Sunday 15 July 2012

Jenis-Jenis dan Penggunaan Papan Pengajaran

Pengenalan

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oeh guru

untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih. Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis

2. Papan putih

3. Papan Magnetik

4. Papan Flip

5. Papan Pameran / Papan Kenyataan

6. Papan Flanel

7. Papan Gulung

8. Papan Slip

9. papan Elektronik



Papan Tulis

Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah

Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau pealatanistimewa.

Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.



Papan Putih

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

Tidak ada habuk

Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.

Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.

Boleh dihasilkan sendiri.



Papan Magnetik

Papan Magnetik di perbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. Kelebihan :

Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah

Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.

Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ketempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual iu.



Papan Flip

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Kelebihan.

Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.

Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk berlajar berkumpulan.

Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.



Papan Pameran Papan Kenyataan

Papan Pameran atau papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Kelebihan

Sangant mudah untuk menyebarkan maklumat

Senang ditampal maklumat

Tidak memakan ruang

Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.



Papan Flanel

Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guruguru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keeping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan keatas permukaan papan flannel dengan mudah. Kelebihan :



Papan Kenyataan

Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.

Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.

Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan

Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta

melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual

tersebut.

Menggalakkan pengelibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan

seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan

sebagainya.

Senang disimpan, dibawa atau digunakan.



Papan Gulung

Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau ndisimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Kelebihan;

Mudah dibuat

Mudah dibawa, digunakan atau disimpan

Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan

sempurna.

Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik

darjah.



Papan Slip

Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahanbahan lain. Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel. Kelebihan :

Boleh dibuat sendiri

Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah

Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.

Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.


1. Jangan bediri tepat - Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu mengajar, jangan berdiri tepat di depan papan tulis. Ini kerana perbuatan anda akan melindungi pandangan anak murid/pelajar untuk melihat apa yang anda tulis di papan tulis. Berdirilah dengan keadaan badan yang agak menyerong sehingga tubuh anda tidak menghalangi pandangan mereka.

2. Gunakan alat penunjuk - Gunakan pembaris/alat penunjuk untuk menunjukkan apa yang anda tulis di papan tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak menghalang pandangan anak murid ketika melihat tulisan di papan tulis.

3. Jangan penuhkan dengan tulisan - Janganlah memenuhi papan tulis dengan tulisan. Terlalu banyak tulisan mengakibatkan papan tulis menjadi tidak menarik dan membingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis kosong secara proporsional, khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di bahagian belakang besar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda tulis di bahagian bawah papan tulis berkenaan.

4. Tulisan besar - Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf yang tegak, sehingga dapat dibaca dengan jelas. Tulisan tidak perlu terlalu berseni atau `fancy‘. Yang penting tulisan anda mesti cukup tebal.

5. Padam tulisan yang tidak dipakai - Hapuskan tulisan yang sudah tidak diperlukan. Para pelajar tidak dapat memusatkan perhatian pada banyaknya tulisan yang bercampur aduk dan tidak teratur.

6. Tulisan yang kontras - Jika anda menulis di ‘white board’ (bukan papan tulis kayu yang berwarna hitam), dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan warna gelap (hitam atau biru tua), kerana ia akan menghasilkan tulisan yang lebih kontras dan jelas.

Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

Dicatat oleh Nurul Iman

PENGENALAN

Konsep dan Definisi
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah.

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
v. Mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran.
viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
ix. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
x. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
· Instrument
· Kumpulan yang ditaksir
· Respon
· Kumpulan yang menaksiran
· Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
· Kesahan skor
Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.
· Kebolehpercayaan Skor
Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.
· Keobjektifan
Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
· Kebolehtadbiran
Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
· Kemudahtafsiran
Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.
· Kekomprehensifan
Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
1. Mengenalpastia masalah
Ø Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira.
Ø Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.
Ø Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan
segera.

2. Penempatan
Ø Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.
Ø Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat perkhidmatan yang khusus.
3. Pemilihan strategi pemulihan
Ø Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.
Ø Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran.
Ø Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa.
Ø Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa
berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
xi. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
xii. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Perancangan Strategik Pendidikan Khas

Bagaimana mahu saya mulakan. Pun ini bukanlah mutlak betul berasaskan keperluan dan perancangan sekolah masing-masing. Pertanyaan ini datangnya melalui salah seorang rakan di FB, berkaitan perancangan startegik Pendidikan Khas. Apa yang tidak memerlukan perancangan, paling tidak kita akan membuat rangka perancangan itu di minda. Cuma untuk kaedah yang lebih tepat kita perlu menulisnya secara sistematik. Lazimnya perancangan yang hanya berpusat di minda, ada kalanya menjadikan kita terlupa tentang apa yang perlu dilaksanakan.
Stephen Covey melalui bukunya yang terlaris tentang pengurusan dan buku ini menerjah pasaran dunia dan pernah menjadi buku terlaris untuk firma-firma perniagaan di Jepun yang berjudul ’UTAMAKAN YANG UTAMA’ menyatakan setiap perancangan perlu dicatit dan mendahulukan perkara yang mustahak atau menjadi keutamaan. Di dalam buku ini dia menguji pembaca melalui situasi berikut:

Anda sedang menaip kertas kerja urusan pejabat, telefon anda berbunyi dan anak anda menangis. Cuba susun mengikut perkiraan akal anda. Tanpa berselindung Covey menggariskan jawapan:

1. Berhenti menulis kertas kerja dan melihat anak anda dahulu kerana tangisan anak biasanya menyebabkan anak dalam situasi samada lapar, kesakitan, perlukan sesuatu bantuan yang kritikal.

2. Menyambung menulis kertas kerja selesai.

3. Melihat telefon bimbit anda, kalau perlu menghubungi semula nombor yang menghubungi anda tadi.



Pun jawapan ini masih boleh diragui mengikut persepsi pemikiran kita. Cuba ingat sepanjang hidup anda berapa peratuskah panggilan yang anda terima menunjukkan situasi yang sangat mustahak berbanding perkara yang tidak menjadi keutamaan. Terpulang!








Menjawab soalan perancangan startegik memang semua guru Pk mahupun aliran perdana perlu menulisnya mengikut kesesuaian dan keutamaan berasaskan apa yang hendak kita targetkan untuk program yang diamanahkan bagi membangunkan potensi murid-murid PK mahupun infrastruktur PK.

Di sini saya bentangkan contoh yang pernah saya hasilkan. Pun seperti ayat kedua tulisan ini ’pun ini bukanlah mutlak betul’ kerana perancangan startegik PK perlu mengikut kesesuaian guru, murid, kelas dan program yang telah atau bakal anda wujudkan di program PK sekolah anda.

Bagi membantu rakan-rakan saya turunkan projek yang telah berjaya dilaksanakan dan harus difahami perancangan startegik bukan semata-mata program akademik PK. (mengikut apa yang diajar oleh guru) Usaha mewujudkan perpustakaan mini untuk Pendidikan Khas saya garapkan melalui menyerapkan program ke dalam matapelajaran Pertukangan Kayu (Kemahiran Hidup). Di mana RPI murid diukur melalui kebolehan mengecat, susun atur perabut, rak buku, membuat pemasangan rel langsir, menutup kayu plywood di bahagian atas pintu/tingkap perpustakaan apabila perpustakaan kami menerima alat penghawa dingin.

Secara mudahnya perancangan startegik mempunyai dua elemen iaitu; Pelan Tindakan/Taktikal dan Pelan Operasi.

Pelan Tindakan/Taktikal bolehlah dianggap visi (apa yang hendak dilaksanakan) berkaitan sesuatu projek melalui sesuatu subjek yang diajar manakala Pelan Operasi pula boleh dianggap misi iaitu bagaimana cara untuk melaksanakan program/projek sehingga berjaya.





PELAN TINDAKAN/TAKTIKAL



ISU STARTEGIK
1. Penghasilan perpustakaan mini Pendidikan Khas
MATLAMAT STRATEGIK
Memastikan murid-murid Pendidikan Khas dapat menikmati suasana bilik bacaan yang kondusif dan efisien
INDIKATOR PETUNJUK PRESTASI
1.1 Terhasilnya bilik perpustakaan mini Pendidikan Khas
1.2 Murid-murid Pendidikan Khas dapat meminjam, memulang dan membaca buku-buku perpustakaan mini tersebut
OBJEKTIF
Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas
STRATEGI
Meningkatkan keupayaan prestasi membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas



Bil
Tindakan/Program/
Projek
Pelaksana/
Tanggungjawab
Tempoh
Sumber(kos/
Manusia/Alat)
Output
KPI
Plan
Kontigensi
Catatan
1.
Perpustakaan Mini Pendidikan Khas
En. Zharulnizam Shah B. Zainal Abidin
Januari hingga Mac 2009
LPBT Pend. Khas
Sumbangan ahli parlimen dan DUN
Murid-murid P.Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif
Terhasil perpustakaan mini







PELAN OPERASI



Nama Program : Perpustakaan Mini Pendidikan Khas

Matlamat : Terhasilnya Perustakaan Mini Pendidikan Khas

Objektif Program : Murid-murid Pendidikan Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif

Tarikh & Tempoh pelaksanaan : Januari hingga Mac 2009

Jawatankuasa Pelaksana & Senarai tugas : Lampiran

Kos Pelaksanaan : RM18,000.00



LANGKAH
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
TEMPOH
CATATAN
1.
Mesyuarat makluman program
- Ucapan Pengetua merangkap pengerusi
- Makluman cara pelaksanaan
- Hal-hal lain
Pengetua, GPK1, Guru Penyelaras Pend. Khas, Ketua Panitia, Guru-guru Pendidikan Khas
1 hari

Januari 2009

2.
Pelaksanaan Program

2.1 Kesediaan fizikal
2.1.1 Mengecat bilik perpustakaan
2.1.2 Kemaskini tikar getah
2.1.3 Susun atur rak buku
2.1.4 Susun atur perabot
2.1.5 Memasang langsir
2.1.6 Susun atur meja bacaan
2.1.7 Susun atur kerusi

2.2. Kesediaan bahan
2.2.1 Menyediakan kira-kira 3500 naskah buku-buku bacaan pelbagai topik
2.2.2 Menyediakan kata-kata hikmat untuk ditampal di tempat yang bersesuaian
2.2.3 Menyediakan carta-carta yang berkaitan dengan budaya membaca sebagai motivasi

2.3 Sistem
2.3.1 Mewujudkan satu sistem pinjaman dan pemulangan buku yang sistematik.
2.3.2 Memastikan setiap buku dicap ’Unit Pendidikan Khas SMK Gemereh’ pada muka surat 9.
2.3.4 Memastikan wujud tempoh yang ditetapkan untuk pemulangan bagi setiap buku yang dipinjam.

2.4 Pengoperasian
2.4.1 Memastikan murid-murid dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan. ( Buku-buku, carta-carta, akhbar-akhbar, majalah-majalah)
2.4.2 Memastikan operasi peminjaman dan pemulangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan

Semua AJK yang terlibat.

Febuari hingga Mac




















Sepanjang tahun

3.
Penilaian
3.1 Menilai segala kelemahan daripada pelbagai aspek; keceriaan, sistem dan pengoperasian
Penyelaras Program, AJK Program
Julai hingga Oktober