salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi laman ini. Hari ini saya hendak kongsikan lagi topik yang saya telah sentuh sebelum ini iaitu berkaitan kemahiran menulis.
Sebelum ini saya telah pun menjelaskan tentang cara memegang pensel, menulis mengikut arah yang betul dan menulis sambil menyebut abjad yang disebut. Hari ini saya hendak jelaskan pula tentang teknik menulis yang salah dan perlu diperbetulkan.
Gambar di bawah merupakan tulisan daripada salah seorang murid saya yang kita dapat lihat cara atau pun teknik menulisnya kurang betul. Sebagai guru, dapatkah anda kesan apakah kesalahan dilakukan murid semasa menulis ini?
Gambar ini diambil dari sudut murid melihat dan dalam masa yang sama juga menulis. Kesilapan yang ketara apabila kita dapat lihat tulisan murid tidak betul, condong, terlalu jarak dan tidak boleh dibaca.
Faktor ini disebabkan cara menulis murid yang dilihat :
- tangan yang menulis itu menutup penglihatan menyebabkan murid tidak nampak huruf apakah yang hendak ditulis.
- apabila penglihatan semasa menulis terhad, murid akan tundukkan kepala dan menulis pada jarak meja dan kepala terlalu rapat. Keadaan ini menyebabkan murid mengeluh keana sakit leher.
- Cara murid memegang pensel yang terlalu tegak juga menyebabkan jarak penglihatan murid menjadi terhad
Murid sudah terbiasa dengan cara menulis yang seperti ini. Jika tidak diperbetul, maka sampai bila-bila murid akan terbiasa dengan cara dan kaedah menulis yang tidak betul ini.
Sebagai guru, gunakan pengalaman anda menulis untuk memperbetul cara memegang pensel, cara duduk semasa menulis dan jarak penglihatan pada postur menulis yang betul.
Bagi murid yang baru belajar menulis, jangan terlalu mendesak murid atau mengaharapkan mereka boleh terus menulis dengan cantik dan kemas. Ia akan mengambil masa untuk murid belajar biasakan diri dengan kaedah dan teknik menulis yang betul
Semoga berjaya!
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
No comments:
Post a Comment