2. Adalah dimaklumkan bahawa bermula Ogos 2011 yang lalu
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan satu Sistem Pendaftaran OKU yang
dipanggil SMOKU dimana semua OKU yang telah berdaftar hendaklah memperbaharui
semula kad OKU mereka.
3. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama daripada pihak
tuan untuk membuat hebahan kepada semua Sekolah yang mempunyai pelajar OKU agar
memperbaharui kad mereka.
4. Berikut adalah maklumat dan perkara yang perlu
dikemukakan bagi memperbaharui Kad OKU:
4.1) Semua
Permohonan Perbaharui Kad OKU hendaklah dibuat di daerah tempat tinggal OKU
berkenaan.
4.2)Mengemukakan
satu salinan Kad Pengenalan/Mykid/Surat Beranak
4.3)Mengemukakan
satu salinan Kad OKU
4.4) Mengemukakan
satu keping gambar ukuran IC(Background biru dibelakang gambar)