Sunday 27 March 2011

Memahami ADHD di kalangan kanak-kanak

Memahami ADHD di
Kalangan Kanak-kanak

Kecelaruan hiperaktif kurang upaya tumpuan (ADHD) adalah nama bagi kumpulan
tingkahlaku yang ditemui di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.  Mereka yang
mengalami ADHD mempunyai kesukaran untuk memberikan perhatian pada sesuatu
kerja yang sedang dilakukannya. Mereka mungkin akan lebih agresif mahupun impulsif
  berbanding dengan apa yang biasa dilihat pada usia tersebut. Perlakuan ini
menyumbang kepada masalah perhubungan, pembelajaran dan tingkah laku. Untuk
itu, kanak-kanak yang mempunyai ADHD turut dilihat sebagai ‘sukar’ ataupun
mengalami masalah tingkah laku.
ADHD pada kebiasannya sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding
kanak-kanak perempuan. National Institute of Mental Health (NIMH) menjangkakan sebanyak 3% ke 5% kanak-kanak mengalami ADHD. Sesetengah pakar mengatakan bahawa ADHD tejadi kepada 8% hingga 10% pada usia kanak-kanak sekolah.


Apakah simptom-simptom ADHD di kalangan kanak-kanak?Menurut American Academy of Family Physicians, simptom bagi ADHD di kalangan kanak-kanak adalah terbahagi kepada 3 kategori: kurang tumpuan, hiperaktif dan   impulsiviti (sifat suka mengikut gerak hati).

Kurang tumpuan – Kanak-kanak ADHD:
 • Senang terganggu
 • Tidak mengikut arahan atau menyiapkan tugasan
 • Tidak memberi perhatian ketika seseorang sedang bercakap
 • Tidak memberi perhatian dan sering melakukan kecuaian
 

Hiperaktif – Kanak-kanak ADHD:
 • Tidak duduk diam seperti yang dijangkakan
 • Mempunyai kesukaran untuk bermain secara senyap
 • Selalu bergerak, seperti berlari mahupun memanjat
 • Bercakap banyak


Impulsiviti– Kanak-kanak ADHD:
 • Mempunyai masalah untuk menunggu gilirannya
  Memberikan jawapan sebelum soalan habis diutarakan
  Kerap mengganggu percakapan orang lain


Apa yang saya sepatutnya lakukan?:
 • Mendapatkan nasihat daripada doktor.
 • Bercakap dengan doktor mengenai rawatan yang dicadangkan.
 • Berjumpa dengan pakar dan pasukan sokongan (guru-guru, terapi dan ibu bapa).



Apa yang dapat saya lakukan untuk membantu si kecil saya?
Di sini terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan untuk membantu:

 • Sediakan jadual waktu. Setkan masa yang spesifik sebagai contoh masa makan dan bermain. Sediakan jadual waktu di mana si kecil dapat melihatnya. Terangkan kepadanya mengenai perubahan rutin dengan lebih awal.
 • Sediakan peraturan ringkas di dalam rumah. Adalah penting untuk menerangkan kepada si kecil mengenai hukuman yang dikenakan sekiranya melanggar peraturan mahupun tidak mematuhi peraturan. Tuliskan peraturan yang perlu dipatuhi serta tindakan yang akan dikenakan sekiranya peraturan tidak dipatuhi.
 • Pastikan arahan anda difahami. Pastikan arahan adalah pendek dan ringkas. Minta si kecil mengulangi arahan tersebut kepada anda.
 • Memberi ganjaran kepada tingkah laku yang baik. Ucapkan tahniah kepada si kecil sebaik sahaja dia berjaya melaksanakan tugasan dengan baik.
 • Pastikan si kecil sentiasa diawasi. Ini kerana sifat mereka yang impulsif, maka kanak – kanak yang menghadapi ADHD memerlukan pengawasan daripada orang yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya.
 • Memerhatikan tingkah laku anak ketika bersama rakan-rakannya. Memberikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik.
 • Menyediakan rutin kerja rumah
 • Fokus kepada usaha, bukan gred.
 • Berbicara dengan guru sekolah si kecil. Kenal pasti mengenai tingkah laku anak di sekolah dan di kelasnya. Bertanya kepada guru kelas mengenai kemajuan dari hari ke hari atau mengikut minggu.



Rujukan:
1. American Psychiatric Association
2. American Academy of Family Physicians
3. Ministry of Health

No comments:

Post a Comment