Latarbelakang Sekolah

Sejarah PPKI

Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Kolombong,Inanam telah bermula pada 09 Januari 2002  dengan lima orang pelajar dan dua orang guru.

Kelas telah diubahsuai pada tahun 2003 kerana pelajar telah bertambah  seramai 12 orang. Kelas-kelas telah diubahsuai  dan menjadikannya  2 buah kelas, pejabat, dapur, bilik  rehat / bilik jahitan.

Pada 2006, kelas telah diubah suai lagi kerana pertambahan pelajar yang kini adalah seramai 23 orang dengan peruntukan sebanyak RM15,000.00 Pada tahun 2007, PPKI SMK KL telah mempunyai empat kelas dengan 7 stesyen, bilik kerja guru, bilik “home based’, dapur dan bilik jahitan .  Pada tahun 2007, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan sejumlah peruntukan(RM 40,000.00) untuk menaik taraf kelas-kelas pendidikan khas sebagai persediaan menampung pertambahan pelajar melebihi 100 % pada tahun 2008.  Pada tahun 2009, sejumlah peruntukan telah diturunkan ke sekolah untuk kerja-kerja naik taraf kelas untuk kelas Disleksia. Sehingga kini,  bilangan kelas/stesen telah  bertambah menjadi sebelas.  Sehingga  kini , tahun 2010, murid Pendidikan Khas telah bertambah seramai 68 orang (3 orang – Dyslexia), 11 kelas dengan guru seramai 18 orang dan Pembantu Pengurusan Murid seramai 4 orang.

 
Falsafah Pendidikan Khas

“Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.”


Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas
ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi Pendidikan Khas

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang mampu berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara


Bilangan Guru dan PPM

 Pertambahan bilangan pelajar , guru  dan kelas adalah seperti berikut:

Tahun
Guru
PPM
Pelajar
Kelas
2002
2
6
1
2003
3
12
2
2004
3
15
3
2005
4
20
3
2006
5
23
3
2007
5
24
4
2008
12
2
51
8
2009
17
2
60
11
2010
18
4
65 + 3
11
2011
18
4
80 + 4
13

Maklumat Murid

Bilangan mengikut Kategori 2010

BIL
KATEGORI
LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
1
Autisme
6
1
7
2
Lembam (Slow Learner)
21
7
28
3
Lembam & Autisme
1
0
1
4
Lembam &Pertuturan
1
0
1
5
Masalah Pembelajaran
2
1
3
6
Terencat Akal Minima
3
2
5
7
Terencat Akal Sederhana
0
1
1
8
Terencat Akal & Hyperaktif
1
0
1
9
Pertuturan
3
0
3
10
Sindrom Down
2
1
3
11
Hyperaktif & ADHD
2
0
2
12
Hyperaktif & Masalah Pembelajaran
1
0
1
13
Hyperaktif
0
3
3
14
Dyslexia
0
1
1
15
Cerebral Palsy
4
0
4
16
Memory Disorder
0
1
1
17
Asperger Syndrome
1
0
1

JUMLAH
48
18
66