dapat mengetahui  ketidakupayaan dengan lebih awal.
Dengan adanya penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan  kanak-kanak di peringkat awal. Sekiranya tahap perkembangan berada pada paras normal, guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang boleh mengembangkan lagi kemahiran yang sedia ada. Begitu juga sebaliknya, jika didapati kanak-kanak itu berada pada tahap perkembangan yang agak perlahan maka guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran atau keupayaan kanak-kanak tersebut. Langkah awal yang diambil dapat membantu kanak-kanak menigkatkan ketidakupayaannya dengan lebih cepat.

3.3.2       Menyediakan perancangan berdasarkan keperluan kanak-kanak.
Setelah melakukan penilaian pengesanan, guru dan ibu bapa akan mengetahui keperluan anak-anak mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh itu, guru dan ibu bapa dapat merancang perancangan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak itu.

3.3.3       Kenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.
Melalui penilaian pengesanan ini juga, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan  kanak-kanak.  Setelah mengetahui kemampuan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah membuat perancangan untuk mempertingkatkan lagi kekuatan  dan mengurangkan kelemahan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

3.3.4       Menyediakan laporan untuk rujukan pakar.
Keputusan penilaian pencapaian ini boleh diajukan kepada pakar bagi kes yang memerlukan khidmat pakar. Maklumat yang diperolehi ini akan membantu pakar mengenali dan mengesan tahap keupayaan  kanak-kanak ini dalam tempoh yang singkat.  Seterusnya proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak akan dapat dijalankan dengan segera dan berkesan.

3.3.5       Simpanan rekod untuk rujukan dan bimbingan.
Rekod atau keputusan penilaian pencapaian yang diperolehi akan disimpan untuk rujukan dan bimbingan. Rekod ini penting bagi memudahkan guru membuat rujukan sekiranya diperlukan. Dengan itu kanak-kanak ini akan dinilai dari masa ke semasa berdasarkan rekod terdahulu dan pencapaian yang telah mereka kuasai.

PENILAIAN DIAGNOSTIK

Definisi Penilaian Diagnostik
Beberapa definisi penilaian diagnostik adalah seperti berikut :-

Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan penilaian diagnostik ini sebagai satu penilaian formatif bagi mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran . Dari segi pencapaian akademik , ujian ini dijalankan secara individu yang memberi fokus utama untuk menilai kebolehan dalam satu atau beberapa bidang .Data - data terperinci ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan tertentu yang dapat menyediakan RPI yang sesuai bagi individu berkenaan .

Dalam pendidikan kanak-kanak khas pula, penilaian diagnostik merupakan satu penilaian yang mendalam dan khusus bagi kanak-kanak yang umurnya atara 6 hingga 7 tahun . Penilaian ini biasanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar psiakiatris dan psikologis dalam mengkategorikan kanak-kanak secara lebih spesifik. Jika rumusan yang dibuat pakar-pakar ini bercanggah, ibu bapa dinasihatkan mendapatkan “second option” apabila merujuk kanak-kanak itu. Buku DSM IV sering digunakan terutamanya ketika mengdiagnosis masalah mental.

Penilaian diagnostik juga dianggap sebagai satu penilaian dari segi emosi dan mental seseorang kanak-kanak berkeperluan khas. Penilaian ini lebih khusus dan spesifik tentang masalah kanak –kanak keperluan khas dari segi perubatan.
            Jadi dapatlah dirumuskan ujian diagnostik adalah ujian yang memberi maklumat terperinci supaya langkah-langkah tertentu dan lebih tepat  dapat dijalankan dengan lebih berkesan .

Tujuan Penilaian Diagnostik 
Menentukan jenis-jenis ketidak upayaan seseorang kanak-kanak lebih awal secara
lebih spesifik. Jenis-jenis ketidak upayaan ini dipengaruhi oleh factor-faktor dalaman yang membezakan keupayaan kanak-kanak ini yang biasanya diwarisi dan dipelajari melalui pengalaman kanak-kanak itu seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan penyataan .Pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini memudahkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran sesuai untuk mengatasinya.

Penempatan yang lebih tepat untuk murid-murid ini mengikut aras kebolehannya. Ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa lagi. Murid-murid yang lemah memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana tumpuan perhatiannya yang tidak lama di kelas. Persediaan aktiviti P & P yang menarik dan dipelbagaikan amat dititikberatkan.

Memberikan maklumat tentang masalah kanak- kanak kepada ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas. Pengetahuan ini dapat dijadikan pelunjuran oleh guru-guru dalam melaksanakan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Guru-guru juga dapat menyemak semula factor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran murid-muridnya di kelas.

Merancang kaedah rawatan yang bersesuaian dengan ketidak upayaan kanak-kanak itu. Ini kerana keupayaan belajar murid-murid adalah berbez. Murid yang lemah memerlukan banyak masa. Penempatan mengikut kebolehan mengurangkan rasa tertekan malahan murid-murid dapat belajar dengan selesa.

Memberikan panduan untuk mengendalikan kanak-kanak keperluan khas. Guru – guru dapat mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kerana proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini memerlukan pelbagai kaedah agar mereka mudah faham. Guru-guru juga harus peka dengan keperluan dan perkembangan emosi, psikologi dan mental apabila berhadapan dengan kanak - kanak keperluan khas ini.

Digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menentukan kedudukan murid-murid dalam pelajarannya sebelum guru-guru memulakan sesuatu isipelajaran. Perolehan data-data ini membolehkan guru-guru mengubahsuaikan bahan, isi dan kaedah pengajaran mereka mengikut kesesuaian murid-muridnya .

Kepentingan Penilaian Diagnostik 
Dapat menentukan jenis-jenis ketidak upayaan kanak-kanak. Oleh itu guru-guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti cadangan atau program intervensi yang boleh digunakan untuk kanak-kanak tersebut. Ia juga penting kepada ibu bapa untuk memberi intervensi awal termasuklah mengenal pasti penempatan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut dalam memberi pendidikan dan membantunya dalam kehidupan yang lebih selesa.

Menempatkan kanak-kanak ini mengikut kebolehan dan keperluan diri. Murid-murid berasa tidak tertekan dan belajar dengan selesa kerana guru-guru telah mengklasifikasi kebolehan mengikut kumpulan. Jadi mereka berasa tidak tersisih dan akan hilang perasaan negatifnya seperti malu belajar kerana guru-guru memberi perhatian dan tunjuk ajar yang sama mengikut kebolehan.

Guru-guru dapat menentukan objektif yang hendak dicapai bagi setiap individu yang berbeza keperluan. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan inilah yang mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi agar objektif yang dirancang memenuhi keperluan.

Guru-guru dapat meracang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan murid. Untuk kelas yang lemah, strategi pengajaran lebih berkesan diperkembangkan seperti mengajar isi yang asas dan kurang menegaskan kemahiran yang kompleks dan abstrak yang tidak boleh dikuasai oleh murid ini.

Ibu bapa mendapat maklumat yang lebih jelas tentang ketidak upayaan anak-anak mereka. Ini dapat membantu ibu bapa mengetahui anaknya mempunyai ketidak upayaan tertentu lebih mendalam. Fenomena ini membolehkan ibu bapa mencari khidmat pakar-pakar tertentu bagi melatih anak-anaknya.  Hal demikian merupakan tindakan susulan utama yang boleh dilakukan dengan segera bagi membantu kanak-kanak itu.


PENILAIAN PERKEMBANGAN

Definisi Penilaian Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Aspek Penilaian Perkembangan
Fizikal.
Penilaian dari segi fizikal merangkumi penilaian dari aspek menggunakan kemahiran anggota badan. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak akan membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya. Selain itu, kanak-kanak juga akan dinilai tahap perkembangan dari segi motor halus dan motor kasar.

Kognitif.
Penilaian perkembangan kognitif merangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan kebolehan mengingat. Penilaian ini berdasarkan tahap umur kanak-kanak selari dengan kebolehan kognitif mereka.

Sosial.
Aspek sosial merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di persekitarannya. Kanak-kanak yang berkebolehan berkawan dan bermain bersama rakan menunjukkan perkembangan sosial yang baik. Sekiranya kanak-kanak itu lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampur-gaul bersama rakan yang lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini memerlukan bimbingan untuk menyakinkan dirinya ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain.

Emosi.
Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal perasaan. Kanak-kanak akan dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka iaitu seperti perasaan gembira, gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-kanak yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan menunjukkan sikap yang ceria dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan yang lain. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk mendiamkan diri dan sentiasa diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dibimbing dan sentiasa memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kembali keyakinan dirinya.

Bahasa Dan Komunikasi.
Aspek ini merangkumi kemahiran bertutur menggunakan bahasa yang difahami. Perkataan yang digunakan juga jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur empat tahun dan mempunyai masalah artikulasi iaitu masalah sebutan yang tidak jelas contohnya ‘buku’ disebut ‘butu’, ‘makan’ disebut ‘matan’, ‘pokok’ disebut ‘potok’ dan lain-lain lagi.  Untuk mengatasi masalah ini guru dan ibu bapa mestilah melatih kanak-kanak ini  menyebut ayat-ayat mudah dahulu seperti ayat suku kata terbuka. Setelah menguasai ayat mudah barulah menyebut ayat suku kata tertutup.


Pengurusan Diri.
Aspek ini merangkumi kebolehan kanak-kanak menjaga dan memelihara diri sendiri dari segi makan, minum, memakai pakaian, menggunakan tandas, mandi, kekemasan diri, memakai kasut, dan lain-lain. Kanak-kanak yang biasa, mampu melakukan perkara-perkara ini pada usia empat tahun ke atas. Sekiranya ada dikalangan kanak-kanak yang masih gagal melakukan salah satu perkara di atas contohnya memakai pakaian dan memakai kasut maka kanak-kanak ini perlu di beri latihan setiap hari agar dapat menguasai kemahiran tersebut.

Tujuan Penilaian Perkembangan
Menilai perkembangan kanak-kanak.
Penilaian perkembangan kanak-kanak bertujuan untuk menilai tahap perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan pertuturan, dan pengurusan diri. Sekiranya kanak-kanak ini ketidakupayaan berkembang secara normal, maka guru boleh menjalankan proses intervensi untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya.

Mengesan kekurangan kanak-kanak
Melalui proses penilaian perkembangan ini, guru dapat mengesan tahap perkembangan  kanak-kanak tersebut. Dari enam aspek penilaian yang telah disebutkan, mungkin kanak-kanak ini mengalami kekurangan perkembangan dari segi kognitif dan bahasa. Oleh yang demikian guru dapat merancang proses intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut.

Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan tahap perkembangan.
Setelah guru mengenal pasti kekurangan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak ini, guru merancang program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan tahap perkembangan selari dengan usianya. Proses intervensi ini melibatkan latihan latih tubi latihan yang berterusan untuk melatih kanak-kanak ini berkembang mengikut tahap perkembangan yang normal.

Penglibatan keluarga dalam proses mempertingkatkan tahap perkembangan.
Penilaian perkembangan yang dijalankan akan membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti tahap kekurangan kanak-kanak berdasarkan enam aspek tadi. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan dapat dibantu untuk meningkatkan keupayaan dengan lebih cepat sekiranya guru dan ibu bapa dapat bekerjasama untuk mengatur program yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Sekiranya program pemulihan dilakukan berterusan di sekolah dan di rumah, sudah tentu kanak-kanak ini akan menguasai kemahiran dengan lebih cepat.

Kegunaan Penilaian Perkembangan
Kanak-kanak akan mengalami perkembangan sejak lahir hingga berumur 6 tahun. Dalam tempoh ini kanak-kanak akan mengalami banyak pembelajaran dan berkembang mengikut tahap umur yang tertentu. Perkembangan ini akan terbantut sekiranya kanak-kanak ini mengalami ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini akan membezakan kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sekiranya masalah ini dibiar beralarutan ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada keluarga dan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian perbezaan ini perlu dikesan diperingkat awal agar pihak yang rapat dengan kanak-kanak ini seperti guru dan ibu bapa dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini melalui program intervensi. Melalui program ini kanak-kanak akan dilatih dan diasuh sehingga mereka dapat meningkatkan kebolehupayaan dalam kemahiran yang patut mereka kuasai selaras dengan umur mereka. Dalam hal ini guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan sentiasa peka dengan perkembangan kanak-kanak. Langkah ini penting agar kanak-kanak yang tidak berkeupayaan akan diatasi pada peringkat awal.


PENILAIAN PENCAPAIAN
Definisi Penilaian Pencapaian
Beberapa definisi tentang penilaian pencapaian adalah seperti berikut :-
Proses mengumpul maklumat atau data tentang pencapaian murid-murid di sekolah. Penilaian ini dapat memberi gambaran tentang pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran yang diuji. Contohnya, penguasaan murid-murid dalam isikandungan kurikulum tertentu .

Menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan ujian bertulis bagi mengesan tahap pencapaian murid-murid yang berumur 7 tahun ke atas. Biasanya ujian ini digunakan oleh ahli psikologis dan guru pendidikan khas untuk menentukan sama ada murid-murid ini sesuai untuk ditempatkan di kelas inklusif. Ujian pencapaian ini melibatkan   matapelajaran Bahasa Malaysia (membaca dan menulis), Bahasa Inggeris (reading and writing) , Matematik , Sains dan Pendidikan Moral .

Penilaian pencapaian merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang dan pertimbangan nilai. Pertimbangan nilai boleh diperolehi dari interpretasi hasil pengukuran kuantitatif atau pengukuran kualitatif atau kombinasi kedua-duanya yang melibatkan 3 perkara iaitu pertama: dapat maklumat daripada cara mengukur; kedua: menetapkan sesuatu kriteria bagi mengukur dan ketiga: membuat pentafsiran tentang hasil pengukuran.

Menurut Mokhtar Ismail (1995), Penilaian pencapaian digunakan bagi menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa. Contohnya, ujian bulanan di bilik darjah dan ujian peringkat awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tujuan Penilaian Pencapaian 
Mengenal pasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3 M. Ini memberi peluang kepada guru-guru untuk membuat tindakan susulan apabila kelemahan murid yang dinilai telah diketahui.
Menilai tahap pencapaian kanak-kanak. Murid yang berkebolehan dan yang lemah dapat dikesan dengan cepat. Pembelajaran murid dapat dipertingkatkan lagi oleh guru dengan mempelbagaikan kaedah dan strategi P & P.

Untuk merancang bilik darjah yang sesuai . Guru – guru akan mengetahui kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk mempertingkatkan keupayaan belajar murid – muridnya  dengan menempatkan mereka mengikut kebolehan .

Mengubahsuaikan kurikulum yang sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pencapaian murid – murid . Maklumat ini perlu untuk menentukan sama ada sesuatu program itu inovatif dan mencapai objektif – objektif khusus sebagaimana yang dirancang .

Menginklusifkan murid – murid khas . Selepas ujian dijalankan data – data dikenalpasti bagi menentukan sama ada murid – murid ini sesuai untuk ditempatkan di kelas inklusif atau sebaliknya .

Memberi garis panduan mengikut tahap pencapaian . Dengan itu guru – guru dapat membuat perubahan yang dikehendaki daripada maklumat yang terhasil .

Menganalisa kelemahan dan kekuatan murid . Hasil dapatan penilaian yang diperolehi menjadi perangsang kepada murid – murid untuk berjaya. Murid – murid akan tahu kebolehan dan kelemahan dirinya. Guru pula dapat merancang aktiviti dan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan kebolehan murid – murid .

Menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid - murid . Oleh itu , guru – guru dapat merancang aktiviti pengayaan , pemulihan atau memilih perkaedahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid - murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran . Apabila masalah telah dikenal pasti daripada setiap murid , guru – guru dapat membuat tindakan susulan. Tindakan ini sebagai cara menyemak semula faktor – faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran murid – murid .

Kepentingan Penilaian Pencapaian
Dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran murid – murid . Keputusan ini memberi maklum balas kepada guru – guru dan murid – murid  sama ada guru perlu beralih kepada topik baru atau sebaliknya dan seterusnya mengenal pasti pengajaran pemulihan boleh dilaksanakan .

Dapat membuat keputusan jenis intervensi yang akan dilaksanakan . Keputusan yang diperolehi dapat digunakan oleh guru untuk mengkelaskan kanak – kanak yang mempunyai masalah khas intelek atau emosi . Pemilihan ini juga untuk menentukan  pendidikan lanjutan  dan masalah – masalah praktis yang lain .

Dapat mengatasi masalah fizikal dengan cara mengumpul murid mengikut tahap pencapaian murid tersebut . Ujian menjadi kriteria untuk membahagikan kelas kepada kumpulan – kumpulan kecil untuk mengadakan aktiviti atau pengajaran khas menurut kemampuan masing-masing . Pengkelasan ini dapat mengumpul murid - murid mengikut tahap kebolehannya .

Dapat membina ABM yang bersesuaian dengan tahap murid . Ini kerana guru – guru akan menghadapi pelbagai kebolehan dan latar belakang murid – murid seperti kumpulan kesulitan pembelajaran yang teruk dan ringan di bilik darjah.

Dapat membuat rumusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai atau belum . Maklumat ini membolehkan guru – guru merancang aktiviti dan memilih jenis pengkaedahan yang sesuai supaya objektif pelajaran yang dikehendaki tercapai. Jika belum guru - guru boleh mengubahsuaikannya mengikut keperluan murid - murid.

PENILAIAN PSIKOLOGI

Definisi Penilaian Psikologi

        Apa yang dimaksudkan dengan Penilaian Psikologi adalah penilaian yang berkaitan secara langsung dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Secara keseluruhannya Penilaian Psikologi ini bermatlamatkanuntuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi, tingkah laku dan mental mereka. Di sini telah berlaku peningkatan keperluan minda dan pembentukan respon afektif individu. Semua proses ini adalah  menuju ke arah perkembangan psikologi.

Tujuan Penilaian Psikologi

Penilaian Psikologi amatlah diperlukan terutamanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah penilaian yang sesuai dengan keadaan realiti mereka. Kaedah-kaedah yang sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak mampu untuk membantu perkembangan tingkah laku, emosi dan mental mereka. Dari itu pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan mengenal pasti keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan merancang intervensi yang sesuai.

Dalam proses penilai membuat penilaian psikologi ini, beberapa perkara penting perlu diberi penekanan. Perkara-perkara penting ini adalah bertujuan untuk penlai memahami akan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara aspek tingkah laku yang  diambil kira adalah seperti pergerakan jasmani, perasaan, sikap, pemikiran dan proses menilai itu sendiri.

Tujuan kedua mengapa Penilaian Psikologi ini dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku manusia yang tidak diingini. Secara tidak langsung ini akan membantu             penilai memberi bimbingan akan pembentukan tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang lebih baik.

Akhirnya Penilaian Psikologi ini juga mampu membantu penilai membuat penilaian, menyelidik dan membuat pemerhatian tentang tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Kepentingan Penilaian Psikologi
Secara umumnya Penilaian Psikologi ini adalah sangat mustahak terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak  berkeperluan khas. Daripada apa yang telah diperhatikan didapati Penilaian Psikologi ini memberikan banyak kegunaan.

Salah satu kegunaannya adalah untuk membantu guru memahami tingkah laku serta perkembangan mental dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Pemahaman oleh guru-guru terhadap masalah kanak-kanak ini akan membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih berkesan. Dengan itu kanak-kanak berkeperluan khas ini akan merasa diri mereka dihargai dan merasakan selamat berada di bawah jagaan guru mereka. Kadangkala terdapat juga kes-kes yang mana guru-guru juga merasa tertekan semasa melayani kanak-kanak sebegini. Ini disebabkan guru-guru ini tidak begitu memahami akan tingkah laku, emosi dan mental kanak-kanak ini.

Selain daripada itu, Penilaian Psikologi ini juga boleh digunakan sebagai satu komponen untuk membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah mengajar agar bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat jauh ketinggalan di  belakang.

Dengan menguasai kemahiran untuk melaksanakan Penilaian Psikologi ini ianya juga akan dapat membantu guru-guru menyelasaikan masalah tingkah laku, emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah-masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar kanak-kanak berkeperluan khas.

Selain daripada itu guru-guru yang terlibat seperti guru-guru taska dan guru-guru tadika amat digalakkan untuk memberi perhatian terhadap penilaian psikologi ini. Golongan ini juga seharusnya sedar tentang perkembangan kanak-kanak sebegini. Guru-guru ini juga sebaik-baiknya dapat menguasai kemahiran untuk menilai perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.

            Selain daripada itu Penilaian Psikologi ini juga amat berguna untuk pengesanan pada peringkat awal. Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian ini adalah seperti ketidakupayaan murid. Selain itu pengesanan juga akan dapat diperolehi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Akhir sekali penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk mengesan mereka yang mempunyai risiko mengalami ketidakupayaan.

KULIAH INI DIDEDIKASIKAN KEPADA
PENCINTA PENDIDIKAN KHAS