Sunday, 17 July 2011

Skim Bantuan Kewangan Bagi OKU

BIL JENIS BANTUAN KADAR TUJUAN SYARAT KELAYAKAN KHUSUS TEMPOH PENERIMAAN




1. Elaun Pekerja Cacat

(EPC)

RM300 sebulan seorang • Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU).
• Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
• Meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat
• Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
• Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
• Berumur 16 tahun ke atas.
• Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
* Pemohon mestilah menyertakan slip gaji / surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri. 12 bulan


2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

RM300 sebulan seorang Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga.
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar.
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat.
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.

• Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / Pesakit Kronik Terlantar.
• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
• Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU / Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa.
• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan. 12 bulan


3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
RM150 sebulan seorang Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.
Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja.
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.

• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
• Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain.
• OKU berdaftar dengan JKM.
• Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan.
• Berumur antara 18 – 59 tahun.
• Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada.
• Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan.
• Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
12 bulan


4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)

Kadar sebenar alat tiruan Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain. • OKU yang berdaftar dengan JKM.

• Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
• Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan/alat sokongan yang diperlukan.
Tiada


5. Geran Pelancaran (GP)

Maksimum RM2,700 sekaligus Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
Galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan Kerajaan.

• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya.
• Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan.
• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan.
• Kes-kes seliaan akhlak
Tiada








No comments:

Post a Comment