Thursday, 5 May 2011

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

MASALAH PENGAJARAN BAHASA
  • Mengingat kembali perkataan
  • Memahami perkataan pelbagai makna
  • Menyatakan sesuatu yang abstrak
  • Menggunakan ayat yang betul dan lengkap
  • Memberi penjelasan
  • Mempelbagaikan gaya berkomunikasi
  • Menghasilkan mesej yang kompleks
  • Memaklumkan sesuatu maklumat

KEMAHIRAN LISAN

            PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur.  Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR

 Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya.  Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.


KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

             Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

            Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi  pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
-        Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
-        Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
-        Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
-        Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
-        Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

KAEDAH MENGATASI MASALAH  LISAN

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya 


EJAAN

DEFINISI

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untukmelahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.

PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

Lemah dalam ingatan penglihatan.

-        Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
-        Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

-        Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
-        Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.
-        Tidak  dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
-        Kemungkinan lemah dalam bacaan.

AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

-        Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )
Contoh:    la  bu      la  ku    la  yu   la  ki    dll.
-        Mendiskriminasi perkataan.

-        Melengkapkan atau menambah perkataan.

-        Membina perkataan di dalam perkataan.

-        Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

-        Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

-        Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

-        Permainan teka teki.

-        Permainan Silang kata.
KEMAHIRAN MEMBACA

     DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA.
Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca.
    Pumfrey (1977)
Satu proses pemikiran yang membina
    Zulkefli Hamid (1994)
Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang     berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.
    Deboer dan Dallman
Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea tang dilambangkan melalui penulisan.
     Juriah Long (1990)
Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam bacaan.
     KPM (1998)
  Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis dan analitis.
    KAMUS DEWAN
Membaca ialah suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.




KESIMPULAN
  • Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang berkaitan dengan asas-asas bacaan
  • Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai, mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.


MASALAH DALAM  MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA

v Kelemahan dalam Memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan lancar,

v Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca.

v Tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.

v Gaya bacaanGaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

PROSES MEMBACA 
Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu dan merupakan interpretasi symbol grafik. Membaca memerlukan seseorang mengenalpasti symbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa  (sistem isyarat) untuk membolehkan mesej itu disampaikan.
Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah symbol grafik. Membaca adalah proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan bentuk melalui penglihatan terhadap symbol grafik. Membaca juga ialah proses mengenalpasti perkataan.


MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

BENTUK HURUF

-        Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
-        Huruf terbalik.
-        Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
-        Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
-        Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
-        Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

PERINGKAT SUKU KATA

-        Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
-        Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
-        Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
-        Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
-        Salah memecah / membatang suku kata.
-        Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
-        Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
-        Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
-        Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.




KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

-        Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
-        Mengeja sebelum membaca.
-        Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
-        Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
-        Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
-        Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
-        Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
-        Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
-        Menyebut perkataan mengikut loghat.

KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

-        Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
-        Tertinggal.
-        Pembalikan perkataan.
-        Mengulang.
-        Merangkak-rangkak.
-        Membaca mengikut loghat.

STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

-        Mengenal pasti kanak-kanak.
-        Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
-        Susun strategi pemulihan.
-        Pelaksanaan.
-     Penilaian .

KAEDAH PEMULIHAN BACAAN
Aktiviti Peringkat Prabacaan
  • Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
  • Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz.
  • Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.
  • Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.
  • Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.


Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis
  • Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.
  • Membaca perkataan bergambar.
  • Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar.
  • Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.
  • Mengeja perkataan dan membaca ayat
  • Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami
  • Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan yang diberi.
  • Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.
  • Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.
  • Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.
  • Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.
  • Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan












KEMAHIRAN MENULIS
Pengenalan tulisan :-
•        Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi.
•        Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.
•        Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan.

Definisi kemahiran menulis :- 
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)
•        Menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat.

Pusat Perkembangan Kurikulum-
•        Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis,tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
•        Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
•        Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
 

Yahya Othman
•        Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu,idea atau maklumat secara bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis,penggunaan bahasa,audience dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh

Don Byrne
•        Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis, proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.

Koh Boh Boon
•        Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik.

 Ishak Haron

•        Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran penulisan secara mekanis.






MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

-        Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
-        Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
-        Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
-        Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
-        Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
-        Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
-        Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
-        Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
-        Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
-        Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
-        Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
-        Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
-        Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
-        Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
-        Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.


Kaedah Menulis 
Kemahiran menulis secara mekanis
•        Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya
•        Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas.
•        Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain.
Menulis Secara Mekanis
•        Latihan pergerakan tangan, otot dan jari
•        Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya.
•        Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.
•        Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain.
•        Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.
Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental
•        Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis
•        Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.


Kaedah menulis

  1. PRAMENULIS
  • Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata  kepada murid-murid.
  • Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

2.     PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS (MEKANIS)
  • Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.
  • Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.


3.     PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN
•     Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan yang sesuai.
•     Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara perkataan dalam ayat.






Contoh aktiviti pramenulis

Aktiviti membuat corak :


Aktiviti mewarnakan corak :
Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya


Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :-
  1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.
  2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua
  3. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
  4. Menulis huruf mengikut urutan yang tetap
  5. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
  6. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.


Kesalahan biasa dalam tulisan :-
•        Bentuk huruf tidak sama saiz.
•        Jarak antara huruf tidak sama.
•        Tulisan menjadi kotor.
•        Kecondongan tulisan tidak sama.


Proses kemahiran menulis
  1. Pembelajaran  tiga peringkat menulis
  2. Mengajar  tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.
  3. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf 
  4. Kenalpasti kesalahan murid.
  5. Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.


Jenis-jenis penulisan :-
•        Karangan terkawal
•        Separuh terkawal
•        Karangan bebas
•        Karangan berpandu

Kaedah pengajaran penulisan kreatif :-
•        Motivasi
•        Persediaan
•        Persembahan
•        Perlaksanaan

Contoh Aktiviti Kemahiran Penulisan Kreatif
•        Mengisi silang kata.
•        Mengisi tempat kosong dalam ayat
•        Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
•        Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
•        Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
•        Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita
•        Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment