Monday 28 March 2011

Kerencatan Akal (Mental Retarded)


DEFINISI & FAKTOR PENYEBAB
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.
Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal. Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital adalah :-
1. Palsi serebrum
2. Sindrom Downs

Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.
Antara filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal ;
1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.
2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli.
3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy.

4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti dilakukan.
5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.
6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.
7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.

Oleh : Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli

No comments:

Post a Comment