Majlis jalinan kasih peringkat PPKI SMK kolombong telah diadakan pada 29 Jun 2011 bertempat di dewan terbuka SMK Kolombong. Bermula dengan kedatangan ibu bapa dan para pelajar seawal jam 7.30 pagi dan jemputan khas pada pukul 8.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Mohd Syahfizam dan selepas itu sedikit ucapan dari Pen. Kanan Pendidikan Khas, Pn Alizah abd Malek. Upacara pemotongan kek dilakukan setelah para jemputan mendengar ucapan oleh Pen. Kanan Pentadbiran iaitu Drs Hamid B Abd Rahmat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh adik Caswel Boniface dan para pelajar pendidikan khas dengan membawakan lagu yang bertajuk "Ku Ada Kamu".
Para ibu bapa diberi peluang naik ke atas pentas dan menerima hadiah berupa kad hari ibubapa dari para pelajar bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Setelah itu, tidak lupa juga para guru PPKI menerima hadiah cenderakenangan Hari Guru. Majlis bertambah gembira dan ceria apabila berlangsungnya pertandingan pakaian beragam antara kelas. Para pelajar yang mengikuti pertandingan tersebut ternyata sungguh kreatif dan berbakat apabila menunjukkan pakaian beragam mereka yang mengikut tema yang diberikan. Setelah selesai pertandingan pakaian seragam, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Tilawah yang diadakan baru-baru ini dan penyampaian hadiah bagi pertandingan pakaian beragam. Pemenang bagi majlis Tilawah diberikan kepada adik Hafiz Nordin manakala pertandingan pakaian beragam pula, ditempat ke-3 jatuh kepada adik Mohd Satria Hidayat, tempat ke-2 pula dimenangi oleh adik Firdaus dan johan adalah adik Christy P Dayu. Setelah selesai semua acara, para jemputan dan ibubapa dibawa melawat ke pameran hasil kerjatangan pelajar. Ibubapa dan para jemputan ternyata gembira melihat hasil kerja yang dihasilkan oleh para pelajar.
Semua acara selesai pada sekitar jam 11.30 dengan acara jamuan makan tengahari yang telah disediakan oleh semua kakitangan PPKI. Disini para guru dan ibubapa dapat bercerita dan berkongsi masalah para pelajar masing-masing.
No comments:
Post a Comment