Tuesday, 29 March 2011

Masalah Pembelajaran

Pembelajaran dan pengajaran adalah amat penting untuk memastikan semua murid yang menerima ilmu dapat manfaat sepenuhnya. Justeru itu kita sebagai pendidik perlu untuk bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Bagi merealisasikan tujuan yang murni, maka adalah perlu kita sebagai pendidik menghasilkan murid-murid yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu kita haruslah mendidik murid-murid walaupun tidak semua murid itu bijak. Pertama sekali kita haruslah berusaha untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan murid kita. Kemudian barulah kita berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stail pembelajaran yang sesuai mengikut gaya pembelajaran murid. Jika murid itu lemah, maka kita sebagai pendidik perlu untuk sedaya upaya membantu agar murid kita berjaya bukannya menyalahkan orang lain...ayuh bangkitlah rakan-rakan guru bagi memastikan kerjaya guru terus dihormati.

Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakkan yang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran. Lembam atau 'slow learner' merupakan antara masalah pembelajaran yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak lembam ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum,lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas menggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

kanak-kanak yang lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1- Guru perlu gunakan bahasa mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh digambarkan atau dipaparkan pada papan putih atau papan kenyataan kelas.
2-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan didalam langkah-langkah yang pendek dan logik.
3- Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasaan kejayaan misalnya meminta seorang kanak-kanak disklesia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk & margetts, 2007)
4- Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang mampu mereka lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak-kanak ini meyiapkan tugasan mereka.
5- Tugasan atau kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. satu slainan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

No comments:

Post a Comment