Dipetik daripada :-Membina Kendiri Unggul Berkarisma ~ Amer Shakir Zainol Kaunselor UiTM Segamat.
Pengenalan
Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di dalamingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakantersebut?. Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidaksistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah kitamempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan yangmaksimum.Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari.
Apabila sesuatu perkara yang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan menjadi hanya proses ingatan jangka pendek.Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba mangingat. Apabila kawan bertanya kita,selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa. Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat. Nombor kad pengenalan yangkita ingati itu adalah proses ingatan jangka panjang. Contoh proses ingatan jangka panjangyang lain adalah seperti nombor telefon rumah sendiri, nombor telefon rumah teman rapat,warna kereta dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita. Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu menghadapipeperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat diperlukan.
Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran pembelajaran yang berkesan. Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yangdiumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disampingmotivasi yang tinggi kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiranini sebagai contohnya termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambilnota secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar cara untuk belajar.
Selalu kita sebutsebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang betul ditambah dengan minat,motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.
Teknik Belajar Berkumpulan
Antara teknik belajar yang begitu popular di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secaraberkumpulan. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secarakumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yangdimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan sertapemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.
Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalamusaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu(study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal danamempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajarbersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapatdikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. BegituKEMAHIRAN BELAJAR juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbezapendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" ataumenyemarakkan idea. Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secarakritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yangmenyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealirandengannya berfikir.
Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk inidiberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikansekurang-kurangnya 15 isi penting. Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besarjika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yangtersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajarberkumpulan.
Peranan Belajar Berkumpulan
1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kitamesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kitamengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan
2. Ahli mesti sehaluan.Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlangdalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkanbilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabatkarib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidakakan mencapai matlamatnya.
3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikanbahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersediamaka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.
4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau adaperkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikianberbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topiktersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.
5. Penumpuan semas ahli membentang.Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yangsewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasaahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedangbercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kitaketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuhpenumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dankesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajarberkumpulan ini.
6. Bersoal jawab.Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangandan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibaincangkan semakin bertambahdinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentangsemata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidakfahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dantajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalammembincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yangcemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami ataubercanggah dengan pemahaman kita.
7. Agihkan bahan Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilirgilir,iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Makalaksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di manadilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian tajuk-tajuk.
Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu matapelajaran jika dilaksanakan dengan betul.
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi
Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment