Sunday, 8 April 2012

MAKLUMAN DAN HEBAHAN UNTUK PERBAHARUI SEMULA KAD OKU KEPADA SEMUA PELAJAR OKU DIBAWAH PENDIDIKAN KHAS JABATAN YANG BELUM MEMPERBAHARUI KAD OKU


2. Adalah dimaklumkan bahawa bermula Ogos 2011 yang lalu Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan satu Sistem Pendaftaran OKU yang dipanggil SMOKU dimana semua OKU yang telah berdaftar hendaklah memperbaharui semula kad OKU mereka.
3. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membuat hebahan kepada semua Sekolah yang mempunyai pelajar OKU agar memperbaharui kad mereka.
4. Berikut adalah maklumat dan perkara yang perlu dikemukakan bagi memperbaharui Kad OKU:

  4.1) Semua Permohonan Perbaharui Kad OKU hendaklah dibuat di daerah tempat tinggal OKU berkenaan.
  4.2)Mengemukakan satu salinan Kad Pengenalan/Mykid/Surat Beranak
  4.3)Mengemukakan satu salinan Kad OKU
  4.4) Mengemukakan satu keping gambar ukuran IC(Background biru dibelakang gambar)

5. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Tuesday, 27 March 2012

Metakognisi dan Stail Belajar


Nota ini dialih bahasa daripada buku Ormrod "Human Learning". Teori ini sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar murid tentang cara belajar yang berkesan dalam bilik darjah.
metacognition.jpg.w300h257PENDAHULUAN Metakognitif adalah tentang proses berfikir mengenai pemikiran, ‘apa yang kita tahu’ dan ‘apa yang kita tidak tahu’. Flavell (1976) menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran yang relevan.

Semakin canggih metakognitif pelajar-pelajar, semakin tinggi pencapaian pembelajaran mereka. Malangnya, kebanyak pelajar pada semua peringkat umur mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang bagaimana pembelajaran dan ingatan yang berkesan. Dengan kata lain, metakognitif adalah sebagai ‘pengurus’ atau ‘jurulatih’ pembelajaran. Hal ini dapat membantu pelajar memproses informasi dan memantau keberkesanan pelbagai strategi yang digunakan untuk tugasan pembelajaran yang tertentu.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN METAKOGNITIF 
Metakognitif meliputi pengetahuan dan kemahiran seperti yang berikut:
  1. Mempunyai kesedaran tentang apa yang kita pelajari dan kemampuan memori kita serta mengetahui tentang tugasan pembelajaran yang mampu (secara realistik) kita selesaikan. Contohnya, mengenal pasti adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelesaikan tugasan membaca 200 halaman dalam satu malam.
  2. Mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan dan yang tidak berkesan. Contohnya, menyedari tentang pembelajaran bermakna lebih berkesan daripada pembelajaran hafazan bagi jangka masa panjang.
  3. Merancang pendekatan bagi tugasan pembelajaran yang mungkin akan Berjaya. .Contohnya, mencari tempat sunyi untuk belajar yang kurang gangguannya.
  4. Menggunakan strategi pembelajaran berkesan. Contohnya, mengambil nota lengkap apabila bahan kuliah sukar untuk diingati dan sebaliknya.
  5. Memantau pengetahuan semasa diri sendiri. Contohnya, mengetahui bila maklumat itu berjaya dipelajari dan sebaliknya.
  6. Mengetahui strategi berkesan untuk mengeluarkan semula maklumat yang tersimpan. Contohnya, memikirkan konteks yang sesuai bagi suatu maklumat yang mungkin telah dipelajari.
Kebanyakan idea dan proses cara berfikir tidak diajarkan di dalam bilik darjah. Oleh itu, akibatnya kebanyakan pelajar akan membentuk pengetahuan dan kemahiran metakognitif dengan perlahan serta hanya dicapai setelah melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang mencabar. Pelajar membaca untuk belajar. Pembaca yang baik adalah mereka yang belajar dengan berkesan daripada apa-apa yang mereka baca, seperti hal yang berikut:
  1. Menjelaskan tujuan mereka membaca sesuatu
  2. Pembacaan bergantung pada sama ada mereka mahukan isi kandungan tertentu dalam petikan, belajar secara terperinci sesuatu petikan, atau sekadar membaca untuk menikmatinya.
  3. Menentukan apakah yang amat penting mereka pelajari, ingati dan menumpukan fokus dan usaha terhadap bahan pembelajaran itu.
  4. Berusaha untuk memahami dan meluaskan apa-apa yang dibaca. Contohnya, membuat rumusan dan mengidentifikasi hubung kait wacana dalam bahan bacaan
  5. Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan meluaskan lagi apa-apa yang dibaca
  6. Membuat jangkaan tentang apa yang akan mereka baca pada bab berikutnya
  7. Menanyakan soalan kepada diri sendiri dan cuba menjawabnya semasa mereka membaca
  8. Dari semasa ke semasa menyemak pemahaman mereka dan mengingati apa-apa yang telah dibaca
  9. Berusaha untuk menjelaskan isi-isi penting yang ambuguiti semasa membaca
  10. Tegas dalam usaha untuk memahami bahan yang dibaca apabila sukar untuk memahami apa yang dibaca
  11. Berusaha untuk membayangkan contoh-contoh yang sesuai dan dapat diaplikasikan dengan idea-idea yang ada.
  12. Membaca untuk kemungkinan perubahan konsep iaitu membaca dengan pemahaman bahawa idea-idea yang ditemukan berkemungkinan tidak sejajar dengan perkara-perkara yang mereka percayai
  13. Menilai secara kritikal tentang apa-apa yang dibaca
  14. Ringkaskan apa-apa yang dibaca
Sebaliknya, pembaca yang tidak berkemahiran iaitu yang menghadapi kesukaran untuk belajar dan mengingati apa-apa yang dibaca kurang menggunakan strategi yang telah dinyatakan. Contohnya, mereka kurang fokus tentang bahan yang dibaca, sukar untuk menggambarkan inferens daripada idea-idea yang ditemukan,; jarang bertanyakan diri sendiri tentang bahan yang dibaca, menjangkakan hal berikutnya, menjelaskan penyataan kabur, atau meringkaskan apa-apa yang dibaca. Mereka juga tidak konsisten mencari idea-idea daripada pembacaan bahkan idea-idea tersebut tidak selari dengan kepercayaan atau pegangan mereka terhadap realiti. Pembaca yang tidak mahir juga mempunyai sedikit kesedaran tentang metakognitif perkara-perkara yang perlu digambarkan dalam otak ketika membaca. Proses metakognisi adalah konsisten dengan teori pembelajaran sosial yakni pembelajaran regulasi kendiri iaitu suatu mekanisme yang digunakan untuk membiasakan diri sendiri dalam aspek kehidupan termasuklah cara mereka belajar.

PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI (Self-Regulated)
Teori pembelajaran sosial dan kognitif  bersependapat dalam menggambarkan pembelajaran berkesan iaitu sebagai suatu proses menetapkan matlamat, memilih strategi belajar yang digemari bagi mencapai matlamat tersebut dan kemudian menilai hasil usaha sendiri.  Dengan kata lain, pembelajaran regulasi kendiri termasuklah elemen-elemen yang berikut:
  1. Motivasi kendiri: mempunyai keinginan untuk menyudahkan tugasan belajar dengan berkesan.  Motivasi tersebut hendaklah datang dari dalam diri individu berbanding pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan.  Pelajar akan bermotivasi kendiri hanya jika mereka mempunyai kualiti kendiri (self-efficacy)yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya.
  2. Menetapkan matlamat: Mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran.  Pelajar regulasi kendiri tahu tentang yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca iaitu mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.
  3. Merancang: mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi tugas pembelajaran.  Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka.
  4. Pengawalan tumpuan:  Memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran.  Pelajar regulasi kendiri cuba memokuskan tumpuan mereka pada isi-isi pelajaran yang ada dan menghindarkan fikiran dan emosi mereka daripada tersasar atau tidak fokus.
  5. Aplikasi strategi pembelajaran:  memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang dipelajari.  Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi; contohnya, cara mereka membaca artikel majalah berbeza mengikut keadaan iaitu membaca untuk hiburan atau untuk peperiksaan.
  6. Pemantauan kendiri:  dari semasa ke semasa menyemak untuk melihat sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai matlamat.  Pelajar regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mereka mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasi matlamat mereka jika perlu.
  7. Penilaian kendiri:  menilai hasil terakhir daripada usaha seseorang.  Pelajar regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang mereka sendiri tetapkan .
Apabila murid-murid adalah pelajar regulasi kendiri, mereka menetapkan matlamat akademik yang tinggi untuk diri mereka, belajar dengan lebih berkesan, dan mencapai tahap yang tinggi dalam bilik darjah.  Sayangnya, tidak banyak pelajar memiliki regulasi kendiri yang tinggi, mungkin kerana sebahagian cara atau kebiasaan yang sangat sedikit mempromosi / memperkenalkan cara ini.

PEMBELAJARAN BERKESAN DAN STRATEGI BELAJAR
Manusia banyak melakukan perkara-perkara yang memerlukan aktiviti berfikir apabila mereka belajar dan mengingat perkara baru, tetapi sesetengah strategi mereka jelas lebih efektif berbanding yang lain.  Dapatan kajian mendapati beberapa pembelajaran berkesan dan strategi belajar seperti pembelajaran bermakna, elaborasi dan organisasi adalah proses penyimpanan ingatan jangka panjang manakala kemahiran mengambil nota, mengenal pasti maklumat penting, pemantauan pemahaman dan meringkaskan adalah strategi tambahan yang ditemukan sebagai teknik yang bernilai dalam tugasan pembelajaran akademik jika digunakan secara tekal.
a) Pembelajaran Bermakna dan Elaborasi
Pembelajaran bermakna (meaningful learning) ialah proses mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada yang disimpan dalam ingatan jangka panjang manakala elaborasi (elaboration) ialah proses menggunakan pengetahuan terdahulu untuk menginterpretasi dan meluaskan perkara baharu.  Kedua-dua proses melibatkan kaitan antara informasi baru dengan perkara-perkara yang telah diketahui; dan kedua-dua proses ini  dengan jelas membantu pembelajaran kita.
Kajian yang dijalankan oleh Van Rossum dan Schenk (1984) menggambarkan hal ini dengan jelas.  Pelajar-pelajar kolej belajar dan mengambil nota daripada petikan bersejarah, kemudian menduduki ujian bagi bahan-bahan daripada petikan dan menjawab soalan tentang bagaimana mereka belajar.  Kebanyakan pelajar menerangkan pendekatan pembelajaran hafalan (rote-learning) sebagai strategi belajar.  Sebahagian pelajar yang lain menggambarkan pembelajaran bermakna sebagai pendekatan proses belajar.  Mereka berusaha untuk memahami interpretasi, makna abstrak, dan mengaplikasi apa-apa yang dibaca.  Tidak ada perbezaan pencapaian antara dua kumpulan pelajar ini dalam soalan aneka pilihan yang menguji pengetahuan mereka berdasarkan petikan.  Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang menggunakan strategi pembelajarahn bermakna menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam soalan aneka pilihan yang memerlukan mereka membuat inferens dan menghasilkan integrasi yang baik dan respons kualitatif dalam ujian esei berdasarkan bahan yang sama.
Pelajar-pelajar menunjukan perbezaan menginterpretasi informasi berdasarkan sama ada mereka mengingati fakta atau aplikasi biasa.  Kajian McCallin (1997) terhadap pelajar-pelajar ijazah pertama tentang pendekatan pembelajaran mereka berhubung dengan bahan kursus.  Sebahagian pelajar menggambarkan keperluan mereka untuk belajar teknik pengajaran yang khusus.  Mereka mahu diberitahu dengan jelas apa yang mereka perlu buat di dalam bilik darjah.  Sebahagian pelajar yang lain menjelaskan mereka lebih memilih untuk memahami prinsip-prinsip psikologikal pembelajaran manusia dan tingkah laku supaya mereka dapat membentuk sendiri prosedur mereka di bilik darjah.  Apabila kedua-dua kumpulan pelajar ini diberi senarai konsep asas ujian pendidikan dan mereka diminta melukis diagram (peta konsep) yang dapat menunjukkan kaitan antara konsep.  Kumpulan pelajar pertama (yang ingin diberitahu) bertendensi menggambarkan kaitan antara konsep yang hanya fakta atau langkah-langkah asas.  Sebaliknya, kumpulan pelajar kedua menggambarkan hubung kait antara konsep merefleksi proses yang lebih sofistikated, memasukkan struktur hierarki, sebab akibat hubung kait, dan deduktif logik.
Pelajar-pelajar yang membentuk pemahaman elaborasi dan mengaitkan topik-topik dalam soalan supaya mereka dapat mengaplikasikannya sendiri akan dapat rekonstruksi dan mendapatkan semula bahan kursus/pembelajaran dengan berkesan.  Pelajar-pelajar seharusnya dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip psikologi pembelajaran dalam situasi baru atau masalah.
b) Organisasi
Kepentingan organisasi dalaman (internal organization) ialah menemukan kaitan dan hubungan antara kaitan dalam sesuatu infromasi baru yang diperlu disimpan dalam ingatan jangka panjang. Organisasi dalaman boleh menyebabkan sesorang itu sedar akan kewujudan struktur organisasi  bagi kemudahan bahan pembelajaran baru adalah juga merupakan penetapan struktur organisasi pada bahan walaupun  sebenarnya struktur tersebut tidak wujud.
Walau bagaimanapun, pelajar selalunya gagal untuk membentuk struktur organisasi yang sesuai bagi infromasi yang dipersembahkan dalam kuliah mahupun bahan-bahan bertulis.  Berbanding dengan mengenal pasti dan mengambil peluang  wujudnya kaitan antara hubungan dalam sesuatu maklumat, pelajar-pelajar selalunya mengorganisasi pelbagai idea dengan menjadikannya suatu senarai fakta yang tidak berkaitan.   Selain itu, para pelajar agak gemar  mengorganisasi informasi sebagai bahan yang bertambah sukar untuk mereka fahami.
Para pelajar boleh menggunakan beberapa teknik untuk membantu mereka mengorganisasi  bahan dalam bilik darjah dengan berkesan.  Pendekatan yang biasa digunakan ialah menggariskan idea-idea utama  dan tajuk-tajuk penting.  Apabila pelajar belajar tentang menggariskan  perkara-perkara yang  mereka dengar dalam kuliah dan bacaan dalam buku teks, biasanya pembelajaran mereka di dalam bilik darjah  meningkat.
Pelajar cerdas  kurang menggariskan perkara-perkara yang mereka baca  berbanding dengan rakan-rakan normal mereka yang lain.  Hal ini mungkin kerana pelajar cerdas mengorganisasi bahan dalam minda mereka dengan mudah, oleh itu menggariskan idea utama di kertas adalah tidak perlu.
Pendekatan lain ialah membentuk persembahan grafik daripada informasi yang dipelajari seperti peta, carta alir, carta pai atau matriks.  Peta konsep, dibina oleh guru atau pelajar sendiri biasanya dapat membantu prncapaian pelajar dalam bilik darjah.  Pelajar-pelajar bermanfaat dalam pelbagai cara apabila mereka membentuk peta konsep bahan-bahan dalam bilik darjah.  Dengan memfokuskan bagaimana sesuatu konsep itu berkaitan antara satu sama lain, pelajar-pelajar dapat mengorganisasi bahan pembelajaran dengan lebih baik.  Mereka juga akan dapat mengesan dengan cepat bagaimana konsep-konsep baru adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang mereka telah ketahui.    Oleh itu, mereka dapat mempelajari bahan-bahan pembelajaran dengan bermakna.
Peta konsep dapat membantu pelajar  mengenkod informasi dalam ingatan penglihatan  jangka panjang selain secara verbal.  Peta konsep dapat membantu pelajar-pelajar berpencapaian rendah dengan lebih berkesan kerana mereka memproses informasi dengan pelbagai cara sama seperti pelajar-pelajar berpencapaian tinggi.  Peta konsep yang dibina pelajar dapat membekalkan informasi kepada guru-guru dan pelajar, terutamanya jika peta konsep itu dapat mengukur kemungkinan tersalah konsep  dan kelemahan-kelemahan pelajar dalam tanggapan mereka terhadap sesuatu informasi.
c) Mengambil Nota
Mengambil nota semasa kuliah dan bacaan buku teks adalah berkorelasi positif dengan pembelajaran pelajar.   Ada dua fungsi pelajar mengambil nota iaitu;
  • Membantu mengenkod bahan, dengan menulis informasi sambil membacanya di kertas pelajar-pelajar berkemungkinan besar mengenkodnya secara penglihatan dan verbal.  Dengan kewujudan fungsi pengenkodan semasa mengambil nota, pelajar-pelajar dapat lebih mengingati bahan tersebut walaupun mereka tidak berpeluang untuk membaca semula nota-nota tersebut.
  • Nota berfungsi sebagai bentuk luaran konkrit bagi informasi yang diperoleh dalam bilik darjah.  Berbanding dengan pelbagai cara penyimpanan ingatan jangka panjang yang mungkin bermasalah, pensel dan kertas sering membekalkan alternatif jitu.
Keberkesanan pengambilan nota bergantung pada jenis nota yang dibuat.  Nota-nota lebih berguna kepada pelajar-pelajar apabila nota yang diambil itu merangkumi apa-apa yang terkandung dalam bahan pembelajaran.  Peningkatan pembelajaran para pelajar  berlaku apabila informasi itu mengandungi objektif-objektif yang dapat memandu pelajar mengambil maklumat dengan berkesan.  Oleh itu, objektif-objektif bagi setiap unit pembelajaran hendaklah jelas kepada pelajar.  Nota-nota juga akan lebih berkesan apabila pelajar-pelajar meringkaskan idea utama dan memasukkan dengan jelas perkara-perkara yang menyokong idea utama tersebut.  Adalah lebih baik jika nota-nota tersebut mengandungi penerangan luas yang dibuat sendiri oleh pelajar.
Teknik lain yang berkesan ialah mengenal pasti dan menerang dengan lebih luas  dalam nota-nota yang diambil semasa kuliah atau tugasan membaca.  Dalam situasi kuliah, pelajar-pelajar tidak dapat mengawal kelajuan informasi yang diberi dan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memproses bahan-bahan secara bermakna.  Dalam keadaan sebegini, pelajar-pelajar mungkin perlu memberi fokus hanya kepada menulis informasi dan mengorganisasi serta mengenkodkannya dengan lebih teratur selepas kuliah.  Malangnya, kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami nota mereka sendiri, apabila mereka hendak menyemak semula bahan tersebut.   Oleh itu, guru-guru dapat membantu dengan menulis idea-idea utama di papan putih.  Menitikberatkan idea-idea utama (seperti pengulangan) juga dapat membantu pelajar merekodkan idea-idea itu di kertas.
d) Mengenal pasti Maklumat Penting
Seringkali pelajar-pelajar bertemu dengan banyak informasi yang seboleh mungkin disimpan dalam ingatan jangka panjang bagi suatu tempoh masa.  Hasilnya, mereka mesti mengenal pasti yang manakah maklumat paling penting untuk mereka pilih dan pelajari.  Tugasan tersebut kian mencabar apabila guru yang menentukan  idea-idea penting, yang kadang kala ditanggap berbeza oleh pelajar-pelajar.  Pelbagai tanda-tanda yang dibuat di dalam buku teks atau kuliah, dapat membantu pelajar mendiskriminasi informasi yang penting dengan yang tidak penting.  Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar mungkin akan tersalah tanggap jika tanda-tanda tersebut  hadir dalam jumlah yang sedikit atau jauh daripada penerangannya.  Ketiadaan tanda-tanda yang sesuai akan menyebabkan pelajar-pelajar tersasar daripada idea utama atau isi-isi penting dalam tugasan membaca atau kuliah, terutama jika pelajar-pelajar tiada atau hanya mempunyai sedikit latar belakang pengetahuan tentang mata pelajaran / isi kandungan  sesuatu bahan pembelajaran.
Kebanyakan pelajar biasanya menggunakan kaedah-kaedah memilih informasi yang kurang berkesan, contohnya; memfokuskan ayat daripada perenggan pertama atau pada informasi yang distingtif (definisi dan formula) oleh itu mereka sering tertinggal idea utama.  Malahan, pelajar-pelajar kolej juga sering terperangkap dalam situasi sebegini kerana mereka sering tersasar daripada maklumat utama dengan mengambil maklumat yang tidak penting tetapi menarik.  Apabila pelajar telah mahir dalam mengenal pasti idea utama, menggaris atau mewarna isi-isi penting / idea-idea utama pada buku teks atau nota kuliah amat bermanfaat bagi mereka.  Walau bagaimanapun, jika terlampau banyak yang digaris atau diwarna, cara ini pasti kurang berkesan.
e) Memantau Pemahaman
Pelajar yang baik iaitu yang belajar dengan berkesan akan menyemak dari masa ke masa diri mereka untuk memastikan mereka sebenarnya telah menyerap apa-apa yang mereka dengar di dalam kelas atau bacaan dalam buku teks.  Mereka turut mengambil langkah untuk memulih kesukaran pemahaman mereka contohnya bertanyakan soalan-soalan dan membaca semula petikan.  Dengan kata lain, pelajar yang baik  terlibat dalam pemantauan pemahaman kendiri.
Malangnya, kebanyakan pelajar pada semua peringkat umur tidak memantau pemahaman mereka semasa mereka berada di dalam kelas atau ketika membaca buku teks.  Hasilnya, mereka sering mengabaikan apa-apa yang mereka tahu dan yang tidak diketahui, serta mereka mungkin berfikir mereka mamahami sesuatu yang sebenarnya mereka salah tanggap.  Fenomena ini dirujuk sebagai pengetahuan ilusi (illusion of knowledge) atau pengabaian kedua (secondary ignorance)  Contohnya, pelajar-pelajar sering berfikir mereka tahu mengeja suatu perkataan, yang sebenarnya tidak mereka ketahui.
Apabila pelajar-pelajar fikir mereka tahu bahan-bahan pembelajaran di dalam kelas, mereka akan berhenti mempelajarinya.  Oleh itu, pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan ilusi (illusion) akan berhenti belajar sebelum mereka benar-benar menguasainya.  Akhirnya, mereka kebingungan kerana apabila keputusan peperiksaan atau markah tugasan diperoleh pencapaian mereka rendah.  Salah satu strategi untuk membantu pelajar-pelajar memantau pemahaman mereka ialah dengan meminta mereka membentuk soalan-soalan sebelum melakukan pembelajaran atau tugasan membaca yang kemudiannya perlu dijawab semasa mereka melaksanakan tugasan atau pembelajaran.  Sebagai contoh, sebelum membaca buku teks, pelajar mungkin menukar setiap topic dan subtopik kepada soalan yang perlu dijawab dan kemudian membaca setiap bahagian teks dengan tendensi untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan tersebut.  Soalan kendiri (self-questioning)  mungkin akan lebih berkesan apabila pelajar-pelajar melakukannya sepanjang pembelajaran atau tugasan membaca.  Sebagai contoh, pelajar-pelajar ijazah pertama yang bertanyakan soalan kendiri dan mencari jawapan semasa mereka mengambil nota kuliah, akan memahami dengan lebih baik lagi bahan pembelajaran dan mengingatinya dalam jangka masa panjang.
Dengan bertanyakan soalan kendiri, para pelajar akan lebih mengetahui apabila mereka menguasai sesuatu pengetahuan dan bila mereka belum lagi menguasainya.   Snowman (1986) selepas membuat pembacaan terhadap soalan kendiri mendapati wujudnya kesan positif terhadap pemerolehan fakta, tanpa impak yang nyata pada tingkah laku yang canggih seperti mengaplikasi atau membuat penilaian ke atas fakta tersebut.  Hal ini berkemungkinan kerana kebanyakan pelajar bertanyakan diri mereka soalan-soalan utama yang berasaskan fakta berbanding dengan soalan-soalan tahap tinggi mungkin kerana mereka telah mempelajari soalan-soalan kendiri berasaskan fakta dalam peperiksaan di bilik darjah seperti yang diharapkan.  Untuk mempromosikan pembelajaran bermakna, elaborasi dan pada keseluruhannya memproses maklumat pada tahap tinggi, guru-guru patut  menggalakkan pelajar-pelajar sentiasa bertanyakan diri sendiri soalan-soalan seperti berikut:
Terangkan mengapa (bagaimana) ……….
Apakah idea utama ………
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan ………
Apakah contoh baru bagi ……………..
Apakah yang kamu fikirkan akan terjadi jika …………..
Apakah perbezaan antara …….. dengan ………..
Bagaimanakah ……….. dan ………. mempunyai persamaan
Apakah rumusan yang kamu dapat bina berdasarkan .........
Bagaimanakah ............akan memberi kesan ................
Apakah kekuatan dah kelemahan bagi ................
Apakah yang terbaik ..............dan mengapa?
Bagaimanakah .............berkait dengan ............ yang telah kita pelajari?
Sebaiknya, pelajar patut menilai pemahaman mereka terhadap pembelajaran bilik darjah pada masa yang lain juga.  Manusia sering melakukan kesilapan dan terlalu cepat optimistik tentang banyak mana ingatan mereka terhadap sesuatu yang telah dibaca.  Pelajar-pelajar perlu memilih cara yang betul untuk mengeluarkan semula maklumat daripada ingatan jangka panjang, yang mana hal ini hanya dapat dibuat jika pelajar memantau pemahaman mereka selepas beberapa minit, jam atau hari-hari berikutnya.
f) Rumusan
Pelajar-pelajar biasanya digalakkan untuk merumuskan bahan yang dibaca atau dengar, contohnya dengan mengintegrasi dan menyejatkan, mempersembahkan bahan abstrak tentangnya atau mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk melabelkannya. Malangnya kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk merumuskan  dengan secukupnya perkara-perkara yang didengar atau dibaca. 
Jika difikirkan, kita akan sedari bahawa membina suatu rumusan yang baik  bukanlah perkara yang mudah; pelajar-pelajar mesti dapat mendiskriminasikan antara informasi yang penting dengan yang tidak penting, mengenal pasti idea utama yang perlu atau tidak dinyatakan secara terperinci dan mengurus elemen-elemen kritikal dalam bentuk kohesif sepenuhnya.  Dalam situasi di bilik darjah, pelajar-pelajar juga mesti mempunyai kepekaan tentang bagaimana mereka hendak menilai  dan menentukan rumusan mereka itu mempunyai kriteria-kriteria yang telah dinilai.
Pelbagai teori telah mencadangkan beberapa cadangan untuk membantu pelajar-pelajar membentuk rumusan yang lebih baik dalam mata pelajaran yang dipelajari di bilik darjah:
Pelajar-pelajar hendaklah berlatih membentuk rumusan bagi suatu petikan yang pendek, mudah dan diurus dengan baik yang kemudiannya diperkenalkan pula petikan dan teks yang lebih panjang dan sukar untuk dirumuskan.
Setiap kali pelajar-pelajar membentuk ringkasan/rumusan, minta mereka;
  • Mengenal pasti dan mewujudkan satu ayat tajuk bagi setiap perenggan dan bahagian
  • Mengenal pasti konsep-konsep utama atau idea yang akan menjurus kepada sub-subtajuk dan akhirnya kepada poin-poin yang lebih terperinci
  • Cari informasi yang dapat menyokong bagi setiap idea utama.
  • Hapuskan informasi lama dan bertindan
Pelajar-pelajar membanding dan berbincang tentang rumusan mereka, mempertimbangkan idea yang manakah yang paling penting dan mengapa
Strategi-strategi tadi dapat membantu pelajar membentuk rumusan yang baik dan kemuncaknya, dapat belajar dan mengingati bahan-bahan pembelajaran bilik darjah dengan lebih berkesan.  Strategi-strategi seperti rangka kasar, mengambil nota, dan menulis rumusan adalah strategi overt (overt strategies) ; yakni perlakuan yang dapat dilihat.  Strategi lain seperti elaborasi, mengenal pasti informasi utama dan memantau pemahaman adalah strategi covert (covert strategies); yakni proses mental yang tidak dapat dilihat.  Kemuncaknya cara bagaimana pelajar-pelajar memproses informasi yang diterima iaitu strategi covert akan menentukan sama ada apa-apa informasi yang mereka pelajari dan ingati itu berkesan.
RUMUSAN
Pengetahuan manusia tentang pembelajaran yang berkesan dan proses kognitif serta cara-cara mereka menggunakan proses tersebut untuk menambahkayakan pembelajaran mereka adalah dikenali sebagai metakognitif.  Pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar terhadap metakognitif adalah signifikan berkaitan dengan pencapaian mereka dalam bilik darjah dan pencapaian akademik.   Pelajar-pelajar yang berjaya merupakan pelajar-pelajar yang regulasi kendiri (self-regulated learners), yang secara intrinsik bermotivasi untuk belajar, menetapkan matlamat bagi pencapaian mereka, merancang cara menguruskan masa yang terbaik untuk belajar, sentiasa memastikan perhatian mereka fokus terhadap tugasan pembelajaran, menggunakan strategi-strategi pembelajaran yang efektif, memantau perkembangan pembelajaran mereka dan menilai hasil daripada usaha-usaha yang mereka curahkan.
Pembelajaran dan strategi belajar yang berkesan adalah merupakan pembelajaran bermakna, elaborasi, mengorganisasi, mengambil nota, mengenal pasti maklumat-maklumat penting, pemantauan pemahaman dan rumusan.  Lebih penting lagi, proses mental (strategi covert) yang digunakan oleh pelajar dan mana-mana penggunaan strategi overt hanya akan berkesan apabila strategi covert merupakan penggunaan yang produktif.  Kanak-kanak akan memperlihatkan kematangan metakognitif yang canggih apabila mereka kian membesar dan melalui banyak pengalaman semasa melaksanakan tugasan akademik.
RUJUKAN
Modul  KPLI SR (2007) Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Keguruan Unit 2/3, BPG Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ormrod, J.E (1999) Human Learning Third Edition, Prentice-Hall International (UK) Limited, London.

(Dipetik dari Wasilah Pendidikan)

Wednesday, 21 March 2012

Mengajar Murid Cara Menulis (Bhgn 3)


Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat luaran dan dalaman. Biar apa pun yang anda lakukan ketika ini, akan memberi banyak manfaat terutamanya kepada diri sendiri. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi laman ini.
Hari ini, saya sentuh lagi topik berkaitan kemahiran menulis yang sering kali menjadi dilema para pendidik termasuklah ibu bapa. Mari kita perhatikan gambar di bawah. Apakah yang dapat anda nyatakan daripada cara murid menulis berdasarkan gambar tersebut?
Ini adalah sebahagian murid yang tidak tahu menulis secara mendatar semasa menulis di meja masing-masing. Alasan diberi adalah tulisan tidak sama dengan guru kerana tulisan guru menegak di papan putih, di meja mereka pula secara mendatar.
Perkara ini adalah perkara biasa dan guru perlu sentiasa membiasakan murid menulis di meja masing-masing berbanding menulis seperti cara di atas kerana ia akan memungkinkan kesilapan menulis yang lebih banyak selain melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan kerja yang diberi.
sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Tuesday, 20 March 2012

Mengajar Murid Cara Menulis (Bhgn 2)


salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi laman ini. Hari ini saya hendak kongsikan lagi topik yang saya telah sentuh sebelum ini iaitu berkaitan kemahiran menulis.
Sebelum ini saya telah pun menjelaskan tentang cara memegang pensel, menulis mengikut arah yang betul dan menulis sambil menyebut abjad yang disebut. Hari ini saya hendak jelaskan pula tentang teknik menulis yang salah dan perlu diperbetulkan.
Gambar di bawah merupakan tulisan daripada salah seorang murid saya yang kita dapat lihat cara atau pun teknik menulisnya kurang betul. Sebagai guru, dapatkah anda kesan apakah kesalahan dilakukan murid semasa menulis ini?
Gambar ini diambil dari sudut murid melihat dan dalam masa yang sama juga menulis. Kesilapan yang ketara apabila kita dapat lihat tulisan murid tidak betul, condong, terlalu jarak dan tidak boleh dibaca.
Faktor ini disebabkan cara menulis murid yang dilihat :
  1. tangan yang menulis itu menutup penglihatan menyebabkan murid tidak nampak huruf apakah yang hendak ditulis.
  2. apabila penglihatan semasa menulis terhad, murid akan tundukkan kepala dan menulis pada jarak meja dan kepala terlalu rapat. Keadaan ini menyebabkan murid mengeluh keana sakit leher.
  3. Cara murid memegang pensel yang terlalu tegak juga menyebabkan jarak penglihatan murid menjadi terhad
Murid sudah terbiasa dengan cara menulis yang seperti ini. Jika tidak diperbetul, maka sampai bila-bila murid akan terbiasa dengan cara dan kaedah menulis yang tidak betul ini.
Sebagai guru, gunakan pengalaman anda menulis untuk memperbetul cara memegang pensel, cara duduk semasa menulis dan jarak penglihatan pada postur menulis yang betul.
Bagi murid yang baru belajar menulis, jangan terlalu mendesak murid atau mengaharapkan mereka boleh terus menulis dengan cantik dan kemas. Ia akan mengambil masa untuk murid belajar biasakan diri dengan kaedah dan teknik menulis yang betul
Semoga berjaya!

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Tuesday, 6 March 2012

Disiplin asertif


Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid

  1. Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah
  2. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah
  3. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan
  4. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan
  5. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah

Memahirkan diri dengan teknik asertif:

  1. Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta
  2. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai
  3. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru
  4. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan
  5. Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk

Monday, 5 March 2012

Mengajar Murid Cara Menulis

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping dapat menjalankan tugas harian dengan sempurna. Semoga apa jua yang anda lakukan pada ketika ini akan memberi manfaat kepada diri anda dan orang-orang di sekeliling anda. Terima kasih atas kesudian anda melakukan kunjungan ‘rasmi’ ke laman ini.
Baiklah, topik yang hendak saya kongsikan pada hari ini adalah tentang kemahiran pra-tulis. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya ‘dikekalkan’ oleh pihak pentadbir untuk terus memegang kelas paling hujung dan secara langsung mengajar murid-murid LINUS.
Di dalam kelas saya ada seramai 29 murid. 6 murid perempuan dan selebihnya adalah murid lelaki. Setiap kali mengajar, saya dapati murid mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis sesuatu perkataan. Ada murid yang mengambil masa 30 minit untuk menulis satu perkataan. Apabila ditegur mengapa lambat menulis? murid ini akan menangis.
Saya mula membuat pemerhatian selama 30 minit terhadap cara murid menulis, apa yang mereka buat ketika menulis, mengapa satu patah perkataan pun tidak disalin ke dalam buku, dan macam-macam lagi. Segala aktiviti murid ketika itu saya tidak ganggu. Maka banyaklah jawapan dan kemungkinan yang saya peroleh dalam tempoh 30 minit itu.
Ada murid boleh menulis, tetapi disebabkan hilang fokus kerana asyik berbual daripada menulis menyebabkan kerja yang hendak disalin dalam buku tidak menjadi. Ada pula murid berangan, berkhayal dan bermain dengan pemadam, pembaris. Bila ditegur, satu-satu abjad disalin. Apabila dibiar, mereka akan bermain semula dengan pemadam, botol air dan sebagainya.
Dalam 29 murid saya ini, cuma 4 orang sahaja yang saya dapati memang mereka betul-betul tidak boleh menulis kerana tiada asas menulis. Jadi, saya tidak boleh mendesak mereka untuk menyiapkan kerja yang diberi. Melihat kepada cara mereka berempat ini memegang pensel yang tidak betul, arah menulis yang salah, postur badan tidak betul semasa menulis, maka saya harus perbetulkan semua itu.
Oleh yang demikian, langkah yang saya ambil adalah seperti berikut :
  • Minggu Ke-4 dan ke-5 : Mewarnakan gambar, menyambung titik-titik membentuk gambar, menyambung garisan putus-putus membentuk abjad. Tujuannya untuk membiasakan murid memegang pensel dengan cara yang betul dan menulis atau mewarna mengikut arah yang sesuai. Tujuan lain juga adalah untuk melembutkan tangan murid ketika memegang pensel agar tidak terlalu kaku. Latihan ini dapat memperbetul koordinasi mata dan tangan. Pada minggu ini juga, postur duduk murid dibetulkan supaya mereka tidak salah semasa menulis. Menulis mesti dalam keadaan menegak, bukan kepala disengetkan. Cara memegang pensel juga harus diperbetul. Tidak boleh pegang terlalu pendek atau terlalu panjang.
  • Minggu Ke-6 dan ke-7 :Menulis abjad di papan putih, menulis abjad di dalam buku bergaris, menulis suku kata di dalam buku. Bimbingan menulis secara individu, guru akan bantu murid menulis dengan memegang tangan murid dan membimbing murid menulis abjad mengikut arah yang betul. Mulakan dengan menulis abjad yang mudah seperti huruf ‘a’, ‘c’, ‘i’, ‘l’, ‘t’, ‘v’ dan ‘u’.
  • Minggu ke-8 : menulis suku kata ‘kv’ dan ‘kvk’. bimbingan berterusan daripada guru. Jika murid melakukan kesilapan semasa menulis, jangan izinkan murid memadam kesalahan itu. Biarkan kesalahan itu dan minta murid menulis di tempat yang baru. Kemudian minta murid bandingkan tulisan yang mana lebih baik. Minta murid ulang tulis suku kata atau perkataan yang betul dengan kerap. Ingatkan murid supaya lebih berhati-hati semasa menulis dan kurangkan kesilapan. Sentiasa berada di sisi murid setiap 10 minit untuk memastikan murid menulis mengikut arahan.
Pada minggu ke-7, saya mula mendapat hasil bagi dua orang murid yang dapat memahami konsep menulis. Mereka mula menunjukkan peningkatan dalam aspek menulis. Walaupun masih ada kesalahan, tetap saya benarkan dua orang murid ini memadam kesalahan dan memperbetulkannya kerana mereka sudah tahu bagaimana hendak menulis abjad mengikut bentuk dan arah.
Dua orang murid lagi masih ketara kelemahan dilihat dalam menulis. Kadang-kadang mengambil masa satu jam untuk menulis empat abjad. Perkara ini tidak merisaukan saya kerana saya faham mereka tiada asas pendidikan diterima sebelum ke tahun satu. Oleh yang demikian, saya perlukan masa yang panjang untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikesan. Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan, baki dua murid ini lagi akan mengikut jejak rakan-rakan mereka yang sudah boleh menulis.
Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Admin,
Teacher’s Department

Mengajar Murid Kemahiran Vokal Berganding

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini merupakan antara hari yang paling cemerlang dalam hidup anda.
Terima kasih kerana terus melayari laman ini. Saya selaku penulis blog ini amat menghargainya.Terima kasih juga diucapkan kepada pembeli-pembeli ebook saya. Insyaallah, jika tiada aral, lewat hujung tahun ini saya akan melancarkan sebuah lagi ebook yang berkaitan dengan dunia pendidikan Pemulihan. Insyaallah.
Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi mengajar kemahiran vokal berganding dengan anda. Sebagaimana yang diketahui, kemahiran ini agak sukar dikuasai murid jika konsep mengeja yang diajar tidak dapat difahami dengan jelas oleh murid.
Bahan Bantu Mengajar – kemahiran vokal berganding
  • Kad perkataan mengandungi vokal berganding.
  • permainan – Dadu
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja :
  1. lembaran kerja – memadan perkataan dengan gambar
  2. lembaran kerja – menulis vokal berganding berpandukan gambar
  3. lembaran kerja – mencari perkataan tersembunyi
Panduan Mengajar :
  1. Tunjukkan salah satu gambar daripada kad imbasan dan minta murid sebutkan nama gambar. Sila lihat contoh di bawah :
  2. Guru rangsang murid untuk menyebut nama gambar yang dilihat.
  3. Murid akan memberi jawapan iaitu : buah durian
  4. Tunjukkan kad perkataan bagi : durian
  5. Bimbing murid konsep eja perkataan ‘durian’ menggunakan kad suku yang dipecahkan kepada suku kata berwarna. Lihat contoh di bawah :
  6. Kemudian, minta murid eja sendiri perkataan mengikut suku kata.
  7. Jika sudah boleh, tunjukkan kad perkataan (gabungan suku kata pertama dan kedua tadi). Lihat contoh di bawah :
  8. Rangsang murid untuk mengeja dan membatang perkataan ini secara kumpulan dan individu.
  9. Tunjukkan kad imbasan bergambar yang lain dan ulang langkah di atas.
  10. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
  11. Pantau aktiviti murid semasa lembaran kerja di edarkan.
  12. Semak latihan murid melalui perbincangan
  13. Edarkan permainan bahasa berbentuk dadu ( dadu mengandungi vokal berganding pada setiap muka)
Sekian,
NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
Teacher’s Department

Sawan atau Kejang Otak

seizurechild
Saya baru sahaja menerima sms daripada seorang sahabat. Beliau adalah seorang pengetua sebuah taska asuhan kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak di taska beliau telah mengalami serangan sawan untuk pertama kalinya. Pengalaman tersebut sangat mengejutkan seluruh anggota pengasuh kerana ia merupakan insiden pertama di taska tersebut.
Sawan babi juga boleh dikenali sebagai kekejangan otak atau seizures (BI). Kebiasaannya sawan berupakan pergerakan seluruh anggota otot badan bersilang-silang mengeras dan melembut (generalised tonic clonic). Ada juga sawan yang melibatkan pergerakan satu bahagian badan sahaja seperti satu tangan atau satu kaki. Sawan yang berupa kejang kebiasaannya disertakan dengan pergerakan mata hitam ke atas atau ke tepi mata, lelehan air liur, terkencing dan terbuang air besar. Kadang-kadang, mulut atau hidung pesakit akan kelihatan kebiru-biruan (tanda tidak cukup oksigen).
Tempoh kekejangan adalah dari beberapa saat ke beberapa minit. Kemudian, ianya diikuti dengan pesakit akan tidur selama beberapa minit.
Ada juga sejenis sawan yang agak pelik iaitu Petit Mal atau Absence di mana pesakitnya tidak mengalami sebarang kekejangan otot dan mata tetapi mata mereka tiba-tiba memnadang ke satu tempat selama beberapa saat atau minit tanpa badan, suara atau mata menunjukkan sebarang reaksi atau respon kepada stimulasi (staring into space with or without jerking movements of the eye muscles).
Bagaimana untuk mengesahkan anak atau jagaan anda mengalami sawan?
Cuba pegang anggota badan mereka contohnya tangan atau kaki, jika ia masih lagi mengejang dan mengeras semasa dipegang, maka itu adalah sawan. Ini berbeza dengan keadaan menggigil. Ramai juga ibu bapa yang tersilap menganggap menggigil adalah sawan. Kemudian simptom akan diikuti dengan simptom mata, air liur dan buang air kecil atau besar seperti yang saya terang di atas. Kemudian pesakit akan berasa mengantuk selama beberapa minit.
Apa yang boleh anda lakukan?
1. Jangan panik!
2. Terus menunggu di sebelah pesakit iaitu jangan tinggalkan pesakit walau seketika (jika hanya berduaan dengan pesakit).
3. Catatkan tempoh sawan dan perhatikan simptom-simptom di atas sama ada ia ada atau tidak.
4. Tidak perlu memegang pesakit. Cuma, perlu jauhkan pesakit daripada sebarang objek atau perabot keras. Dan mungkin boleh alihkan pesakit ke atas tilam atau alas yang lembut.
5. Jangan letakkan apa-apa barang ke dalam mulut pesakit.
6. Selepas sawan berhenti, segera letakkan pesakit di dalam keadaan mengereng supaya sebarang muntah atau lelehan air liur tidak menyebabkan pesakit tersedak atau tercekik.
recoveryposition
7. Kemudian, baru dapatkan bantuan daripada orang lain atau menelefon 999 atau 112 (telefon mudah alih). Semua sawan mesti dirujuk ke hospital dan bukannya ke klinik-klinik kecil.
8. Redakan sebarang demam panas dengan membasahkan (tepid sponging) badan mangsa supaya pesakit tidak mendapat sawan yang ke dua.
9. Jangan beri sebarang ubat demam melalui mulut semasa atau selepas sawan. Boleh gunakan ‘ubat punggung’ (suppositories).
10. Pemerhati sawan atau witness mesti hadir ke hospital supaya doktor dapat mengambil keterangan dengan teliti dan jelas.
Pencegahan
1. Setiap ibu bapa, guru atau penjaga mesti tahu sejarah kesihatan dan alergi anak atau jagaan mereka.
2. Kenal pasti sebarang faktor atau trigger yang boleh mencetuskan sawan seperti pemakanan, televisyen, komputer, kekurangan tidur, stres, keletihan atau penat dan yang paling biasa ialah demam panas.
3. Rawat segera keadaan demam panas. Pastikan anda menyimpan paracetamol suppositories (panadol per rectal) untuk keadaan kecemasan seperti sawan.
4. Penjaga harus lebih berhati-hati dan prihatin dengan anak-anak yang demam dan segera bertanyakan kepada ibu bapa sekiranya ada sebarang kes-kes yang istimewa seperti sawan.
Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Seizure

Monday, 30 January 2012

Pengurusan PPKI

1.        Pentadbiran Pendidikan Khas
1.1     Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah
Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
N. Pengerusi 1

Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 2
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
N. Pengerusi 3
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras
:
Guru pendidikan khas
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru pendidikan khas
Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru disiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.

1.2     Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras
:
Guru pendidikan khas
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru-guru sukan
1.3     Jawatankuasa Program Inklusif

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras
:
Guru pendidikan khas
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru-guru kelas aliran perdana yang terlibat

:
Guru mata pelajaran yang terlibat

1.4     Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras
:
Guru pendidikan khas
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru-guru disiplin

1.3     Perjawatan Guru Pendidikan Khas
Jawatan guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan sebagai guru ganti di kelas aliran perdana (Atas dasar murid ini memiliki surat perakuan doktor, memerlukan penjagaan rapi & hendaklah dibawah guru yang diberikan kuasa serta tanggungjawab khas).

Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti berikut:                                Jumlah Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas X 1.5

1.4     Bilangan Kelas Pendidikan Khas
Pada masa ini, perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:
Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5
( Perkiraan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM )
1.5 Mesyuarat
1.5.1   Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat dan difailkan di dalam Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk memastikan pihak pentadbir dan semua guru pendidikan khas mengambil bahagian yang aktif di dalam hal-hal berkaitan perjalanan kelas pendidikan khas dan sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum/Guru Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai penasihat.

1.5.2     Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa
Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun bagi tujuan perkongsian maklumat dan menjalinkan hubungan baik.
1.6 Perlantikan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas oleh pihak pentadbir sekolah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :

  • Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas
  • Daya kepimpinan
  • Perwatakan
  • Komitmen atau kesungguhan
  • Kekananan (seniority)
  • Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain
  • Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

Cadangan nama guru pendidikan khas yang telah dilantik menjadi Penyelaras Pendidikan Khas hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri N.Sembilan supaya surat perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas yang telah dilantik boleh dilucutkan jawatannya di bawah syarat-syarat berikut:

  • tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya dengan baik,
  • tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti yang dinyatakan di atas,
  • mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutamanya di kalangan guru-guru pendidikan khas), pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga pihak luar dan apabila disiasat serta didapati aduan itu berasas.

Setelah dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik untuk mengambilalih tempat tersebut.

1.7 Perlantikan Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara lantikan dalaman sekolah dan tidak ada surat perlantikan untuk jawatan ini.

Calon guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi kriteria seperti dalam pemilihan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

Beliau juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

 1.8 Elaun Mengajar Kanak-Kanak Khas untuk Guru Pendidikan Khas
 Pentadbir Sekolah/ Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah memastikan semua guru pendidikan khas di bawah seliaannya mendapat 
 elaun mengajar kanak-kanak khas.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut adalah :

  • Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau
  • Salinan Diploma Pendidikan Khas, atau
  • Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas, atau
  • Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.

Guru pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari tarikh dia mengajar di kelas Pendidikan Khas. (Semua salinan dokumen berkaitan hendaklah disahkan oelh Pentadbir)


2.        Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas
         2.1     Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

2.11    Pentadbiran Umum
1.    Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2.    Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3.    Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu
       perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4.    Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas,
5.    Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
       N.Sembilan kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6.    Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :
6.1.        Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.        Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.        Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.        Fail Mata Pelajaran,
6.5.        Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.        Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.        Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.        Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.        Fail Program Inklusif,
6.10.     Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11.     Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12.     Buku Stok
6.13.     Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7.    Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8.    Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9.    Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10.  Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11.  Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12.  Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah
      dan keupayaan murid pendidikan khas),
13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama murid-murid yang akan meneruskan
      persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan pada bulan Oktober
      setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke
      sekolah yang berkenaan,
15. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan borang permohonan murid-murid untuk
      melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan
      dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,

2.1.2   Pengurusan Hal Ehwal Guru
1.    Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas,
       Jabatan Pelajaran N.Sembilan supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2.    Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak cacat,
3.    Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan oleh pihak sekolah.

2.1.3   Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.    Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid.
2.    Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas)
       dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan
       Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,
3.    Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
       atau melalui Pejabat Pelajaran  Daerah,
4.    Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,
5.    Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan
       dihantar sebelum tarikh tutup,
6.    Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan dengan cekap,
7.    Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8.    Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini
       dihantar ke sekolah barunya.
9.    Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.

2.1.4   Pengurusan Data
1.    Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-
       masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2.    Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

2.1.5   Pengurusan Stok
1.    Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan  
       Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,
2.    Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
       dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3.    Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,
4.    Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

2.1.6   Pengurusan Kewangan
1.    Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,
2.    Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid
       pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3.    Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4.    Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan 
       khas,
5.    Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh bendahari kelas.

2.1.7   Pengurusan Kelas
1.    Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum
       diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2.    Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3.    Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,

2.1.8   Pengurusan Jadual Waktu
1.    Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru
       masing-masing.
2.    Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.

2.1.9   Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.    Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,
2.    Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan
       khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3.    Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
4.    Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk
       menduduki peperiksaan awam,

2.1.10 Pengurusan Diri
1.    Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas,
2.    Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas.

2.2     Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas 
 1.       Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas Pendidikan Khas sekiranya beliau tidak berada di sekolah,

2.3 Setiausaha Kelas Pendidikan Khas
1.       Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau
          mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga,
2.       Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7
          hari sebelum tarikh mesyuarat,
3.       Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan,
4.       Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,
5.       Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,
6.       Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran
          Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan.

2.4     Bendahari Kelas Pendidikan Khas
1.        Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,
2.        Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung kelas pendidikan khas,
3.        Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,
4.        Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
           dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.
2.5 Guru Kelas Pendidikan Khas
Pengurusan Dokumen
1.    Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
2.    Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang
       perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,
3.    Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,
4.    Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
5.    Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,

Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.    Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
2.    Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk mengelak murid
       pendidikan khas daripada ponteng),
3.    Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya,
3.    Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
4.    Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh   
       percubaan,
5.    Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau
       Sekolah Vokasional,
6.    Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam,
7.    Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan,
8.    Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,
Pengurusan Data
1.    Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status
       Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

Pengurusan Kewangan
1.    Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas
1.    Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,
2.    Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas, 
3.    Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut, 
4.    Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5.    Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.    Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk
       ditandatangani,
2.    Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan
       memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,

2.6 Guru Mata Pelajaran
1.       Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,
2.       Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu
          Mengajar (BBM) yang digunapakai,
3.       Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,
4.       Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,
5.       Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,
6.       Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan menyerahkan markah-markah itu
          kepada guru kelas,
7.       Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
8.       Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,
9.       Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar,
10.    Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa
         Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas.

2.7     Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
1.       Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan
          beruniform,
2.       Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk
          kepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah),
3.       Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa
          perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
4.       Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang,
5.       Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi
          melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,
6.       Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum
          Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.

2.8     Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas
1.       Mengendalikan kes-kes disiplin murid,
2.       Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas
          lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas,
3.       Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan
          ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang membimbangkan,
4.       Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas.

2.9     Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas
1.       Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,
2.       Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas, 
3.       Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,
4.       Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat sekolah,  daerah dan negeri, 
5.    Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.

2.10    Guru Stok Kelas Pendidikan Khas
1.       Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian barangan dan serahkan kepada
          kerani pejabat yang menguruskan akaun kelas pendidikan khas,
2.       Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di dalam salinan invois dalam tempoh
          7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut,
3.       Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima pada Kad Stok,
4.       Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima seperti contoh di bawah:
5.       Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak, lengkapkan Sijil Akuan
          Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk
          dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,
6.       Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan
          dan Perabot),
7.       Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot),
8.       Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir tahun,
9.       Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk disahkan
          sebelum diserahkan kepada pejabat.

2.11 Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas
1.       Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas,
2.       Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit,
3.       Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu),
4.       Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam keadaan terurus sepanjang minggu
          bertugas,
5.       Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunan pagi.


3.        Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas

3.1     Fail Am Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah.
Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan.
3.2     Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

  •  
    • Minit mesyuarat,
    • Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,
    • Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
    • Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
    • Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
    • Jadual Pencerapan,

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bila-bila masa.

3.3     Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

  •  
    •  
      • Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas,
      • Borang Biodata Guru,
      • Borang Biodata Murid,
      • Statistik Murid Pendidikan Khas,
      • Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru,
      • Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM
      • Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bila-bila masa.

3.4     Fail Mata Pelajaran

Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaran masing-masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

  •  
    •  
      • Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,
      • Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,
      • Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,
      • Jadual peperiksaan / penilaian,
      • Soalan-soalan peperiksaan / penilaian,
      • Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian,
      • Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.4     Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

3.5     Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas
Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen  berikut :
  • Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,
  • Salinan Lampiran A,
  • Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas ( 0 - 18 Tahun ),
  • Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada),
  • Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan,
  • 3 keping gambar murid berukuran pasport,
  • Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya,
  • Salinan Kad Orang Kurang Upaya,
  • Kad atau Buku Kesihatan Murid,
  • Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid,
  • Rekod Prestasi Murid,
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

3.6     Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang diajarnya.

3.7     Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas. Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut :
  • Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,
  • Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,
  • Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
  • Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,
  • Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,
  • Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas pendidikan khas,
  • Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,
  • Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.8     Fail Program Inklusif 

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
  • Jawatankuasa Program Inklusif,
  • Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
  • Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
  • Biodata murid yang diinklusifkan,
  • Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
  • Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
  • Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
  • Rekod prestasi murid,
  • Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.9     Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas 

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas. Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :
  • Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
  • Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,
  • Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,
  • Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,
  • Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,
  • Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,
  • Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,
  • Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.


3.10    Fail Stok (Alatan dan Perabot)

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan Perabot). Fail ini bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Maklumat yang perlu akan di dalam fail ini ialah :

  • Daftar senarai item,
  • Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain,
  • Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumen penghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap barangan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

SAP yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan supaya Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dapat mengetahui status penghantaran barangan tersebut ke sekolah-sekolah.
3.11 Buku Stok 

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok daripada pejabat sekolah. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan mengemaskinikan semua alatan pejabat atau jenis-jenis alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan PCG kelas pendidikan khas ke dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat dalam Buku Stok sebelum diserah kepada pejabat sekolah pada hujung tahun.

3.12 Laporan Mingguan Guru Bertugas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu format laporan harian yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing. Laporan mingguan ini boleh direkodkan dalam buku atau helaian borang laporan ini difailkan.

Laporan harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di kelas pendidikan khas pada setiap hari sepanjang minggu berkenaan. Antara peristiwa yang perlu dicatat di dalam laporan harian adalah berikut :
  • guru yang tidak hadir pada hari berkenaan,
  • murid yang tidak hadir pada hari berkenaan,
  • murid-murid yang balik awal,
  • guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari berkenaan,
  • murid yang ponteng selepas rehat,
  • lawatan atau kunjungan dari pihak luar,
  • lain-lain peristiwa.

4.        Pengurusan Data Pendidikan Khas

4.1     Laporan Status Program Pendidikan Khas

Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan.
Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga walaupun tidak terdapat perubahan.
Salinan laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah difailkan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.
Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk bercetak  (hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

4.2     Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas

Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar dalam bentuk bercetak (hardcopy) berserta dengan disket (softcopy ).
Selepas itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada bilangan guru atau murid pendidikan khas.
Format  maklumat guru dan murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk bercetak  ( hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy ) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

5.        Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas

5.1     Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas

Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid pendidikan khas pada 30 September tahun sebelumnya.
Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun dengan syarat ada pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%.
Kelas yang baru beroperasi boleh menuntut peruntukan PCG berdasarkan enrolmen murid pendidikan khas pada tarikh mula beroperasi.
Rujuk Surat Pekeliling Kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan pada setiap tahun.

5.2     Buku Tunai PCG
Bagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap program hendaklah mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi setiap program dapat diselia secara berasingan.

5.3     Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah

Merujuk surat Jabatan Pelajaran N.Sembilan ________ bertarikh ______ jelas menyatakan bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah hanya boleh ditampung menggunakan peruntukan PCG bahagian LPBT sahaja.

6.        Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas
Murid pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar yuran persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.        Pengurusan Kelas Pendidikan Khas

7.1     Peraturan Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut.

7.2     Suasana Kelas Pendidikan Khas

Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut :
  • Jadual Waktu Kelas,
  • Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,
  • Carta Organisasi Kelas,
  • Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas,
  • Carta bergambar murid-murid pendidikan khas,
  • Carta-carta maklumat kelas,
  • Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas,
  • Carta-carta lain yang berkaitan.

Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.

8.        Pengurusan Jadual Waktu

8.1     Jadual Waktu

Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.
Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.
Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah   -  7.30 pagi hingga 12.30 tengahari Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah            -  7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.
Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.
Agihan waktu yang dicadangkan :
Subjek
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Bahasa Melayu
5 waktu
6 waktu
Bahasa Inggeris
5 waktu
5 waktu
Matematik
6 waktu
6 waktu
Pendidikan Seni
2 waktu
2 waktu
Agama / Moral
5 waktu
5 waktu
Pendidikan Jasmani
4 waktu
4 waktu
Sosial Alam Sekitar
6 waktu
4 waktu
Kemahiran Hidup
11 waktu
8 waktu
Muzik
2 waktu
2 waktu
Perhimpunan
2 waktu
2 waktu
Jumlah
48 waktu
44 waktu
Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untuk mengatur jadual penyeliaan.

9.        Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru

9.1     Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas

Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN).

Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah.

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan kemudiannya akan memproses borang permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan laporan perubatan tersebut ke program pendidikan khas yang sesuai.


9.2     Tempoh Percubaan
Murid Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan bagi menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana sekolah.
Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan semua guru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke atas murid berkenaan dengan melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan.
Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya manakala murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan bergantung kepada keadaan.
Kalau murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan tempoh percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini adalah atas sebab murid berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan diharap sepanjang tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan baik.
Murid pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa mengambilkira sama ada dia akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak.

10.      Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas

10.1    Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri

Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Bagi pertukaran murid pendidikan khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan Lampiran A tidak perlu disertakan kerana murid berkenaan telah pun dinilai di sekolah lama dan telah lulus tempoh percubaannya.  
Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.2    Pertukaran Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri

Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.3    Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas

Murid dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari pegawai perubatan.
Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan.
Murid yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas.
Murid yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya. Murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan atau ditangguhkan tempoh persekolahannya selama satu tempoh tidak melebihi 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah.
11.      Pengajaran dan Pembelajaran
11.1    Kurikulum
Setiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas hendaklah memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
Bagi murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklah memperbanyakkan mata pelajaran berbentuk akademik.
Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklah memperuntukkan lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau vokasional.

11.2    Kokurikulum
Waktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum adalah 120 minit.
Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtu bekerja.
Sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk kelas pendidikan khas.
Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.
Murid pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam aktiviti kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.

11.2    Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas

Pencerapan ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah mengikut jadual dan oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri pada bila-bila masa.

12.      Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran
12.1    Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas
Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.
Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :
  • Tarikh dan Masa
  • Kelas
  • Tajuk
  • Kemahiran
  • Isi Pelajaran
  • Objektif
  • Langkah Pengajaran / Aktiviti
  • Bahan Bantu Mengajar
  • Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )
12.2    Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang diajar.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

13.      Persekolahan Murid Pendidikan Khas
Seperti juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid pendidikan khas adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun menjadikan tempoh belajar mereka selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk Pekeliling KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.

13.1    Sekolah Rendah
Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga 12 tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid masih belum menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya masih di tahap rendah.
Murid yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program percantuman pendidikan khas sekolah menengah.

13.2    Sekolah Menengah
Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah menengah bermula dari 13 tahun hingga 17 tahun (jika murid berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan tempoh persekolahannya sama ada di rendah atau menengah).
Murid yang tamat persekolahan peringkat menengah dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
Rujuk Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut.

14.      Peperiksaan Awam
Murid-murid pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR. Pada kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa menduduki Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau Unit Peperiksaan, Jabatan Pelajaran N.Sembilan untuk maklumat selanjutnya.
14.1    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.
Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.

14.2    Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Murid-murid pendidikan khas sekolah menengah yang berkemampuan belajar hendaklah diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 19 tahun sahaja.
Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan.
Calon pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu mengikuti peperiksaan di bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan mereka membiasakan diri dengan suasana peperiksaan.
Calon hanya boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon yang telah mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas aliran perdana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah diterima memasuki kelas pendidikan khas.

15.      Penilaian dan Rekod Prestasi Murid
Penilaian secara `formal’ dan ‘informal’ hendaklah dilaksanakan bagi menilai pencapaian murid pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian adalah tanggungjawab Guru Mata Pelajaran masing-masing.
Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk ditandatangani.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing. Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk dijadikan satu buku.

16.      Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru

Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa mereka ke sekolah untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak program integrasi pendidikan khas perlu dibuka untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.
Sebelum sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan akan memastikan segala kemudahan tempat dan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran mencukupi.
Guru pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuat persiapan awal bagi menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.
Satu senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan untuk membantu guru pendidikan khas tersebut.



Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
N. Pengerusi 1

Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 2
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
N. Pengerusi 3
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras
:
Guru pendidikan khas
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru pendidikan khas