Wednesday 13 April 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

ASAS 3M (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN SATU

Tahun ini tahun pertama pelaksanaan kurikulum baru ini. jom kita tengok apa yang kita boleh tengok2 dalam kurikulum ini… bukan hanya semata sebagai seorang guru pendidikan khas yang harus mengetahuinya, awak sebagai ibubapa, guru perdana, bakal guru juga harus ambil tahu. Untuk ibubapa, sebaiknya untuk panduan kalian agar tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi menggunung tentang ajaran yang patut guru2 anak anda berikan. Untuk guru-guru lain, sebagai seangkatan yang saling mengambil tahu hal rakan2, agar kalian ada poin tidak mengatakan yang guru-guru khas membawa muridnya bermain bukan belajar…hehehe…. Dan.. sewajibnya saya juga perlu mengambiltahu dan sepatutnya diberitahu (turut dipanggil utk taklimat) agar saya tahu keberlangsungan pengajaran saya di prasekolah integrasi.
Jom! apa itu KSSR… macam canggih bunyinya!
  • Dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid.
  • Dibentuk secara fleksibal. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
  • Dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
  • Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian
murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.
FOKUS MATA PELAJARAN; Mata Pelajaran: Asas 3M
Komponen: Bahasa Melayu
Komposisi komponen Bahasa Melayu ini terdiri daripada disiplin:
i. Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber
ii. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila
iii. Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid
iv. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
v. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan
Komponen: Bahasa Inggeris
Komposisi komponen Bahasa Inggeris ini terdiri daripada disiplin:
i. Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah
ii. Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi
iii. Membaca dan memahami mesej yang ringkas
iv. Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah
v. Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian
Komponen: Matematik
Komposisi komponen Matematik ini terdiri daripada disiplin:
i. Mengetahui dan memahami konsep nombor
ii. Menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak
iii. Mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling
iv. Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian
Posted by riamarteen2010

Sunday 10 April 2011

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas

Pentaksiran - suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. (LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA,2000).

- maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

-pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

-pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh 1 masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

PENTAKSIRAN dalam PK:

- memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran
seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.

- dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi
pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

PEMBELAJARAN ASAS:

Kemahiran 3M.

-Kemahiran Membaca: membaca maklumat dan latihan dan mencari
bahan-bahan pembelajaran untuk melakukan ulang
kaji.

-Kemahiran Menulis: untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan.

-Kemahiran Mengira: untuk subjek yang memerlukan pengiraan.

Kemahiran Pengurusan Diri.

-Keupayaan menguruskan diri sendiri.

-Supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya
menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.

KEMAHIRAN SOSIAL.
1. Tingkah Laku(TL) yg bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan
masyarakat.
2. Aspek dalam kemahiran sosial.
- kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul dan selesai masalah.
3. Membantu murid dalam proses p n p dan khidupan seharian mereka.

KEMAHIRAN TL.
1. melibatkan perangai, kelakuan, dan cara seseorang itu membawa
penampilan dirinya.
2. Faktor utama yang mempengaruhi TL ialah melalui persekitaran.
3. TL berubah menerusi PEMBELAJARAN.

KEMAHIRAN BAHASA.
1. Menguasai penggunaan lambang-lambang pertuturan untuk berkomunikasi.
2. Memerlukan pemahaman simbol dan maksud perkataan untuk
menginterpretasikan maklumat dan idea.

KEMAHIRAN MATEMATIK.
1. Keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara asas mt.

Jenis Ujian Diagnostik BM
- membaca perkataan KVK dan KVKVK.
- padanan gambar dan perkataan.
- menulis suku kata akhir.

Jenis Ujian Diagnostik Matematik
-Perbandingan.
-Susunan Nombor.
-Penambahan.

MENGENALI KANAK-KANAK CEREBRAL PALSI

Posted by pkppdlms

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama
Cerebral Palsi
“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
  • Jangkitan dalam rahim
  • Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
  • Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Kecederaan semasa lahir
  • Lemas semasa lahir
  • Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
  • Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
  • Jaundis yang teruk (kemicterus)
  • Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  • Perkembangan otak yang tidak normal.
  • Rembesan (intraeraneal bleeding).
  • Demam kuning.
  • Terhentak / terhempas / kejutan.
  • Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
  • Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  • Masalah menyusu
  • Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
  • Sembelit
  • Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)
Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.
Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik
Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.
Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.
Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.
Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.
Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Tuesday 5 April 2011

Kecacatan bukan penghalang tiga pelajar OKU catat keputusan cemerlang STPM



KUALA LUMPUR: Kecacatan ternyata bukan penghalang kejayaan apabila tiga pelajar kurang upaya (OKU) diumumkan antara tiga daripada 16 penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM ) dan MUET 2007.
Saravanan a/l Sagadevan, 21, seorang pelajar spastik, Noor Izati Meor Samsudin, 20, cacat penglihatan, Muhammad Marwan Mohd Tanos, 20, pelajar rabun berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2007 dan mereka menerima anugerah mewakili tiga kategori yang ditetapkan, di sini, Selasa.
Saravanan dari SMK (J) Chio Min, Kulim yang menerima anugerah pelajar spastik terbaik dengan keputusan 2A 3B tidak pernah terfikir yang dia akan mencatat kejayaan dalam STPM ini.

Penerima-pemerima anugerah cemerlang STPM 2007
Beliau yang tidak dapat bercakap dengan jelas telah menulis di atas sekeping kertas menyatakan penghargaan terhadap pengetua sekolah, guru, Presiden Kamachi Child Home (KCH) iaitu rumah kebajikan yang didiaminya dan rakan-rakan.
Menurut pegawai tadbir KCH, Puan Kamalavathy Naravathan, yang mengiringi beliau, Saravanan merupakan seorang pelajar yang sangat tekun dan boleh belajar tanpa perlu ada bimbingan atau pengawasan.
“Saravanan berasal daripada keluarga miskin dan disisihkan oleh ibu bapanya akibat kecacatan yang dialami.
“Walaupun beliau berjaya mendapat kredit untuk semua mata pelajaran semasa SPM, beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran selama setahun akibat kesempitan wang.
“Beliau kemudiannya dijaga oleh seorang pengusaha restoran dan ketika beliau datang mencari kerja di sebuah kedai roti, pegawai dari KCH telah menemuinya dan membawanya tinggal di KCH.
Kamalavathy berkata, Saravanan didaftarkan di tingkatan enam dan sejak itu beliau berusaha bersungguh-sungguh dan mengulangkaji pelajaran lima hingga enam jam sehari kerana beliau mahu mendapatkan keputusan yang baik dalam STPM.
“Bukan setakat itu sahaja, Saravanan juga aktif di dalam sukan yang mana beliau telah mewakili Malaysia dalam sukan bola sepak untuk Sukan Paralimpik 2006.
“Setelah mengecapi kejayaan ini, beliau bercita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan perisian komputer tidak kira sama ada universiti tempatan atau luar negara,” katanya.
Sementara itu, Noor Izati, pelajar terbaik bagi kategori pelajar buta, yang mendapat 2A, 1B dan 2C+ menyifatkan kejayaannya hasil daripada usaha gigih dan bantuan dari keluarga dan rakan-rakan.

Kejayaan Noor Izzati turut diraikan ibu bapanya
“Saya mengamalkan belajar secara berkumpulan bersama pelajar normal. 

“Rakan-rakan sangat banyak membantu termasuk membacakan buku dan melayari internet.
“Di rumah, adik-adik pula yang memainkan peranan mereka. Apabila mereka membaca, saya merekodkan apa yang dibaca mereka dan mendengarnya untuk ulangkaji.
“Selain itu, saya bersama sembilan lagi rakan yang juga cacat penglihatan sama-sama melakukan pelbagai cara termasuk membeli pita dan pita rakaman untuk tujuan pembelajaran.
“Kami juga meminta bantuan daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang akan datang secara sukarela membantu kami membaca,” katanya.
Izzati yang belajar di SMK St John, Kuala Lumpur bercita-cita ingin menjadi peguam atau pembaca berita dan ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Malaya.
“Alhamdulillah, ternyata anggapan saya selama ini yang kecacatan akan menghalang saya daripada berjaya adalah tidak benar sama sekali dan saya berharap saya akan mendapat tempat dalam bidang yang saya ingin ceburi,” katanya.
Bagi Muhammad Marwan pula daripada Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, walaupun beliau rabun, itu tidak menghalangnya daripada sentiasa mengulangkaji dan tidak segan bertanya guru jika ada kemusykilan.
“Saya belajar bersama seorang rakan yang normal. Ternyata beliau banyak membantu saya.
“Selain itu, saya akan cepat bertanya guru jika ada yang tidak difahami dan jika saya tidak dapat datang ke sekolah, saya akan bertanya rakan-rakan tentang kerja rumah yang diberi guru,” katanya.
Beliau yang berjaya mendapat 3A 1 B dan pelajar terbaik bagi kategori pelajar rabun, bercita-cita ingin menjadi seorang guru atau pensyarah dan berhasrat menyambung pengajian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim atau di UM.
Kesemua mereka menerima wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan plak. Anugerah disampaikan Pengerusi Majlis Peperiksaan malaysia, Datuk Dzulkifli Abdul Razak.







Sunday 3 April 2011

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

by Wasilah Pendidikan Khas Nota : Nota ini dicuplik daripada Modul Pendidikan Pemulihan PGSR 2009

2.1 Teori / Model Pengurusan Tingkah laku
Model Psikodinamik
Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang.  Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:
-       Masalah dalaman individu
-       Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang
Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:
-       Model Psikopendidikan
-       Teknik Kaunseling
-       ‘Expressive Media’
-       Teknik Pengurusan Tingkah Laku
Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah:
-       Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan
-       Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
-       Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying
-       Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.
Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah:
-       Life-space Interview
-       Reality Theraphy
Teknik  Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor.  Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:
-       Free Play
-       Permainan Puppet
-       Main Peranan
-       Pergerakan Kreatif
-       Terapi Seni
-       Muzik
-       Fotografi dan rakaman video
Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja.
Antara Teknik yang boleh diguna ialah:

-        Planned Ignoring
-       Tension Reduction Through Humor
-       Interest Boosting
-       Hurdle Helping

Model Persekitaran
Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu.  Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah:
-       Intervensi berpusatkan kanak-kanak
-       Intervensi berpusatkan persekitaran
-       Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran
-       Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

Model Biofizikal
Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari factor persekitaran dan baka. Antara teknik –teknik yang boleh digunakan ialah:
-       Kaunseling genetic
-       Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung)
-       Penjagaan selepas kelahiran
-       Ujian perubatan
-       Pemakanan dan diet
-       Terapi Mega Vitamin
-       Perubatan

Model Tingkah Laku
Merupakan kaedah modifikasi iaitu pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negative kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin.
Berasaskan 3 elemen – ABC
Antecedent ------ Behavior -------Consequence

2.2 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Secara umumnya,  tingkah laku bermasalah  dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah  positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh  menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan
 masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah 
 negatif adalah seperti berikut:

i.  Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii.  Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

iii.  Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.


iv.  Distruktif/merosakkan

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v.  Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut  akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.  Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi. Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi.  Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

vii.  Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa  dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

viii.  Enggan ke sekolah

Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah.  Kanak-kanak ini berasa  bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

ix.  Mencuri

Mengambil hak orang lain tanpa  kebenaran tuannya.  Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.


Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu.   Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut.  Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
  1. persekitaran
  2. tekanan psikologikal
  3. ketakutan dan fobia
  4. peneguhan yang kurang sesuai
  5. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
  6. kesukaran tugasan
  7. aktiviti dan tahap rangsangan
  8. kesihatan dan  perubatan
  9. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti  bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain.  Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.

Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa  senang dengan tingkah laku tersebut.  Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu.  Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya  sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh  menyebabkan bahaya kepada individu tersebut  seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.  Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk.  Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan  dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya.  Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.


Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa  kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang  kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.



Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak  melakukan kesilapan  dan mengalami kegagalan.  Keadaan kekecewaan ini  berkait rapat dengan  masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan
Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku.  Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid  tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian  dengan anggapan bahawa  tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya.  Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah  daripada yang sepatutnya.  Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

2.3 TEKNIK-TEKNIK  PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;
Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer – makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder – token, kupon, mainan, bintang dll
desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan   takut bercakap di depan kelas, fobia dll bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku 
terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan 
penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif    secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.
2.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;        -        memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan
-           membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut
-           menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)
-           mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat
-           memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
-           menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program
-           melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)
-           tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai
-           memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan
Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu;


PJ Suaian


    -  Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?     -  Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?     -  Bila tingkah laku itu berlaku?     -  Kekerapan tingkah itu berlaku.     -  Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?     -  Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?





Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.
Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.



dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak
pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.
prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.
fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan
modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid
kejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri - “Over Correction” adalah satu teknik kejelakan.

ganjaran (reinforcers)


Pelupusan dan peningkatan tingkah laku
Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

KEMAHIRAN MENGEJA untuk Murid Pemulihan Khas

Pengenalan

Ejaan adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran ini boleh diperolehi melelui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.

<span>Punca kanak-kanak lemah dalam ejaan</span>

Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah :

i.              Lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory)

ii.             Lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis)

Terdapat kanak-kanak yang lemah dari segi satu aspek sahaja dan ada juga kanak-kanak yang lemah dari segi kedua-dua aspek.

 Lemah mengeja dari segi ingatan penglihatan

i.              Mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili bunyi-bunyi tertentu.

ii.             Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar perkataan itu.

iii.            Pembalikan huruf: (b – d), (n –u) , (m – w) dsbnya.

iv.           Memilih  huruf-huruf   yang terlibat dengan betul tetapi salah dari segi susunan. Ct: rumah jadi ramuh , padat jadi dapat dsbnya.

v.            Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. Ct. Saya jadi sAyA

vi.           Meninggalkan huruf-huruf tertentu di dalam perkataan. Ct. Tinggal jadi tingal, berenang jadi bernang dsbnya.


      Lemah mengeja dari segi analisis pendengaran

i.              Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

ii.             Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan itu.
iii.            Memilih lambang-lambang secara arbitrari dan rawak.

iv.           Besar kemungkinan lemah di dalam bacaan.


    Kaedah / teknik / pendekatan pemulihan ejaan

a.         STRATEGI ‘A’ (Mike Torbe – 1979)

i.        `Tuliskan perkataan itu di papan tulis atau kad dengan terang.

ii.      Sebutkan perkataan itu dengan jelas.

iii.    Murid ikut guru menyebut perkataan.

iv.    Beri masa untuk murid memerhati perkataan itu.

v.      Minta murid menuliskan perkataan itu dari ingatan.

vi.    Murid menutup perkataan yang tertulis dan eja. Jika betul, minta ia menuliskannya sekali lagi, jika salah, ulang langkah 2 – 6.

vii.  Pastikan kanak-kanak menggunakan perkataan itu dalam kerja bertulis.


b.         Pemulihan Cara Multi-Sensori (Fitzgerald – 1955)

i.          Murid diminta melihat dan menyebut perkataan itu dengan betul serta menggunakannya di dalam ayat.

ii.        Murid diminta membayangkan perkataan itu dan menyebut suku kata yang terlibat satu per satu. Kemudian murid diminta mengeja perkataan itu secara lisan, diikuti dengan menyalin di udara atau di atas perkataan itu sendiri.

iii.      Minta murid melihat semula perkataan itu dan kemudian lelapkan mata dan perhatikan gambaran perkataan itu dalam ingatan. Minta murid mengeja perkataan itu sekali lagi. Jika berlaku kesalahan, ulang proses di atas.

iv.      Minta murid menulis perkataan itu tanpa melihat kad contoh. Jika betul, tulis perkataan itu berulang kali.


  Aktiviti-aktiviti ke arah kemahiran mengeja

i.              Membina perkataan berirama sama di pangkal, di tengah atau di hujung.
Contoh:     labu,    laku,    lalu,      lagi
                  keladi,  selalu,  lelaki,   belalang
                  kala,    bala,    sila,      pahala,  menjala

ii.             Mendiskriminasikan perkataan. Cth: lelaki, kelapa, selipar, selalu, keladi

iii.            Melengkap atau mengimbuh perkataan
Contoh: makan  menjadi  dimakan, memakan, makanan, dimakannya, makanlah dll

iv.           Mencari perkataan di dalam perkataan
Contoh: di perkarangan : perkara, karang, karangan, ara, arang, rang

v.            Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan
Contoh: sapu menjadi usap, suap, paus, puas

vi.           Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau kumpulan

vii.          Mencari perkataan berlawan, berganda, dan jantina.

viii.         Permainan teka-teki

ix.           Permainan teka silang kata

x.            Aktiviti kamus, iaitu; mencari perkataan, memberikan perkataan seerti dan memberi erti perkataan atau sebaliknya.



MEMAKSIMUMKAN POTENSI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT

  
Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat  golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental.  Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi .

Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori :
1.   Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi .
2 .    Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya .
3 .     Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan .

Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak  berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan  dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :-
1.   Kecacatan akal ( 15 )
2.   Spastik ( 3)
3.   Sawan  ( 3)
4.   Pekak ( 1 )
5.   Rabun ( 1 )
6.   Masalah pertuturan ( 2)
7.   Masalah penbelajaran ( 4 )
8.   Masalah tingkah laku  ( 1 )
                          Jumlah - 30

Kebanyakan kajian yang dijalankan di negara -negara lain mendapati bahawa bilanagan kanak -kanak cacat teruk dan sederhanan dianggarkan diantara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak -kanak . Ini suatu angka yang sangat besar dan sudah tentu akan memerlukan sumber kewangan dan tenaga mahir yang besarbagi menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak itu.

Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya .

Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat .

Ibu bapa yang mempunyai anak cacat sering mengemukakan beberapa persoalan asa . Mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada mereka ? Bolehkah anak mereka dipulihkan atau dirawat ? Apakah masalah -masalah yang mungkin mereka hadapi dalam mengasuh dan mendidik anak dari semasa ke semasa dan bagaimanakah cara pengendaliannya ? Bagaimanakah masa depan anak mereka ? Bolehkah anak -anak ini dimasukan ke sekolah atau mungkinkah mereka akan terus terbiar di bawah jagaan ibu bapa tanpa bantuan pihak  kerajaan atau badan -badan tertentu untuk meningkatkan perkembangan anak mereka ? Bolehkah keadaan ini berulang ? Siapakah yang akan menjaga anak cacat mereka selepas mereka meninggal dunia ?

Setiap persoalan di atas menjadi ' pre - occupation ' kepada ibu bapa dan mereka amat memerlukan bimbingan  profesional yang arif dalam menilai , merawat dan memulihkan kanak -kanak cacat .

Pada masa ini , sudah ada banyak teknologi untuk mencegah dan merawat penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan dikalangan kanak -kanak . Teknik -teknik untuk memaksimumkan potensi perkembangan kanak -kanak cacat juga telah berkembang dengan pesatnya . Kemajuan sains amat pesat dan hari demi hari , maklumat -maklumat berkaitan dengan aspek -aspek ini sering dikemukakan oleh para penyelidik sama ada melalui majalah -majalah sains , persidangan -persidangan sains , media massa dan sebagainya . Dalam soal pengendalian kanak -kanak cacat , dua prinsip perlu dihayati :
1.   Mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal .
2.   Memulakan intervensi atau langkah -langkah pemulihan dari peringkat awal .

Kedua -dua prinsip ini amatpenting memandangkan bahawa kadar tumbesaran dan perkembangan kanak -kanak cacat amat pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun . Para penyelidik telah lama menyedari tentang peringkat -peringkat yang  dinamakan critical periods of growth and development. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata akan rabun jika pembedahan tidak dilakukan pada peringkat awal lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dilahirkan pekak: tanpa alat pendengaran dan latihan berkomunikasi dari peringkat bayi lagi, peluangnya untuk mencapai kebolehan bertutur dengan baik amat tipis sekali.  Perkembangan bahasa amat penting sekali pada peringkat usia di bawah tiga tahun dan keadaan-keadaan seperti kurang daya pendengaran dan rangsangan akan menjejaskan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut .

 Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal

Kecacatan-kecacatan fizikal seperti  rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan.

Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan pekak mungkin tidak dapat dikenal pasti kecacatannya  sehingga beberapa tahun  lamanya  . Seelok-eloknya, pemeriksaan dibuat sewaktu dia masih dihospital lagi untuk menentukan sama ada dia pekak atau tidak.  Jika dia disahkan pekek, usaha untuk membekalkannya dengan alat pendengaran boleh diatur. Program untuk melatih ibu bapa kanak-kanak itu tentang teknik-teknik berkomunikasi dan mengajar anak mereka memahami dan menggunakan bahasaperlu diaturkan.

Satu contoh lagi melibatkan kanak-kanak yang mengalami kerosakkan otak sewaktu kelahiran sehingga menyebabkan dia spastik. Dia mungkin tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya seperti kanak-kanak biasa.  Apa yang sering berlaku ialah ibu bapa kanak-kanak spastik kerap membiarkan anak mereka bersendirian kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan perhatian dan  merangsang si anak itu.  Akibatnya, anak mereka kurang mendapat perhatian. Mereka hanya memenuhi keperluan-keperluan asas anak mereka sahaja seperti menyediakan makan minum. Membersihkan diri dan memakaikan seluar dan baju.

Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan yang cukup untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Ini jelas dapat dilihat dalam kajian keatas kanak-kanak cacat di Sentul. Berbagai-bagai faktor boleh menyebabkan keadan ini berlaku. Ibu bapa sedar bahawa anak  mereka rencat akal tetapi tidak mengetahui ciri-ciri kekuatan yang dimilikinya.  Teknik-teknik rangsangan yang boleh mereka gunakan untuk membantu kanak-kanak mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu tidak pernah diajarkan.  Mereka juga terlalu sibuk dengan perkejaan masing-masing sehingga tidak dapat  menumpukan perhatian terhadap anak mereka.  Apa yang diperlukan  oleh setiap ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak cacat ialah maklumat tentang setiap aspek yang berkaitan dengan kecacatan, kaedah-kaedah pemulihan yang sesuai untuk anak itu dan sama ada sianak itu perlu rawatan perubatan yang tertentu atau tidak.

Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain.  Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Umpamanya, dalam satu kelas pemulihan, kanak-kanak yang kurang tumpuan perhatian (attention span deficit disorder) kerap tidak mengikut arahan guru, tidak boleh duduk diam dan asyik merayau-rayau sesuka hatinya.   Oleh itu, prestasi akademiknya pasti tidak memuaskan.  Seelok-eloknya, guru perlu memberikan lebih perhatian kepadanya dengan memanggil-manggil namanya, menepuk-nepuk tangan dan memetik jari selalu untuk mendapatkan perhatiannya.  Kanak-kanak ini sering memerlukan isyarat-isyarat dan tunjuk ajar yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Tetapi, situasi didalam bilik darjah biasa tidak sesuai kerana seorang guru perlu mengawasi  tidak kurang daripada 40 orang murid.  Suatu program khas perlulah diaturkan untuk kanak-kanak tersebut jika prestasi inteleknya ingin dipertingkatkan.

Taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan sesuatu keluarga itu banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang cacat. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan pekak mungkin cepat dikenal pasti kecacatannya jika ibu bapanya sendiri cepat mengesyaki keadaan ini dan bersungguh-sungguh mencari pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan.  Setelah penilaian dibuat, besar kemungkinan sianak itu diberi alat pendengaran dan latihan pertuturan. Ibu bapanya mungkin berminat untuk belajar sendiri supaya mereka dapat memberi latihan kepada anak mereka di rumah.

Si anak itu juga mungkin mendapat pengayaan daripada alat-alat permainan dan sumber-sumber pembelajaran yang mudah diperoleh oleh keluarga itu kerana mereka serba berkemampuan.  Keadaan yang optimum seperti ini mungkin tidak dinikmati oleh sesetengah keluarga lain yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti alat pendengaran dan latihan pertuturan ditempat tinggal mereka.

Mereka mungkinsibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah atau penjaga.   Mereka juga mungkin tidak dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi anak itu.  Sesetengah keluarga dapat mengatasi masalah kesibukan mereka dan mendapatkan tempat untuk anak mereka dipusat didikan prasekolah bagi kanak-kanak pekak tetapi kemudahan ini amat terhad dan hanya terdapat dibandar-bandar besar sahaja.

 Adakalanya, keluarga itu sendiri tidak mampu membeli alat pendengaran untuk anak mereka yang disahkan cacat pendengaran. Para profesional bpleh membantu keluarga ini dengan merujuk kepada Jabatan  Kebajikan Masyarakat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu keluarga tersebut memperolehi alat pendengaran yang diperlukan.

Ubahkan sikap negatif terhadap kanak-kanak cacat

Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka.  Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal.

Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana ( mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri .

Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja dirumah . Mereka tidak digalakkan untuk mencuba melekukan sendiri aktiviti -akativiti harian : segala -galanya dibuatkan oleh orang lain . Pengalaman di serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme ) dapat mempercepat dan meningkat tahap kemahiran asas kanak -kanak cact sehingga mereka boleh berdikari . Umpamanya , seorang kanak -kanak berusia empat tahun yang tidak dilatih akan bergantung sepenuhnya kepada ibu atau pengasuh dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum dan bersalin pakaian .

 Kanak -kanak ini sepatutnya dilatih dan digalak untuk membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya dia dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi . Kanak -kanak spastik ( celebral palsy ) pula berbeza dari beberapa segi . Ada yang hanya lemah sebelah anggota badan sahaja dan ada pula yang tidak dapat mengerakkan seluruh anggota kaki dan tangan . Sehingga mencapai usia enam tahun , dia hanya mampu bergolek -golek sahaja dantidak boleh duduk dengan sendiri tanpa bantuan kerusi khas . Potensi kanak -kanak yang sedemikian boleh dipertingkatkan dengan bantuan program pemulihan yang sesuai .

Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi .

Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak .
Kanak -kanak ini dapat menggunakan tangannya seperti kanak -kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain . Oleh itu, dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak -kanak ini amat bergantung pada belaian kasih ibu bapanya kerana dia boleh merasai pegangan mesra mereka . Penbedahan katarak serata penggunaan cermin mata atau kanta lekap ( contact lens ) dari awal -awal lagi amat penting supaya dia sekurang -kuramgnya dapat melihat sedikit . Tetapi , penggunaan kanta lekap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal di samping kos pengendaliannya yang tinggi .

Pastikan kanak -kanak mempunyai taraf pemakanan yang baik .

Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan yang seimbang dan berzat diperlukan oleh setiap kanak -kanak . Saya sering bertemu kanak -kanak spastik yang sukar menelan makanan . Kadang kala , kerosakkan urat saraf yang dialaminya juga boleh menyebabkan kepalanya sentiasa ditengadahkan kebelakang . Ini menyulitkannya sewaktu makan . Adakalanya , keadaan ini berlanjutan bertahun -tahun lamanya kerana ibu bapanya tidak mendapatkan nasihat dari para profesional tentang pentingnya posisi si anak itu diperbetulkan agar dia mudah menghisap dan menelan makanan . Masalah ini menyebabkan kanak -kanak itu menjadi kurus dan sistem daya tahan penyakitnya menjadi lemah . Akibatnya , dia sering diserang penyakit .

Kanak -kanak spastik yang mempunyai masalah pemakanan perlu mendapatkan nasihat kaunseling untuk memastikan agar dia mendapat makanan yang cukup dan berzat . Kanak -kanak yang kurang subur mudah mendapat penyakit . Tahap kesihatan yang rendah akan menjejaskan perkambangannya . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak spastik yang sukar menghisap susu . Setiap kali tiba waktu makan , dia dibaringkan dan makanan atau susu dititiskan ke dalam mulutnya . Amalan sebegini tidak akan melatih kanak -kanak itu menghisap , menguyah dan menelan makanan .

Bayi yang sudah berusia enam bulan perlukan makanan peralihan kerana susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesarannya . Untuk menelan makanan pejal dan lebih keras , dia perlu menghisap , menguyah , menelan dan menghadam dan jika ini tidak dibiasakan , pertumbuhannya mungkin merosot . Doktor anda boleh membantu anda menentukan makanan -makanan tambahan untuk anak yang mempunyai masalah pemakanan .

Seperti kanak -kanak lain , kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa . Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu .

Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka .

Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan  dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan .

Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan .


SK Brickfields

Memahami anak-anak autistik

ANNIE anak yang cukup comel. Dia jarang menangis dan boleh diletakkan dalam buaian berjam-jam lamanya. Tetapi ketika menjangkau umur tiga tahun, perangainya banyak berubah. Dia kerap menunjukkan tingkah laku mengganggu dan jarang ada pertembungan
mata (eye contact) dengan sesiapa. Tingkah lakunya amat agresif dan sukar  dikawal.
Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang  ketara atas tingkah laku anaknya.
 
Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati
penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan
bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik.
Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga
dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka
berharap anak dapat membalas jasa mereka.
Namun, malangnya dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka
berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik.
Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius
oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan
Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20
orang dalam setiap 10,000 manusia.
Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat
bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan
amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.
Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang
sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi
ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek,
Autus bererti diri).
Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup
dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya.
Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah
ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah
untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak
peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.
Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta
menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk.
Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk
mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan
muka dalam pertuturan.
Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain
dan hidup dalam dunianya sendiri.
Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik
pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar
'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan
mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam
kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka
tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.
Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak
luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang
sama pada tempat yang sama.
Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya
alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk
dan melonjak-lonjak.
Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai
kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa
berasa bosan.
Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji
gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness
iaitu pengekalan kesamaan.
Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu
perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan
mata sendiri atau menggigit kuku.
Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan
ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut
kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukan
kewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaran
mereka.
Menurut APA lagi, kebanyakan tanda anak autistik dapat dikesan sebelum usia
mereka mencecah 3 tahun. Hampir 50 peratus daripada anak autistik mempunyai
IQ (Darjah Kecerdasan) kurang daripada 50, iaitu julat kecacatan akal yang
serius.
Sementara itu, hampir 25 peratus tergolong dalam julat IQ 50 hingga 70
manakala bakinya memperlihatkan purata IQ yang melebihi 70.
Ujian IQ amat berguna untuk menentukan pronogsis anak autistik. Semakin
tingginya skor IQ, semakin kurang sokongan keluarga yang diperlukan.
Untuk mereka yang memperoleh skor IQ yang rendah juga menghadapi masalah
menguasai kebolehan berkomunikasi. Anak sedemikian memerlukan sokongan
sosial dan pendidikan yang jauh lebih banyak apabila dewasa.
Untuk kebanyakan kes, keupayaan menguasai sesuatu bahasa dan skor IQ
merupakan petunjuk ramalan yang boleh dipercayai untuk masa depan anak
autistik.
Punca berlakunya kecelaruan autistik boleh ditinjau daripada perspektif
psikologikal, sosial dan biologikal. Autisme merupakan suatu kecelaruan yang
masih memerlukan banyak penerokaan.
Autisme bukan berpunca daripada suatu faktor sahaja tetapi kombinasi faktor
biologikal dan psikososial untuk melahirkan tingkah laku yang luar biasa.
Pada peringkat permulaan, Kanner (1943) mengatakan autisme berpunca daripada
faktor biologikal.
 Dingin
Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autisme
adalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap
dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya.
Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa
kecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yang
bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secara
relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi.
Bettelheim percaya bahawa tingkah laku anak autistik sama seperti askar
Jerman yang masih hidup di kem ketika Perang Dunia Kedua. Kumpulan askar ini
menunjukkan ciri-ciri autistik seperti tidak prihatin, mengasingkan diri dan
juga kelihatan murung.
Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi
dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian.
Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain
telah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik.
Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi.
Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lain
yang normal.
Tahun kebelakangan ini, dimensi biologikal pula lebih diberi keutamaan oleh
para penyelidik dan pusat kesihatan profesional.
Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan autistik termasuk German
measles, hypsarrhythmia, cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Terdapat
juga bukti yang menunjukkan bahawa autisme disebabkan faktor genetik.
 Risiko
Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung
selepas melahirkan anak autistik kerana bimbang akan risiko mendapat anak
yang menghidap kecelaruan tersebut lagi.
Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai anak autistik menghadapi
kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan anak autistik
yang berikutnya.
Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen
biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian anak
kembar "Twin Studies".
Kajian ini menunjukkan bahawa anak autistik daripada kembar monozigotik
memperlihatkan peratusan autisme yang tinggi, iaitu 70 peratus manakala
peratusan autisme untuk anak kembar dyzygotic adalah - 0 (Folstein & Rosen,
2001).
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecelaruan autistik boleh diwarisi.
Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terlibat dalam kecelaruan
autistik mungkin terletak pada kromosom 2,7,15 dan x.
Bukti sedemikian turut diperoleh oleh Wassink et al (2001) yang mengatakan
bahawa gen WNT2 terletak pada kromosom 7 yang mana gen inilah yang memainkan
peranan utama dalam menyebabkan kecelaruan autistik.
Untuk kebanyakan anak autistik, mereka menghadapi aras serotonin dan
dopamine yang tinggi.
Tsai dan Ghasinddin pada 1992 pula mengatakan 30 hingga 75 peratus daripada
golongan autistik memperlihatkan struktur neurologikal yang luar biasa.
Manakala penyelidik yang menggunakan teknologi CT dan MRT mendapati bahawa
wujudnya keadaan yang luar biasa untuk bahagian serebelum iaitu saiz yang
lebih kecil berbanding orang normal.
Walaupun keluarbiasaan otak ini bukan dijumpai di setiap kajian, ini
merupakan dapatan yang lebih boleh dipercayai. Menurut kajian, jantina
merupakan satu faktor bahaya yang signifikan.
Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap autisme
berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelaki
berbanding perempuan, satu sahaja.
Kajian autistik merupakan suatu bidang yang baru dan masih memerlukan suatu
kombinasi teori yang lebih lengkap.
Kebanyakan anak autistik tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna. Mereka
terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka
tidak seharusnya berputus asa.
Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap
kecelaruan autistik. Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini
berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan.
Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap
dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke
sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan.
Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian
secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan
bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program
yang dikendalikan.
Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan
perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif.
Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika
dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga
banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan teknik pengukuhan seperti
diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran.
Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya
menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
daripada ahli keluarganya.
Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan
sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati
kesannya tidak begitu baik.
Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang
komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan
dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.
Apabila dewasa, anak autistik harus digalakkan mengambil bahagian dalam
intervensi yang melibatkan komuniti. Ibu bapa anak autistik harus menerima
sokongan moral daripada ahli-ahli keluarga dan masyarakat kerana mereka
menghadapi tekanan yang tinggi.
Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik,
menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani
kehidupan seperti orang biasa.
Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak
autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh
kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.
Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan
Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)