Monday 17 September 2012

Pengesanan Awal Masalah Pendengaran


Pengesanan Awal Masalah Pendengaran
Kebanyakan kanak-kanak mendengar sejak dari lahir lagi. Mereka belajar bertutur dengan meniru bunyi yang didengar dari sekeliling dan melalui peniruan suara ibu bapa dan penjaga mereka. Tetapi tidak semua kanak-kanak bernasib baik dapat terus mendengar sejak dilahirkan kerana ada di antara mereka yang dilahirkan tanpa pendengaran. Malah terdapat kanak-kanak yang kehilangan pendengaran semasa proses pembesaran berlaku. Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang dikatakan sebagai masalah yang tersembunyi dan senyap apabila masalah ini hanya akan dapat dikesan apabila kanak-kanak ini mula mencecah usia 2 tahun dan ke atas terutama apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Ramai dikalangan kanak-kanak ini perlu belajar bahasa dan bertutur dengan cara yang berlainan, jadi adalah penting untuk mengesan masalah pendengaran atau kepekakkan seawal yang mungkin. Tanpa pendengaran, bahasa tidak dapat dikuasai dan difahami oleh mereka. Pengesanan awal pendengaran penting agar kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dapat dikesan awal dan diberi bantuan seawal mungkin. Menurut World Health Organization (WHO), kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran seharusnya dapat dikesan seawal berusia 3 bulan dan peningkatan pendengaran pada usia seawal 6 bulan.

Dua ujian yang berlainan boleh digunakan untuk mengesan masalah pendengaran pada kanak-kanak. Pada kedua-dua ujian ini. tiada tindak balas daripada kanak-kanak diperlukan.
i. Ujian otoacoustic emissions (OAE) menunjukkan samada bahagian telinga akan menunjukan tindak balas kepada bunyi. Semasa ujian ini, fon telinga berspan yang lembut dimasukkan ke dalam salur telinga kanak-kanak dan  memancarkan pelbagai bunyi untuk mengukur tindakbalas “echo” yang keluar daripada pendengaran yang normal. Jika tiada echo yang dikesan, maka ia mencadangkan terdapat kehilangan pendengaran.

ii. Ujian auditory brain stem response (ABR) memeriksa bagaimana  auditori brain stem (bahagian saraf yang membawa bunyi dari telinga ke otak) dan otak bertindakbalas terhadap bunyi dengan mengukur aktiviti elektrik semasa kanak-kanak mendengar. Semasa ujian dijalankan, kanak-kanak akan dipakaikan fon telinga yang kecil dan beberapa elektrod di kepala. Kanak-kanak mungkin akan diberi sedikit ubat tidur untuk memastikan kanak-kanak dalam keadaan diam dan tenang. Jika kanak-kanak tidak menunjukkan tindak balas yang konsisten terhadap bunyi yang diberikan semasa ujian dijalankan, audiologist akan mencadangkan agar ujian pengesanan pendengaran susulan dan perlaksanakan penilaian pendengaran yang lebih lengkap. Jika kehilangan pendengaran telah disahkan, adalah penting untuk menimbangkan penggunaan alat bantuan pendengaran dan pilihan komunikasi yang lain sebelum kanak-kanak berusia 6 bulan.
Jangka masa kritikal bagi kanak-kanak mempelajari bahasa adalah pada 3 tahun pertama kehidupan mereka. Malahan, kanak-kanak mula belajar bahasa dan bertutur ketika berusia 6 bulan lagi. Menurut kajian, kanak-kanak masalah pendengaran yang mendapatkan bantuan pendengaran awal akan mencapai perkembangan kemahiran  berbahasa yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mendapatkan bantuan. Lebih awal anda mengetahui masalah pendengaran mereka, maka lebih awal anda dapat memastikan kanak-kanak tersebut mendapat faedah daripada stategi yang akan membantu mereka untuk berkomunikasi dengan jayanya.

1 comment:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete