1.
Pentadbiran Pendidikan Khas
1.1
Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah
Sekolah
hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :
Penasihat
|
:
|
Pengetua / Guru Besar
|
Pengerusi
|
:
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
|
N. Pengerusi 1
|
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
|
N. Pengerusi 2
|
:
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
|
N. Pengerusi 3
|
:
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
|
Penyelaras
|
:
|
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
|
Pen. Penyelaras
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
Setiausaha
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
Bendahari
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
AJK-AJK
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
Ahli-ahli
Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru
disiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.
1.2
Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
Sekolah
hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia
pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
|
:
|
Pengetua
/ Guru Besar
|
Pengerusi
|
:
|
Penolong
Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
|
Penyelaras
|
:
|
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas
|
Pen.
Penyelaras
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
Setiausaha
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
Bendahari
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
AJK-AJK
|
:
|
Guru-guru
sukan
|
1.3
Jawatankuasa Program Inklusif
Sekolah hendaklah
menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia pelaksanaan
program inklusif di sekolah.
Penasihat
|
:
|
Pengetua
/ Guru Besar
|
Pengerusi
|
:
|
Penolong
Kanan
|
Penyelaras
|
:
|
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas
|
Pen.
Penyelaras
|
:
|
Guru pendidikan
khas
|
Setiausaha
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
Bendahari
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
AJK-AJK
|
:
|
Guru-guru
kelas aliran perdana yang terlibat
|
|
:
|
Guru
mata pelajaran yang terlibat
|
1.4
Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas
Sekolah
hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia
pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
|
:
|
Pengetua
/ Guru Besar
|
Pengerusi
|
:
|
Penolong
Kanan
|
Penyelaras
|
:
|
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas
|
Pen.
Penyelaras
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
Setiausaha
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
Bendahari
|
:
|
Guru
pendidikan khas
|
AJK-AJK
|
:
|
Guru-guru
disiplin
|
1.3
Perjawatan Guru Pendidikan Khas
Jawatan
guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan
sebagai guru ganti di kelas aliran perdana (Atas dasar murid ini memiliki surat
perakuan doktor, memerlukan penjagaan rapi & hendaklah dibawah guru yang
diberikan kuasa serta tanggungjawab khas).
Perkiraan
perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti
berikut:
Jumlah Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas X 1.5
1.4
Bilangan Kelas Pendidikan Khas
Pada masa
ini, perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:
Bilangan
Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5
(
Perkiraan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pendidikan
Khas, KPM )
1.5 Mesyuarat
1.5.1
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
Mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat
dan difailkan di dalam Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk
memastikan pihak pentadbir dan semua guru pendidikan khas mengambil bahagian
yang aktif di dalam hal-hal berkaitan perjalanan kelas pendidikan khas dan
sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.
Mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum/Guru
Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai penasihat.
1.5.2
Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa
Mesyuarat
Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan sekurang-kurangnya dua
kali dalam setahun bagi tujuan perkongsian maklumat dan menjalinkan
hubungan baik.
1.6 Perlantikan
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas oleh
pihak pentadbir sekolah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :
- Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas
- Daya kepimpinan
- Perwatakan
- Komitmen atau kesungguhan
- Kekananan (seniority)
- Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain
- Sokongan dari pihak pentadbir sekolah
Cadangan
nama guru pendidikan khas yang telah dilantik menjadi Penyelaras Pendidikan
Khas hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri
N.Sembilan supaya surat perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas yang telah
dilantik boleh dilucutkan jawatannya di bawah syarat-syarat berikut:
- tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya dengan baik,
- tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti yang dinyatakan di atas,
- mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutamanya di kalangan guru-guru pendidikan khas), pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga pihak luar dan apabila disiasat serta didapati aduan itu berasas.
Setelah
dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik untuk mengambilalih
tempat tersebut.
1.7 Perlantikan
Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penolong
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara lantikan dalaman sekolah
dan tidak ada surat perlantikan untuk jawatan ini.
Calon
guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi kriteria seperti
dalam pemilihan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.
Beliau
juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.
1.8
Elaun Mengajar Kanak-Kanak Khas untuk Guru Pendidikan Khas
Pentadbir
Sekolah/ Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah memastikan semua guru
pendidikan khas di bawah seliaannya mendapat
elaun
mengajar kanak-kanak khas.
Dokumen
yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut adalah :
- Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau
- Salinan Diploma Pendidikan Khas, atau
- Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas, atau
- Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.
Guru
pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari tarikh dia mengajar di
kelas Pendidikan Khas. (Semua salinan dokumen berkaitan hendaklah disahkan oelh
Pentadbir)
2.
Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas
2.1 Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
2.11
Pentadbiran Umum
1.
Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2.
Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat
sekolah,
3.
Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan
khas; merancang, menyelia dan membantu
perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4.
Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang
pengurusan kelas pendidikan khas,
5.
Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6.
Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan
sentiasa dikemaskini :
6.1.
Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.
Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.
Fail Mata Pelajaran,
6.5.
Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.
Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.
Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.
Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.
Fail Program Inklusif,
6.10.
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11.
Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12.
Buku Stok
6.13.
Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7.
Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8.
Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9.
Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10.
Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11.
Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12.
Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada
setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah
dan keupayaan murid pendidikan khas),
13.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama
murid-murid yang akan meneruskan
persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan pada bulan Oktober
setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14.
Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke
sekolah yang berkenaan,
15.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan
borang permohonan murid-murid untuk
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau
Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan
dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan mengikut
tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,
2.1.2
Pengurusan Hal Ehwal Guru
1.
Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan
pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2.
Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun
mengajar kanak-kanak cacat,
3.
Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan
oleh pihak sekolah.
2.1.3
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.
Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.
2.
Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
(bersama dengan semua guru pendidikan khas)
dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan
seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,
3.
Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
4.
Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat,
5.
Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan
khas yang layak menerimanya diproses dan
dihantar sebelum tarikh tutup,
6.
Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan
dengan cekap,
7.
Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8.
Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar
negeri dan memastikan dokumen murid ini
dihantar ke sekolah barunya.
9.
Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.
2.1.4
Pengurusan Data
1.
Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan
dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-
masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2.
Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan
Status Program Pendidikan Khas.
2.1.5
Pengurusan Stok
1.
Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan diletakkan di dalam kelas
pendidikan khas,
2.
Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3.
Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh
mana-mana pihak,
4.
Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.
2.1.6
Pengurusan Kewangan
1.
Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal
setiap tahun,
2.
Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat
apabila terdapat pertambahan bilangan murid
pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3.
Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4.
Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan
khas,
5.
Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang
disediakan oleh bendahari kelas.
2.1.7
Pengurusan Kelas
1.
Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan
persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum
diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2.
Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan
pembelajaran,
3.
Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas
mencukupi,
2.1.8
Pengurusan Jadual Waktu
1.
Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual
waktu yang sesuai dengan opsyen guru
masing-masing.
2.
Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
2.1.9
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.
Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas
pendidikan khas dari masa ke semasa,
2.
Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan
khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini
hendaklah dikemaskini,
3.
Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan
kepada ibu bapa atau penjaga,
4.
Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid
pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk
menduduki peperiksaan awam,
2.1.10 Pengurusan
Diri
1.
Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru
pendidikan khas,
2.
Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas.
2.2
Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
1.
Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
sekiranya beliau tidak berada di sekolah,
2.3 Setiausaha
Kelas Pendidikan Khas
1.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau
mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa
/ penjaga,
2.
Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan
minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7
hari sebelum tarikh mesyuarat,
3.
Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam
fail-fail berkenaan,
4.
Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas,
5.
Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,
6.
Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada
akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran
Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan.
2.4
Bendahari Kelas Pendidikan Khas
1.
Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,
2.
Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari
tabung kelas pendidikan khas,
3.
Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,
4.
Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.
2.5 Guru
Kelas Pendidikan Khas
Pengurusan
Dokumen
1.
Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
2.
Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat
di dalamnya sekiranya berlaku sebarang
perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,
3.
Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini,
4.
Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
5.
Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan,
surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,
Pengurusan
Hal Ehwal Murid
1.
Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
2.
Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehat (untuk mengelak murid
pendidikan khas daripada ponteng),
3.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin
murid-murid pendidikan khas di kelasnya,
3.
Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
4.
Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan
khas di kelasnya yang telah tamat tempoh
percubaan,
5.
Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan
pelajaran ke sekolah menengah atau
Sekolah Vokasional,
6.
Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan
menduduki peperiksaan awam,
7.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku
sebarang kesulitan,
8.
Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,
Pengurusan
Data
1.
Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status
Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.
Pengurusan
Kewangan
1.
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,
Pengurusan
Kelas
1.
Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,
2.
Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
3.
Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan
carta tersebut,
4.
Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5.
Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
Pengurusan
Pengajaran & Pembelajaran
1.
Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani,
2.
Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan
yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan
memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,
2.6 Guru
Mata Pelajaran
1.
Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,
2.
Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan,
Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang digunapakai,
3.
Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,
4.
Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,
5.
Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,
6.
Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian
dan menyerahkan markah-markah itu
kepada guru kelas,
7.
Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
8.
Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan
Khas,
9.
Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang
diajar,
10.
Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya
di dalam mesyuarat Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan
khas.
2.7
Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
1.
Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,
kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan
beruniform,
2.
Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan
pihak-pihak yang berkenaan (rujuk
kepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah),
3.
Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran,
peraturan, yuran, pakaian, masa
perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
4.
Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang,
5.
Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk
mendapatkan kebenaran bagi
melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,
6.
Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah
dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum
Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan
Khas.
2.8
Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas
1.
Mengendalikan kes-kes disiplin murid,
2.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan
bersama guru-guru pendidikan khas
lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan
khas,
3.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah
untuk mengadakan perjumpaan dengan
ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang
membimbangkan,
4.
Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail
Disiplin Kelas Pendidikan Khas.
2.9
Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas
1.
Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,
2.
Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas,
3.
Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,
4.
Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat
sekolah, daerah dan negeri,
5.
Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.
2.10
Guru Stok Kelas Pendidikan Khas
1.
Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti
pembelian barangan dan serahkan kepada
kerani pejabat yang menguruskan akaun kelas pendidikan khas,
2.
Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat
di dalam salinan invois dalam tempoh
7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut,
3.
Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau
diterima pada Kad Stok,
4.
Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima
seperti contoh di bawah:
5.
Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Perak, lengkapkan Sijil Akuan
Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk
dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,
6.
Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan
hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan
dan Perabot),
7.
Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot),
8.
Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir
tahun,
9.
Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas untuk disahkan
sebelum diserahkan kepada pejabat.
2.11 Guru
Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas
1.
Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas
Pendidikan Khas,
2.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit,
3.
Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu),
4.
Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam
keadaan terurus sepanjang minggu
bertugas,
5.
Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunan
pagi.
3.
Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas
3.1
Fail Am Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan satu
Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala
surat menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah.
Satu
salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk
memudahkan rujukan.
3.2
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa Pendidikan
Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :
- Minit mesyuarat,
- Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,
- Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
- Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
- Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
- Jadual Pencerapan,
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini
dikemaskini dari masa ke semasa.
Fail ini
hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas
supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru
pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bila-bila masa.
3.3
Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas
Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :
- Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas,
- Borang Biodata Guru,
- Borang Biodata Murid,
- Statistik Murid Pendidikan Khas,
- Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru,
- Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM
- Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail Maklumat Kelas
Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa.
Fail ini
hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas
supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru
pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bila-bila masa.
3.4
Fail Mata Pelajaran
Guru Mata
Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaran masing-masing.
Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :
- Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,
- Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,
- Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,
- Jadual peperiksaan / penilaian,
- Soalan-soalan peperiksaan / penilaian,
- Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian,
- Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.4
Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
Fail ini
diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program Pendidikan Khas
yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail
Laporan Status Program Pendidikan Khas.
3.5
Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas
Guru
kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail
Peribadi Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan
dokumen-dokumen berikut :
- Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,
- Salinan Lampiran A,
- Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas ( 0 - 18 Tahun ),
- Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada),
- Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan,
- 3 keping gambar murid berukuran pasport,
- Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya,
- Salinan Kad Orang Kurang Upaya,
- Kad atau Buku Kesihatan Murid,
- Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid,
- Rekod Prestasi Murid,
- Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.
3.6
Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Guru mata
pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang
diajarnya.
3.7
Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan
Khas. Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut :
- Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,
- Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,
- Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
- Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,
- Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,
- Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas pendidikan khas,
- Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,
- Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.8
Fail Program Inklusif
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program
Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif.
Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
- Jawatankuasa Program Inklusif,
- Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
- Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
- Biodata murid yang diinklusifkan,
- Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
- Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
- Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
- Rekod prestasi murid,
- Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.9
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin Kelas Pendidikan
Khas. Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius
dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail
ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :
- Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
- Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,
- Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,
- Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,
- Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,
- Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,
- Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,
- Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.
3.10
Fail Stok (Alatan dan Perabot)
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan Perabot).
Fail ini bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau
diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Maklumat
yang perlu akan di dalam fail ini ialah :
- Daftar senarai item,
- Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain,
- Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumen penghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
Sijil
Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap barangan yang
diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
SAP yang
telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan supaya Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dapat mengetahui status
penghantaran barangan tersebut ke sekolah-sekolah.
3.11 Buku
Stok
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok daripada pejabat
sekolah. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan mengemaskinikan semua alatan
pejabat atau jenis-jenis alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan
PCG kelas pendidikan khas ke dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat dalam Buku Stok
sebelum diserah kepada pejabat sekolah pada hujung tahun.
3.12
Laporan Mingguan Guru Bertugas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu
format laporan harian yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah
masing-masing. Laporan mingguan ini boleh direkodkan dalam buku atau helaian
borang laporan ini difailkan.
Laporan
harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di kelas pendidikan khas
pada setiap hari sepanjang minggu berkenaan. Antara peristiwa yang perlu
dicatat di dalam laporan harian adalah berikut :
- guru yang tidak hadir pada hari berkenaan,
- murid yang tidak hadir pada hari berkenaan,
- murid-murid yang balik awal,
- guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari berkenaan,
- murid yang ponteng selepas rehat,
- lawatan atau kunjungan dari pihak luar,
- lain-lain peristiwa.
4.
Pengurusan Data Pendidikan Khas
4.1
Laporan Status Program Pendidikan Khas
Laporan
Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan.
Laporan
Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga walaupun tidak
terdapat perubahan.
Salinan
laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah difailkan di
dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.
Format
Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk bercetak
(hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada
Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan.
4.2
Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas
Maklumat
guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
pada bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid pendidikan khas
hendaklah dihantar dalam bentuk bercetak (hardcopy) berserta dengan
disket (softcopy ).
Selepas
itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada bilangan guru
atau murid pendidikan khas.
Format
maklumat guru dan murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk
bercetak ( hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy )
daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan.
5.
Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas
5.1
Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas
Tuntutan
PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid pendidikan
khas pada 30 September tahun sebelumnya.
Sekolah
dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun dengan syarat
ada pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%.
Kelas
yang baru beroperasi boleh menuntut peruntukan PCG berdasarkan enrolmen murid
pendidikan khas pada tarikh mula beroperasi.
Rujuk
Surat Pekeliling Kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran
N.Sembilan pada setiap tahun.
5.2
Buku Tunai PCG
Bagi
sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap program
hendaklah mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi
setiap program dapat diselia secara berasingan.
5.3
Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah
Merujuk
surat Jabatan Pelajaran N.Sembilan ________ bertarikh ______ jelas menyatakan
bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah hanya
boleh ditampung menggunakan peruntukan PCG bahagian LPBT sahaja.
6.
Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas
Murid
pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar yuran
persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
7.
Pengurusan Kelas Pendidikan Khas
7.1
Peraturan Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan
khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga
untuk supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut.
7.2
Suasana Kelas Pendidikan Khas
Sebuah
kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut :
- Jadual Waktu Kelas,
- Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,
- Carta Organisasi Kelas,
- Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas,
- Carta bergambar murid-murid pendidikan khas,
- Carta-carta maklumat kelas,
- Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas,
- Carta-carta lain yang berkaitan.
Selain
itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi
kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.
8.
Pengurusan Jadual Waktu
8.1
Jadual Waktu
Jadual
Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.
Salinan
jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.
Tempoh
Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.30 pagi hingga 12.30
tengahari Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah
Menengah
- 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempoh
Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.
Masa
rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid
pendidikan khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa
rehat bagi murid lain untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid
lain.
Agihan
waktu yang dicadangkan :
Subjek
|
Sekolah
Menengah
|
Sekolah
Rendah
|
Bahasa
Melayu
|
5 waktu
|
6 waktu
|
Bahasa
Inggeris
|
5 waktu
|
5 waktu
|
Matematik
|
6 waktu
|
6 waktu
|
Pendidikan
Seni
|
2 waktu
|
2 waktu
|
Agama /
Moral
|
5 waktu
|
5 waktu
|
Pendidikan
Jasmani
|
4 waktu
|
4 waktu
|
Sosial
Alam Sekitar
|
6 waktu
|
4 waktu
|
Kemahiran
Hidup
|
11
waktu
|
8 waktu
|
Muzik
|
2 waktu
|
2 waktu
|
Perhimpunan
|
2 waktu
|
2 waktu
|
Jumlah
|
48
waktu
|
44
waktu
|
Salinan
jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untuk
mengatur jadual penyeliaan.
9.
Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru
9.1
Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas
Murid
yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan
mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital kerajaan atau pusat
kesihatan kerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK
KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN).
Borang
tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan, Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Selepas
menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke ke
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat
Pelajaran Daerah.
Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan kemudiannya akan memproses borang
permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan laporan perubatan tersebut ke
program pendidikan khas yang sesuai.
9.2
Tempoh Percubaan
Murid
Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan bagi
menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana
sekolah.
Setelah
tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan semua
guru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke atas murid
berkenaan dengan melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan.
Murid
baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya
manakala murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh
percubaannya sehingga tiga bulan bergantung kepada keadaan.
Kalau
murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan
tempoh percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu
tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke
sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini adalah atas sebab murid
berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan diharap
sepanjang tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya
dengan baik.
Murid
pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan
Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa mengambilkira sama
ada dia akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak.
10.
Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas
10.1
Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri
Murid
pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah mengisi
Borang Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan menghantarnya terus
ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat
Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan
pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Bagi
pertukaran murid pendidikan khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN
PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan Lampiran A tidak perlu
disertakan kerana murid berkenaan telah pun dinilai di sekolah lama dan telah
lulus tempoh percubaannya.
Apabila
berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain
dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.2
Pertukaran Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri
Murid
pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah mengisi
Borang Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan menghantarnya
terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui
Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan
arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Apabila
berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain
dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.3
Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas
Murid
dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran dan
mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas
pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari
pegawai perubatan.
Lima
salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN
PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) yang telah dilengkapkan
hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau
melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan
dan arahan pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan.
Murid
yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk menyesuaikan
diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas.
Murid
yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya. Murid yang masih
belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga
tiga bulan atau ditangguhkan tempoh persekolahannya selama satu tempoh tidak
melebihi 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah.
11.
Pengajaran dan Pembelajaran
11.1
Kurikulum
Setiap
mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas hendaklah
memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan Pengajaran
Individu (RPI).
Bagi
murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklah memperbanyakkan
mata pelajaran berbentuk akademik.
Bagi
murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklah
memperuntukkan lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau
vokasional.
11.2
Kokurikulum
Waktu
kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yang diperuntukkan
untuk aktiviti kokurikulum adalah 120 minit.
Aktiviti
kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtu
bekerja.
Sekolah
digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk kelas
pendidikan khas.
Segala
perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail Kokurikulum
Kelas Pendidikan Khas.
Murid
pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam aktiviti
kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.
11.2
Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas
Pencerapan
ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah
mengikut jadual dan oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan
Pelajaran Negeri pada bila-bila masa.
12.
Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran
12.1
Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas
Sehingga
kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru
Pendidikan Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku
Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.
Buku
Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada
bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian
yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :
- Tarikh dan Masa
- Kelas
- Tajuk
- Kemahiran
- Isi Pelajaran
- Objektif
- Langkah Pengajaran / Aktiviti
- Bahan Bantu Mengajar
- Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )
12.2
Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan perkembangan
dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang
diajar.
Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi
membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti
ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Garis
panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan
Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
13.
Persekolahan Murid Pendidikan Khas
Seperti
juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid
pendidikan khas adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah
dan lima tahun di sekolah menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk
melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun menjadikan tempoh belajar mereka
selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh diambil sama ada di
peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satu
tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk
Pekeliling KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.
13.1
Sekolah Rendah
Umur
persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga
12 tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid
masih belum menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya masih
di tahap rendah.
Murid
yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program percantuman
pendidikan khas sekolah menengah.
13.2
Sekolah Menengah
Umur
persekolahan murid pendidikan khas sekolah menengah bermula dari 13 tahun
hingga 17 tahun (jika murid berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan tempoh
persekolahannya sama ada di rendah atau menengah).
Murid
yang tamat persekolahan peringkat menengah dan telah menduduki peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan untuk melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah
Teknik/Vokasional. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar
ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan tidak lewat dari tarikh
yang ditetapkan.
Walau
bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional adalah
tertakluk kepada pindaan semasa.
Rujuk
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut.
14.
Peperiksaan Awam
Murid-murid
pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR. Pada
kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa
menduduki Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah
masing-masing atau Unit Peperiksaan, Jabatan Pelajaran N.Sembilan untuk
maklumat selanjutnya.
14.1
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Murid-murid
pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan
peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau
bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14
tahun sahaja.
Keputusan
peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat
Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.
14.2
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Murid-murid
pendidikan khas sekolah menengah yang berkemampuan belajar hendaklah diberi
peluang untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau bagaimanapun
had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 19 tahun sahaja.
Keputusan
peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat
Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan.
Calon
pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu mengikuti
peperiksaan di bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan mereka membiasakan diri
dengan suasana peperiksaan.
Calon hanya
boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon yang telah
mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas aliran perdana tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah diterima memasuki
kelas pendidikan khas.
15.
Penilaian dan Rekod Prestasi Murid
Penilaian
secara `formal’ dan ‘informal’ hendaklah dilaksanakan bagi
menilai pencapaian murid pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan
ujian adalah tanggungjawab Guru Mata Pelajaran masing-masing.
Penilaian
perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Keputusan
mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan disahkan oleh
pihak pentadbir sekolah.
Rekod
Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk
ditandatangani.
Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu
format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah
masing-masing. Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk dijadikan satu buku.
16.
Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru
Semakin
hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa mereka ke
sekolah untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak program
integrasi pendidikan khas perlu dibuka untuk memberikan pendidikan kepada
anak-anak ini.
Sebelum
sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan akan memastikan segala kemudahan tempat dan
keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran mencukupi.
Guru
pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuat persiapan awal
bagi menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.
Satu
senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan untuk membantu guru pendidikan khas tersebut.
Penasihat
|
:
|
Pengetua / Guru Besar
|
Pengerusi
|
:
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
|
N. Pengerusi 1
|
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
|
N. Pengerusi 2
|
:
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
|
N. Pengerusi 3
|
:
|
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
|
Penyelaras
|
:
|
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
|
Pen. Penyelaras
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
Setiausaha
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
Bendahari
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
AJK-AJK
|
:
|
Guru pendidikan khas
|
boleh saya tahu bahan y ditulis ni dirujuk daripada mana ye?
ReplyDelete