JENIS SAWAN
|
CIRI-CIRI
|
Juga dikenali sebagai 'petit mal' atau dalam bahasa Perancis disebut 'little sickness'.
Selalunya bermula pada peringkat kanak-kanak berumur 5-10 tahun, kadangkala boleh berlanjutan sehingga umur dewasa.
Kebiasaannya kanak-kanak akan memandang kosong untuk beberapa minit, mata terbeliak dan pesakit mungkin tidak akan sedarkan diri .Kanak-kanak tidak akan jatuh tetapi mereka akan sedar dengan segera, walaubagaimanapun serangan mungkin akan berlaku secara berterusan dan mungkin banyak kali dalam hari yang sama.
Onset berlaku secara tiba-tiba, terdapat gangguan pada aktiviti yang dijalankan, kemungkinan mata pesakit akan terpusing ke atas dengan pantas.Dalam masa yang sama pesakit boleh terkencing, mata terbeliak dan kadang-kadang dalam kes yang teruk pesakit mungkin terberak.
| |
Juga dikenali sebagai 'grand mal'- jangkamasa ketegaran tonik disusuli kemudiannya oleh penyentakan badan yang teruk.
Cara untuk mengesan perubahan pada pesakit;
Ø Pesakit mungkin akan bernafas dengan cepat atau menangis sebelum hilang kesedaran
Ø Anggota badan menjadi rigid atau kejang, pernafasan terhenti dan bibir pesakit menjadi biru.
Ø Mata pesakit terbeliak, rahang mengetap dan kemungkinan boleh menyebabkan lidah terkancing oleh kedua-dua gigi.
Ø Fasa tonik akan diikuti 30-60 saat dalam fasa klonik kemudian anggota badan mula mengalami kekejangan ( ambil masa beberapa minit)
Ø Pesakit akan sedar beberapa minit kemudian tetapi mereka mungkin akan mengalami kekeliruan untuk beberapa ketika dan kebiasaannya mereka akan tidur untuk beberapa jam .
Ø Pesakit juga akan mengalami sakit kepala dan kesakitan yang amat sangat pada otot-otot yang telah mengalami kontraksi tadi.
| |
Sawan ini berlaku secara tiba-tiba, simetrikal, kejang anggota badan, mungkin atau tidak mungkin diikuti dengan kehilangan kesedaran .
Serangan mungkin sekali sahaja atau boleh berulang-ulang dengan cepatnya.
| |
Sawan ini akan menyebabkan pengidapnya kehilangan tone otot-otot pada anggota badannya. Jadi berkemungkinan besar pesakit akan rebah atau jatuh ke lantai secara tiba-tiba.
Corak sawan ini biasanya berlaku di dalam kanak-kanak yang mengalami kecederaan di otak, kekurangan oksigen semasa saat kelahiran atau mengidap meningitis.
| |
Badan pesakit juga akan menjadi rigid atau kaku.
Pesakit mungkin atau tidak mungkin kehilangan kesedarannya
Sangat biasa terjadi didalam kanak-kanak yang mengalami masalah yang tenat di otaknya.
|
Thursday, 19 January 2012
SAWAN MENYELURUH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment